Bukan nak melagakan orang tetapi nak tengok siapa punya otak yang boleh dipakai jangan hanya bijak depan kelambu sendiri sahaja.
Ayoh !!!!(cara pemimpin umno berucakap depan kelompok)turun kegelangang, bertarong dihadapan halayak umum......baru lah bijak namanya...bukan hanya berlindung disebalik ketakutan......
Najib turun lawan Anwar tu, anda pahlawan Malaysia kata MIC Klang, turun lah lawan ...... Jangan hanya depan ahli Umno, MCA,Gerakan dan MIC anda jadi pahlawan.....
Tunjukkan bahawa plan ekonomi anda yang terhebat.....atau anda langsung tak faham dengan apa yang anda baca pada 7 oktober tempoh hari.......kerana anda hanya membaca sahaja......
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur Debat Bajet 2012 antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 November ini.
Anwar mempelawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar berdebat dengan beliau ekoran kenyataannya memperlekehkan belanjawan alternatif dikemukakan Pakatan Rakyat awal bulan ini.
Najib membentangkan belanjawan kerajaan pusat pada 7 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Akademi Pak Sako berkata, surat jemputan rasmi akan dihantar kepada Najib dan Anwar Jumaat ini.
Kenyataan itu menambah, debat dirancang untuk diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini. - Minsider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan