SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 22 Julai 2011

Rindu Ku Pada Sawah Bendang, Pais Pisang, Wadik Barandang




Beginilah kehidupan kami untuk membesarkan anak-anak
Hantar mereka kesekolah supaya jadi orang yang berguna
Tak payah bersusah payah lagi macam kami
Tebongkok-bongkok dari pagi sampai petang
Cuba bayangkan berapa penat membongkok
Budak sekarang tak merasa keperitan itu
Masa telah mengubah segala-galanya
Zaman kami sudah tiada lagi



Dikalangan kami pangil lepat pisang ni pais pisang
Ada juga yang panggil balabat pisang
Apa pun pangilannya benda tetap sama
Kami bawa kebendang (sawah) untuk dijadikan juadah minum pagi
Selalunya kami rehat minum pukul 10.00 pagi
Kami dibendang pun ada waktu rehat juga
Macam di pejabat lah juga
Kalau petang rehat kami jam 4.00 ptg
Begitulah rutin harian kami sampai ketua


Wadik yang sudah digoring
Campur bawang dan cili

Kalau hari hujan keadaan sejuk kaki pula berendam dalam air
Bila naik dari sawah keadaan sejuk makanan paling sedap ialah
Makan nasi panas-panas lauk wadik goring
campur bawang dengan cili api digoring sekali (leleh liur)

Untuk sarapan pagi pula lawan wadik ni taklain dah dari pulut
Tapi pulut tak boleh dimakan banyak
Perut boleh mual (mamburiak)
Makan sedikit pulak cepat sangat lapar
Banyak orang tak tahan makan pulut pagi-pagi
Aku pulak balun aje semua ok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan