SAINGAN Liga Sepak Takraw Malaysia 2014 (STL) kian
menghampiri kemuncak selepas berakhirnya pusingan Zon Tengah di Melaka,
hujung minggu lalu.
Selepas berjaya mengatasi pelbagai rintangan dan pandangan sinis akan
kejayaan penganjuran kejohanan seumpama ini, Persatuan Sepak Takraw
Malaysia (PSM) menganggap ianya pembakar semangat untuk membuktikan
kemampuan.
Buktinya, setiap kali saingan peringkat pusingan diadakan, PSM terpaksa menolak penyertaan dari regu tempatan mahu pun luar yang sentiasa mengikuti perkembangan kejohanan tersebut.
Memulakan saingan 13 November 2014 di Zon Timur (Terengganu), Utara (Kedah), Selatan (Johor Bharu) dan Tengah (Melaka), Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menolak hampir 60 penyertaan regu di setiap zon memandangkan hanya 16 dibenarkan pada setiap pusingan.
Terpaksa tolak
Timbalan PSM, Akramudin Abdul Aziz berkata, saingan STL peringkat pusingan kini sudah berakhir dan hanya menanti aksi Grand Final 17 hingga 18 Januari ini.
“Kita sudah berada di penghujung pusingan, apa yang diilhamkan pucuk pimpinan PSM tiga tahu lalu kian membuahkan hasil dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.
"Bayangkan di Melaka ini sahaja, terdapat lebih 60 regu tidak dapat mengambil bahagian kerana kita hanya benarkan 16 regu bertanding pada setiap pusingan.
"Sambutan cukup luar biasa dan saya percaya setiap pasukan yang telah layak ke play-off dan Grand Final sudah bersedia untuk menampilkan persembahan yang lebih baik dan berkualiti,” jelasnya.
Kenal pasti 200 pemain
Akramudin yang juga Presiden Sepak Takraw Melaka turut menjelaskan bahawa setakat ini sudah lebih 200 pemain telah dikenal pasti mempunyai potensi dan berada dalam senarai pendek panel pemantau yang dilantik PSM.
Ujarnya, jumlah ini akan dikecilkan kepada 150 untuk diserap ke dalam skuad elit atau pasukan francais 2015.
“Setiap siri kita ada pemantau, untuk kenal pasti pemain yang berkaliber sama ada dia pemain negeri, kebangsaan atau pun siapa sahaja yang ada bakat.
"Malah mungkin ada yang pernah wakili Malaysia, prestasinya menurun, di STL kembali memuncak, tidak mustahil dia berpeluang untuk kembali dipanggil menyertai kem kebangsaan.
"Saya lihat ianya satu persaingan cukup baik antara pemain baru dan lama untuk tempatkan diri dalam kelompok 150 pemain," katanya.
Penuhi slot
Sementara itu dalam pusingan kelapan STL Zon Tengah, Risda menempatkan diri selaku pasukan terakhir layak secara automatik beraksi di Grand Final apabila menewaskan Kerinchi Club B pada aksi akhir di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka, Ahad lalu.
Risda diperkuatkan bekas tekong kebangsaan, Sulaiman Salleh, Ahmad Farid Zainuddin (bekas pelapis kebangsaan) dan Rizal Moamor tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kerinchi dibarisi trio Yusshairil Amir, Ariff Ramli dan Dzan Hedir Amin dengan kemenangan
mudah 21-5 dan 21-18.
Risda layak
Bagi Pengurus Risda, Abdul Malek Md Zainon, semangat juang tinggi pemainnya ternyata berbaloi dengan kemenangan ini yang melayakkan mereka beraksi di pentas Grand Final nanti.
“Ia kemenangan yang cukup manis, jujur saya katakan kami menjangkakan saingan yang lebih sengit dari Kerinchi Club.
"Selepas kemenangan mudah pada set pertama, saya beritahu pemain kita tiada sebab untuk tewas, Alhamdulillah pemain buktikan Risda memang layak bergelar juara,” katanya.
Selaku juara, Risda turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 manakala Kerinchi Club selaku naib juara, berpuas hati dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan layak beraksi di pusingan play-off

Tiada ulasan:
Catat Ulasan