TI-M: Tidak Perlu Layanan Istemewa Pada Taib
Ketika Tan Sri Taib Mahmud melabelkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "nakal" dan "tidak jujur", Transparency International-Malaysia (TI-M) mengingatkan ketua menteri Sarawak itu bahawa dipilih dalam pilihan raya tidak semesti membuatkannya tergolong dalam "kelas istimewa".
Presiden TI-M Paul Low (kanan) berkata, oleh kerana Taib dipilih oleh rakyat, beliau patut menghormati dan menjunjung kedaulatan undang-undang pada setiap masa.
"Kita tahu beliau dipilih oleh rakyat. Tetapi ini tidak bermakna beliau tergolong dalam kelas istimewa (yang tidak boleh disiasat).
"Sebaliknya, oleh kerana dipilih rakyat, rakyat mahukan kamu lakukan perkara yang betul dengan menghormati dan menjulang kedaulatan undang-undang pada setiap masa," katanya kepada Malaysiakini.
Low mengulas sikap keras Taib pada SPRM awal minggu lalu, termasuk keengganannya memberikan kerjasama terhadap suruhanjaya antirasuah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan