Melayu yang beragama Islam kini sudah hilang " Keislaman "
mereka terhadap tanggongjawan dan amanah kepada tugasan
yang di pikul.
BERHUBUNG isu terkini mengenai pelaburan penuh kontroversi LTH dengan membeli hartanah 1MDB yang masih di dalam penyiasatan, ianya adalah disebabkan oleh penglibatan orang politik di dalam pentadbiran tertinggi LTH itu sendiri.
Hal
ini amat berkait rapat dengan kedudukan YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul
Rahim yang merupakan ahli parlimen UMNO sebagai pengerusinya.
Perlantikan orang politik sebagai pegerusi LTH hanya menimbulkan situasi
'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan halatuju LTH itu
sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi LTH akan hanya
menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum terhadap tatakelola
institutsi berkenaan.
Kenapa para agawan tidak menyuarakan rasa resah terhadap kes ini?
Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik, di mana beliau akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum. LTH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islami bebas politik yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak.
Hal
ini akan lebih membawa keluwesan di dalam tatatkelola institusi
berkenaan, sekaligus menepati aspirasi pentadbiran dan tatekelola Islami
selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah institusi kewangan Islam.
Seorang
ulama Islam klasik, Ibn Taimiyah (mati 1328M) pernah menyentuh mengenai
isu tatakelola ini di dalam karyanya berkaitan politik yang berjudul
'al-Siyasah al-Syar'iyyah'. Di dalam buku tersebut, Ibn Taimiyah
mengingatkan para penguasa agar tidak melantik seseorang ke jawatan yang
melibatkan kepentingan awam dan kepentingan kaum Muslimin berdasarkan
favoritism, samada kerana hubungan kekeluargaan, sahabat handai, saudara
mara, dari sesama kumpulan ataupun fahaman politik. Perlantikan secara
favoritism serta mengenepikan orang lain yang lebih layak sedemikian
menurut Ibn Taimiyah adalah pengkhianatan terhadap Allah, Rasul dan kaum
Muslimin. Hal tersebut telah disebutkan oleh Saidina Omar dan juga oleh
Rasulullah SAW sendiri.
Ulama
terkenal, dan bapa sosiologi Islam dari Afrika Utara, Ibn Khaldun (mati
1406M) di dalam magnum Opus beliau, 'al-Mukaddimah' juga ada menyentuh
berkaitan keruntuhan sesuatu tamadun ialah apabila golongan pemerintah
sibuk berniaga dan mencampuri urusan perniagaan dengan menggunakan
jawatannya. Pihak politik, terutamanya pihak pemerintah sepatutnya tidak
mencampuri urusan perniagaan yang sepatutnya menjadi ruang kepada
pasaran dan masyarakat. Penglibatan aktor politik hanya akan menimbulkan
suasana conflict of interest dan menyumbang kepada bad governance
ataupun tatakelola yang buruk.
Hal
ini amat signifikan dengan apa yang berlaku kepada LTH. Isunya bukan
kerana faktor YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai individu,
isunya ialah sistem tatakelola LTH sebagai pemegang amanah kepada
caruman umat Islam seMalaysia. LTH sepatutnya menjadi sebuah institutsi
bebas politik di dalam pentadbiran dan pengurusannya. LTH tidak patut
dipengerusikan oleh mana-mana individu politik, apatah lagi dari pihak
pemerintah.
Berdasarkan kesedaran ini, situasi panik para pencarum dek kebocoran dokumen transaksi yang penuh kontroversi dan juga kenyataan flip flop oleh pengerusi LTH perlulah diselesaikan secepat mungkin demi mengelakkan keresahan dan kepanikan berterusan para pencarum Tabung Haji dari seluruh Malaysia. Pihak yang bertanggungjawab terlibat di dalam urusan tersebut perlu disiasat dengan telus dan jika mereka mempunyai integriti, mereka hendaklah meletakkan jawatan jika benar berlakunya transaksi kontroversial dan penuh risiko berkait 1MDB yang sedang disiasat sekarang ini. Pengerusi LTH juga perlu digantikan serta merta dengan individu bebas politik demi memulihkan keyakinan para pencarum sebelum majoriti pencarum membuat keputusan drastik secara kolektif yang kelak akan menjejaskan institutsi kewangan Islam tertua di negara ini.
informasi yang sangat bagus dan bermanfaat gan. ditunggu informasi nya selanjutnya gan terima kasih ^^
BalasPadamSelamat Datang di Intanqq.com
Intanqq menyediakan 8 permainan dalam 1 ID
Berikut permainannya :
* Bandar Balak66 (New Game)
* Sakong (New Game)
* Bandar Poker (Hits Game)
* BandarQ (Hot Game)
* Poker
* Domino
* Capsa Online
* AduQ
Berikut keuntungan bermain di Agent Poker Intanqq :
- Bonus Turnover 0.3% dibagikan setiap hari
- Bonus Extra turnover setiap minggu
- Bonus referal sampai 20% dan berlaku seumur hidup
- Proses depo dan wd HANYA 1 menit
- Minimal depo dan wd HANYA Rp.15.000
- Win Rate 98%
- No robot 100%
Pin BBM: 2AD20246
Ayo tunggu apalagi? segera bergabung bersama kami dan kunjungi website kami bosku ^^. menangkan hadiah nya bosku ^^