SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 7 Jun 2015


Ketika PAS bersikap lunak dengan musuhnya Umno, bekas menterinya sendiri pula terus mempertikaikan kewibawaan parti Melayu itu.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Umno bawah pimpinan sekarang “terikat dengan kekuatan kewangan dan kebendaan tetapi kekosongan jiwa tanpa roh perjuangan  sejati”.

“Umno semakin jauh dari rakyat  dengan semakin menyerlah  sebagai parti elitis, feudalistik dan materialistik,” katanya.

Malah, kata  Zainuddin, imej ini semakin teruk  apabila  Residen Umno Datuk Seri Najib berkata dirinya bukan dari darah sembarangan, ketika berdepan kritikan bertali arus Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zainuddin berkata, kenyataan itu amat bertentangan ajaran Islam yang tidak membezakan  manusia dengan daripada aspek darjat, pangkat dan keturunan kecuali ketakwaan kepada Allah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pertemuan PAS-Umno tidak dipandang negatif kerana Umno tidak boleh disamatarafkan dengan firaun.

The Malaysian Insider semalam melaporkan pandangan sebegitu tidak menjadi pendekatan PAS.

“Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

“Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran.

"Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya,” beliau dilapor sebagai berkata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan