Aku petik
Al-kisahnya, pramugari ini telah mengadu mengenai sikap pelakon ini yang sentiasa ligat memerhatikan dirinya daripada atas hingga bawah. Atas dasar bekerja, pramugari ini masih mengekalkan sikap profesional dan tak mengendahkan pandangan nakal pelakon tua tersebut. Agaknya, persalinan kebaya yang disarung oleh pramugari itu memberikan ilham kepada pelakon itu untuk berimaginasi. Imaginasi baik atau buruk, itu terpulanglah.
Sebaik sahaja pesawat mendarat ke destinasi, pelakon itu telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur gangguan seksual berbunyi, “T*t*k you tu ori ke tak?” Apa lagi, tergamam besar pramugari itu dek perangai si tua gatal yang tak sedar diri. Mungkin juga pelakon itu terlampau mendalami dengan watak samseng yang sering dipegangnya sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti.
Kata pramugari itu, kalau tak difikirkan soal profesional memang dimaki hamun je pelakon tersebut. Dan kepada pelakon itu, jangan nak feeling yang awak tu pelakon Nip & Tuck, okay!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan