Biar betul kau Shahnaz......harta laki kau bernilai 1.0 billion henget Malaysia?
Dan katanya lagi lakinya ada 111 akaun di seluruh dunia......Sebut sahaja negara mana yang terkenal di dunia ini seperti Kanada, Amerika, Kepulauan Caribbean, Peranchis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Hong Kong serta di Malaysia.seiring dengan kekayaan yang ada pada "Ismet Ulam Raja dari negeri Isketambola".......kalaulah buku akaun itu dinisbahkan kepada kunci gedung nescaya rebeh kalau tak syahid pun sibaghal membawanya......alahai.....
Teringat akan apa yang berlaku pada hari raya korban tahun lepas. Saya memakai T-Shirt yang tertulis dibelakang "Tadika Aulad". (Baju itu digunakan semasa menjadi petugas sukan tahunan Tadika Aulad.) Saya di tugaskan memegang kepala lembu ketika hendak disembelih.
Tiba-tiba seorang sahabat kat belakang kata, "Woi!!! budak 'tadika' aje yang pegang kepala lembu. Kalau anaknya yang 'Tadika' sebesar tu......agaknya bapak budak tu besar mana ye."
Saya tak tahan nak tergelak...... nasib baik tak terlepas kepala lembu tu.
Jadi nak ceritanya disini......kalau si-anaknya harta berjuta-juta malah berbillion......agaknya bapak kepada si-anak itu berapa banyak ye
al-brangionline:
Berapa banyak dia menabung semasa sedari bayi lagi agaknya......bila udah dewasa, pandai dia berniaga ye.
Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia
Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di MalaysiaBekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan