Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman :
'' Aku cinta kepada 3 golongan,tetapi 3 golongan lainnya lebih Aku cintai : Aku cinta kepada orang pemurah tetapi terhadap orang yang hidupnya sederhana dan pemurah pula maka lebih Aku cintai.Aku cinta pada orang yang bertawadhu' (rendah diri) tetapi pada orang kaya (berpangkat) dan tawadhu' pula maka dia lebih Aku cintai.Aku cinta kepada orang yang taubat kepadaKu tetapi pada anak muda yang bertaubat kepadaKu maka dia lebih aku cintai." (Hadis Qudsi-Sahih-Riwayat Ibnu Hibban)
Anak muda atau golongan remaja ini di cintai Allah kerana kebiasannya mereka lebih bertenaga dengan ransangan nafsu yang kuat.Jiwa mereka belum tenang seperti orang dewasa.Jadi golongan muda yang bertaubat kepada Allah bererti mereka ada kesungguhan dan memerlukan perjuangan yang lebih besar berbanding orang yang lebih berusia. Jadi sebenarnya golongan remaja ini masih mempunyai peluang untuk memperbaiki diri.Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.Mereka pasti akan lebih dicintai Allah sekiranya kembali sedar dan bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.-iluv Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan