SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 13 Oktober 2011

Penjajahan Dan Penindasan Baru....


Aku petik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl93C6La-CIP3tt3vHnqS7ysQHTdzQHjC-WHynzAtfaMzFM-IC85PVm9XMlAdjTyVCNiPSfVAvdP0cnRy-AE2sAKO0E3Bn34ErB62464WvoUlq5eJZYCbNVIUWk3D2gh4rgmfGA7tQGhft/s320/kautsar-albums-kautsar_cool-picture3593-beras-dibuat-jadi-nasi-makanan-pokok-makhluk-indonesia.jpg 
KOTA BHARU, 13 Okt: Slogan 
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan 

Diutamakan yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 
kini dianggap semakin pudar, apabila diskriminasi politik masih menebal.


Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan 
menyingkir parti itu pada 1990 belum berpenghujung 
kerana deraan politik masih lagi subur dalam diari politik Umno.


Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras 
yang membekalkan beras skim al It’aam 
untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.


Skim berkenaan mulai diperkenalkan kerajaan negeri 
bermula Febuari lalu, 
di mana seramai 8,100 penduduk miskin 
yang disenaraikan di bawah senarai e-Tegar 
mendapat bantuan beras percuma 10 kg sebulan.


Bantuan beras percuma pada peringkat awal 
diperkenalkan Dun Wakaf Bharu tahun lepas, 
di mana seramai 225 penduduk miskin mendapat 
sumbangan Adun kawasan itu, Che Abdullah Mat Nawi.


Malangnya selepas 10 bulan skim itu berjalan lancar, 
Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan mendedahkan 
pemilik kilang dan pembekal beras percuma pula diugut.


”Saya difahamkan pembekal beras kepada skim al It’aam 
diberi amaran agar tidak ikut serta 
menjayakan program berkenaan,” katanya di sini.


Menurut sumber pengilang dan pembekal beras 
yang terbabit skim al It’aam diugut akan ditarik lesen 
sekiranya terus memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan