SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 8 Julai 2011

Dah Cukup Diperdayakan, Pilih lah Jalan Keluar

Orang melayu sebenarnya sudah dibutakan mata hati mereka sekian lama. malangnya melayu itu sendiri tidak mahu sedar akan kebutaan mereka. kerana melayu telah diberikan tongkat buruk sebagai penunjuk jalan.

Bagi mereka melayu perlu di beri tongkat dan biarkan mereka sentiasa meraba-raba dalam terang, Biarkan sahaja orang melayu itu sentiasa merasa terhutang budi kepada mereka kerana dengan cara itu sahaja orang melayu yang terlalu berbudi bahasa itu mudah diperintah.

Dengan tongkat itu juga mereka mudah untuk mengugut melayu, supaya sentiasa menurut kata mereka.Melayu pula terlalu takut kehilangan tongkat, kerana sudah sekian lama hidup senang dan mudah semua sudah disediakan.Tak perlu bersusah payah "berdikari".Tak sedar mereka hanya menjadi hamba HA dinegara sendiri.

Suka aku mengingat kan kepada semua mlayu dan diri aku sendiri,bahawa sebenarnya mereka bukan menolong melayu tetapi mereka hanya menzalimi kita.Kekayaan negara hanaya untuk mereka dan juak-juak mereka sahaja, Melayu lain hanya sebagai alat sahaja.

Wahai melayu yang terbaca tulisan ku ini fikir-fikirkan lah, cukup lah"hentikan kezaliman" mereka terhadap melayu. Ingat pesanan Allah seperti dibawah ini.

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan