Betulke ahli UMNO ramai sehingga mencecah tiga juta orang?
mungkin diambil pada senarai yang belum di update tu.
Nampak sangat bohong,
Najib sebenarnya tak tahu yang ahli Umno dah ramai yang keluar Parti
Cuma tak umum kat surat khabar je "sebab surat khabar Umno punya"
Kalau umum pun bukan keluar (tulis)dalam berita
Untuk pengetahuan Najib yang ramai dalam senarai nama
Pada Setiusaha Agung Umno itu semua tak boleh pakai punya senarai
Sebab ada antara ahli cawangan-cawangan ada yang tak tahu
Bila mereka bayar yuran untuk menjadi ahli?
Tahu-tahu nama ada sahaja dalam senarai keahlian
ENTAH!siapa yang bayarkan yuiran
Ada antara nama
Orang yang dah meninggal dunia pun kadang-kadang masih dibayarkan yuran,
Dalam kubur pun ada cawangan juga barangkali
Masa mesyuarat perwakilan bahagian
Ada pula perwakilan dari cawangan kubur
Ai seramnya!!
Tengok tengkorak pakai songkok tinggi
Rangka pakai sampin ada lambang Umno
Perwakilan wanita pakai baju putih kain merah
Berselendang merah
Kenapa harus jadi begitu?
Sebab ketua cawangan nak perwakilan lebih,(ramai)
Kerana nak ramai ahli
Kadang-kadang diantara ketua cawangan dengan ahli pun
Tak mengenali antara satu sama lain."ahli cawangan ke tu?"
Ada antara ahli
Mesyuarat agung tak pernah dijemput untuk menghadirinya
Tapi nama ada dalam senarai ahli cawangan.
Korum mesyuarat agung cawangan?
Entahlah yang penting wakil dari bahagian
Dah kautim sebab nak jaga Umno
Jangan cawangan kena batal nanti ketua tak boleh cari makan.
Calun ketua bahagian dah janji, perwakilan mesti penuh
Ketua cawangan ditawarkan bertanding AJK bahagian, jika tewas
Ditawarkan sebagai S/U,Bendahari ,Ketua penerangan atau
AJK tambahan Bahagian dan G 7
Orang-orang Umno tahu lah tu
Sebab itu ahli cawangan Umno tidak pernah berkurangan
Sentiasa ramai Kerana ada dikalangan ketuanya proaktif dalam
Menipu dan berbohong kepada masyarakat
Atas kepentingan diri sendiri
Undang-undang dan peraturan langar semacam je
Kerana boleh kautim
Ketua bahagian pun sama juga mereka pun nak jaga kepentingan diri
Kalau ambil tindakan nanti peluang untuk jadi calun wakil rakyat terjejas
Sebab itu diamkan sahaja kepincangan parti
Keahlian kurang tutup mata sahaja
Itu lah antara sebabnya kenapa ahli Umno itu sentiasa ramai
Wah hebat memang hebat !! Umno ni juara pembohong.
Apa kata ketuanya Baca sini .Mereka ni dari atas-atas
Sampai kebawah-bawah sama je pembohong
Siapa pecaya keahlian Umno sebegitu ramai
Sedangkan ampunya diri yang dikatakan ahli itu sendiripun
Ada yang tak tahu bahawa dia adalah ahli Umno
Punya nak ramai ahli menipu pun tak apa
Ada yang dahulu ahli Umno sekarang dah pindah
Jadi ahli parti PKR, PAS,DAP dan lain-lain
Nama mereka masih tak dipadam
Dari senarai
Begitu lah parti Umno berterusan sehingga di hapuskan (dilenyapkan)
Dari muka bumi ini oleh Allah swt. Amin
Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988betonline
BalasPadamAgen Judi Online
Daftar Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Berita Bola
Berita Bola Terkini
Berita Bola Terupdate
Berita Terkini
Berita Terupdate