PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) Kebangsaan,Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan