SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Memaparkan catatan dengan label Artis / Model / Novel / Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis / Model / Novel / Seni. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Januari 2015

Zamani jadi mangsa buli polis

 





Sedutan aksi Zamani yang menyanyi sambil tangan bergari seperti yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

 

KUALA LUMPUR – Sebuah klip video memaparkan aksi bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyikan lagu hitnya Gerimis Mengundang yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial YouTube kini mencetuskan simpati para peminat kumpulan rock itu yang terkenal pada era 1990-an.

Klip berdurasi satu minit 23 saat itu menunjukkan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, dibuli dan dipaksa menyanyikan lagu tersebut dipercayai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kea­daan duduk bersama tahanan lain dan tangannya digari.

Peminat yang menyaksikan klip tersebut terbuai dengan kena­ngan lalu apabila Zamani kelihatan mampu mengalunkan lagu tersebut dengan aura suaranya yang lemak merdu sebagaimana pada zaman kegemilangannya dulu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat dan bakal mengenakan tindakan tegas terhadap perakam dan individu yang memuat naik video bekas vokalis Slam, Zamani yang menyanyi dalam keadaan tangan bergari di balai polis.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sabtu, 17 Januari 2015

'Wanita misteri' pertahan gadis K-Pop

 'Wanita misteri' pertahan gadis K-Pop
SELEPAS banyak pihak memberikan reaksi negatif bersabit isu gadis K-Pop, hari ini tampil seorang 'wanita misteri' menyifatkan apa yang berlaku itu ketentuan ALLAH.
Dalam video berdurasi 5 minit 42 saat itu, wanita berkenaan berkata, bukan sahaja gadis-gadis yang dipeluk artis K-Pop itu sedang diuji malah masyarakat secara keseluruhannya juga sedang menghadapi perkara sama.  

"Bukan mereka sahaja diuji, malah kita sebenarnya yang diuji juga.  Mereka yang berada di atas pentas dengan keizinan ALLAH.

".... di sebalik video yang telah diviralkan, ALLAH sebenarnya mahu menguji kita ...yang hebat sangat menjadi keyboard warrior, yang maki, seolah-olah anda semua sangat hebat daripada anda lahir sampai sekarang, Jadi renung-renungkan lah diri sendiri apa sebenarnya hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebalik peristiwa ini," ujarnya.

Video yang dimuatnaik ke YouTube itu kini telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Kebanyakan komen pelayar mengecam pandangan gadis tersebut.

Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) sudah membuka kertas siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini.

Jawi juga memberi tempoh seminggu kepada gadis-gadis yang terlibat supaya serah diri.

Jumaat, 16 Januari 2015

Shila Amzah undur dari ABPBH kerana media

Shila  AmzahSELEBRITI tanah air, Shila Amzah kali ini tampil mengulas mengenai punca penarikan dirinya daripada bertanding di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk tahun ini.

Memetik daripada sebuah video rakaman dari akaun rasmi Instagramnya, Shila berkata, dia tidak akan menyertai majlis anugerah berprestij itu berikutan tindakan media yang memboikotnya.


“Semua (media Melayu) telah bertindak memboikot saya, jadi saya membuat keputusan untuk tidak menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada hari ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi video rakaman menerusi akaun IGnya.


Sementara itu, kapsyen status video itu juga turut mengesahkan kenyataan yang direkod dan disiarkan melalui akaun IG Shila.

“Shila Amzah Entertainment Berhad telah membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini kerana mempunyai konflik dengan sesetengah media,” katanya.
Paparan tersebut turut disertakan hash tag #shilalas dan #wearestillunited untuk menghargai peminat yang selama ini menyokong karier seninya.

Shila Amzah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan media Melayu dengan mendakwa media Melayu tidak memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai artis tempatan.


Hal demikian kerana hanya media dari syarikat akhbar Cina sahaja yang muncul untuk membuat liputan terhadap konsertnya yang berlangsung  di Jalan Klang Lama, pada September tahun lepas.


Kenyataan tersebut kemudiannya dihujani balas oleh kritikan hebat media tempatan khususnya media cetak dan elektronik Melayu yang mendakwa, mereka sebenarnya tidak mendapat jemputan rasmi oleh pihaknya untuk ke konsert tersebut.


Sumber : Disini

Khamis, 15 Januari 2015

Ridhuan Tee kutuk aksi berpeluk dalam program realiti TV.. JAWI tak nak siasat ke?.. (Video Inside)

 
Mungkin rancangan realiti TV ni dibarisi oleh artis-artis tempatan yang tidak se'glamour' artis K-Pop dari Korea tu kot..

Jadi pihak yang sepatutnya 'peka' buat 'pekak' sajalah..
Atau mungkin rancangan realiti TV ini ada melibatkan VVIP, jadi tak bolehlah ditegur takut 'dapur tak berasap'..

Nasib baik ada Ridhuan Tee yang berani mengkritik...

Dr Ridhuan Tee Abdullah mengkritik rancangan realiti di televisyen yang disifatkannya sebagai menjengkelkan melalui adegan-adegan hina untuk tujuan publisiti murahan.
Beliau mempertikaikan kewajaran mengejar tarikan penonton sehingga mengetepikan soal haram dan halal serta dosa dan pahala.

Malah ujarnya, program realiti yang bersifat keagamaan juga tidak semestinya mendatang barakah jika di dalamnya berlaku kemunafikan dan mengabaikan amal makruf nahi mungkar.

Sehubungan itu, Profesor di Univerisiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA) itu berkata, ”Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.”

”Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh dengan pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu,” tulisnya dalam ruangan mingguan beliau di media utama dengan judul Banjir dan program realiti TV.

”Begitu juga adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating,” tambah beliau.

Dr Ridhuan turut mengkritik rancangan realiti tv bercorak keagamaan yang disifatkannya sebagai menyedihkan kerana mengetepikan aspek ketinggian ilmu.

Jelasnya, pemilihan para peserta untuk program itu lebih memberi penekanan kepada aspek penyampaian dan menidakkan kepetingan ilmu dan keintelektualan sehingga menyebabkan matlamatnya tersasar jauh.

Beliau menambah, program realiti terbabit mengutamakan peserta yang pandai menyanyi dan melawak, sementara juri hakim tidak memiliki kelayakan ilmu tetapi hanya memberi tumpuan kepada aspek pengucapan awam.

”Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari?” tulis beliau.

Tambahnya, ”Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah sampai masanya kita bertaubat.”

Kata Dr Ridhuan, rancangan realiti semakin mengarut termasuk meliputi aspek penajaan, ”Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukalah pintu penjara, agar mereka keluar menjadi baik.” lapor UtaraNews

Sumber : Disini

Ada VVIP peluk Shah Rukh Khan, mana JAWI?'


Antara yang paling lantang, pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor yang berkongsi pengalamannya melihat gelagat para “isteri orang” dan “makcik-makcik” ketika berdepan dengan artis pujaan mereka.

“Gadis terpengaruh dengan anasir luar sampai lupa jati diri Islam? Tolonglah.

“Saya pernah lihat para isteri orang, makcik-makcik meraba dan mengucup para artis lelaki tempatan,” katanya di Twitter.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu yang dimaksudkannya dalam kenyataannya itu dan tidak menyatakan sekiranya wanita berkenan turut disiasat oleh JAWI.

Selain itu, bekas MP, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, kejadian berpelukan juga berlaku semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Beliau mendakwa, JAWI bagaimanapun tidak bertindak kerana acara tersebut dihadiri orang kenamaan, yang tidak dinamakannya.

Peluk Shah Rukh Khan

“Mana JAWI masa konsert Shah Rukh Khan? Ada hugging dan peluk juga. Tapi VVIP pun ada jadi tak ada tindakan.

“Anak muda nak bergembira sikit heboh seluruh negara. Apa pengawasan ke atas orang atasan?,” katanya lagi di Twitter.

Kumpulan pemimpin masyarakat sivil pula mendakwa Jabatan JAWI bertindak keterlaluan kerana mengancam untuk menangkap tiga remaja bertudung yang dilaporkan dipeluk dan dikucup anggota kumpulan artis K-Pop.

Antaranya, peguam hak asasi, Datuk S Ambiga yang bimbang tindakan itu akan menyebabkan remaja bertudung berkenaan mengalami trauma.

"JAWI mahu mendapatkan waran tangkap kepada gadis muda dalam K-Pop? (Tindakan) itu boleh mendatangkan trauma kepada mereka buat sepanjang hidup mereka," katanya di Twitter.

Sementara itu, NGO hak asasi wanita Sisters in Islam pula mempersoalkan peruntukan undang-undang yang didakwa “terlalu luas” untuk siasatan bagi kes itu.

Dalam kenyataan di laman Facebook mereka, NGO itu mendakwa peruntukan tersebut "boleh membuka ruang untuk penyalahgunaan penguatkuasaan sewenang-wenangnya dan terpilih."

'Tak ada kerja lain?'

Ia merujuk kepada siasatan JAWI mengikut  bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Tindakan berkenaan turut menimbulkan sindiran daripada aktivis hak asasi dan media, V Gayathry yang mempersoalkan keutamaan JAWI dalam menjalankan operasi mereka.

"Serius? JAWI mahu waran tangkap terhadap peminat artis K-pop? Anda tak ada kerja lain ke?,” katanya yang juga pengarah eksekutif Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa).

Beliau mengulas laporan yang menyebut, JAWI akan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya remaja bertudung tersebut tidak hadir untuk siasatan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata jabatan itu memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada remaja perempuan itu untuk tampil bagi siasatan.

Video menunjukkan aksi anggota kumpulan B1F4 itu beredar di blog dan laman sosial popular sejak Sabtu lalu.

Ia menunjukkan salah seorang ahli kumpulan itu berinteraksi dengan mesra dengan beberapa remaja perempuan bertudung dan memeluk mereka di atas pentas.

Ia turut menunjukkan seorang daripada anggota kumpulan dari Korea Selatan itu mengucup salah seorang daripada mereka di bahagian ubun kepala.

Kumpulan remaja bertudung itu dilihat gementar namun ada di kalangan mereka dilihat membalas rangkulan artis tersebut.
 
 
 



Rabu, 14 Januari 2015

11 Penyanyi Kelab Dari Thailand Ditahan

Sebelas penyanyi kelab yang didatangkan khas dari Thailand ditahan selepas persembahan mereka di George Town malam tadi tidak memenuhi syarat-syarat agensi pusat permohonan pengembaraan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).  
  
Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang Hasbullah Abdul Rashid berkata kesemua wanita berusia 20-an itu ditahan selepas mengadakan persembahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Lebuh Pantai di George Town pada kira-kira jam 11 malam.
  
"Berdasarkan pemantauan kami, mereka telah melanggar syarat-syarat yang dinyatakan dalam kelulusan seperti berpakaian mengghairahkan dan tidak mematuhi kod syarat pakaian artis iaitu artis wanita hendaklah menutup badan dari pangkal buah dada hingga ke bawah lutut.
  
"Selain itu terdapat unsur pemberian tips yang melanggari syarat yang ditetapkan iaitu pelanggan pusat hiburan berkenaan akan memberikan kalungan bunga dan selendang kepada artis kegemaran mereka mengikut kadar harga tertentu," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
  
Beliau berkata kalungan bunga dan selendang berkenaan disediakan dengan harga dari RM100 hingga RM500 dan akan dikalungkan sendiri oleh pelanggan kepada penyanyi pilihan mereka.

Hasbullah berkata dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Anson di George Town, pihaknya menahan tujuh wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) premis berkenaan.
  
"Mereka didapati telah menyalah guna pas lawatan sosial dan ada antara mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.
  
Beliau berkata pihaknya turut menyerbu sebuah rumah kongsi di Jalan Ong Joo Sun dan menahan 25 rakyat asing dari Nepal, Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan China atas pelbagai kelahanan menurut Akta Imigresen.

"Semua mereka yang ditahan dalam operasi dari jam 10 malam hingga 5 pagi itu dibawa ke Pejabat Imigresen negeri di Seberang Jaya untuk didokumentasi bagi siasatan lanjut," katanya.
- Bernama
 
 Sumber : Disini

Biza Bijak Dengan Bodoh












 



Tahniah Sebab Hancurkan Rumah Tangga Saya - Alyah

 


 Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah akhirnya terjawab.

Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.
.
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.

Selasa, 13 Januari 2015

Jawi ambil tindakan penganjur konsert K-Pop

 Othman
 Othman
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop, B1A4, berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.

"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' (menjadi bahan berita popular) di media sosial.

Video berdurasi lebih tiga minit yang memaparkan adegan cium itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV yang dirakam pada konsert tersebut.

Perbuatan sumbang itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan SukanM Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."

Othman berkata penganjur konsert artis K-Pop B1A4 harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana Jakim pada 2007 telah menerbitkan Garis Panduan Hiburan dalam Islam tetapi adakah garis panduan berkenaan diberi perhatian oleh semua pihak termasuk penganjur konsert dan merujuk kepada Jakim terlebih dahulu.

"Jakim tidak diberitahu mengenai penganjuran konsert ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak, penganjur dan pihak yang meluluskan acara hiburan memberi perhatian serius mengenai kebaikan dan keburukan dalam penganjuran acara.

"Dalam memenuhi tuntutan agama Islam, sebarang acara yang bertentangan dengan moral, akhlak, tatasusila dan budaya Malaysia tidak wajar dibenarkan, tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama

Gadis K-Pop: Jawi buka kertas siasatan

 'Adegan' seorang gadis bertudung dicium artis K-Pop.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini.
Pengarahnya, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu berkaitan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.

"Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Sebagai agensi penguatkuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi. Oleh itu Jawi meminta agar mereka yang terlibat tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan kekesalan berkenaan dengan insiden tersebut.

"Perlakuan beberapa peminat tersebut dilihat melampaui batasan dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini," ujar beliau.

Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' di media sosial.

Perbuatan itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati.

 Sumber : Disini

Isnin, 12 Januari 2015

Dipeluk K-Pop: Mereka perlu taubat

 'Adegan' seorang gadis bertudung dicium artis K-Pop.

SHAH ALAM - Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia, Dr Zaharuddin Abdul Rahman melahirkan rasa terkejut adegan kumpulan K-Pop terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurutnya, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.

"Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya.
Sumber : Disini

Jumaat, 9 Januari 2015

Lamaran Hairul Tidak Cerminkan Budaya Melayu - Ustaz Zul Hamat

Rabu, 7 Januari 2015

Pelakon Liam Neeson ( Taken 1 & 2) berkira-kira menjadi seorang Muslim



Siapa yang dah menontoh Taken mesti ingat babak ini.. Matanya ditutup , dia menghafal jalan dengan mengira berepa detik antara lorong ke lorong,, bunyi burung, bunyi serunai.. yup..kalau dalam siri korean variasi banyak kali aksi ini ditiru.

Dalam temubual bersama Jimmy Fellon dalam satu rancangan.. ketika penggambaran di Turkey.. dia melihat sendiri bagaimana orang2 di sana menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.. dan suasana itu baginya cukup memberi ketenangan.. sehingga dia merasakan dia ingin menjadi seorang muslim.
'The call to prayer happens five times a day, and for the first week, it drives you crazy, and then it just gets into your spirit, and it's the most beautiful, beautiful thing,'- Liam Neeson

Untuk makluman,pelakon ini yang juga pernah dikritik teruk kerana memainkan suara Aslan seekor singa dalam filem The chronical of Narnia kerana dikatan watak itu adalah peniruan terharap Nabi Muhammad

kita tunggu dan lihat je la
 

Selasa, 6 Januari 2015

Adat Melayu Sudah Mula Terhakis Angkara Perbuatan Segelintir Artis Yang Terlalu Suka Meniru Gaya Barat...!! Wajarkah ??

 
Nampaknya final gegar ekstravaganza yang telah tamat semalam mula menjadi topik hangat di media sosial sekarang susulan aksi Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha yang dipaparkan secara langsung itu.
Rata-rata penonton yang beragama Islam secara jelas amat kecewa dengan adegan tersebut dimana rata-ratanya agak menyampah dengan aksi tersebut yang didakwa sebagai meniru budaya bukan Islam.

Kalau bukan Islam budaya mana? Kristian? huhuhu pandai-pandailah korang fikir. Semalam waktu aku lihat adegan itu juga , aku tertanya-tanya, kalau salah sorang dari mereka mati dulu atau tetiba bergaduh dan 'bercerai' mana nak letak muka lepas tu?

Kejutan konon...

Nampak gayanya pihak Astro kali ini telah dikecam hebat oleh peminat program tersebut. Bagaimanapun yang paling menarik perhatian adalah aksi Hanis sendiri yang dilihat tidak tahu untuk memberi jawapan di atas lamaran itu. 

Isnin, 5 Januari 2015

Gegar Vaganza, Bergegar Disaat Banjir Gegarkan Seluruh Negara.


Ayai (Ilusi) mempamerkan persembahan.. 

HALAMAN HIBURAN  KL: Penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada Ahad.
Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.
Haleeda berjaya meraih tempat kedua. 
Tempat kedua dimenangi oleh Haleeda dengan mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Mamat (Exist) mendapat tempat ketiga, menerima wang tunai RM15,000. Penyanyi Rahmad pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kelima dimenangi Ifa Raziah, membawa pulang RM5,000. Walaupun berada di tempat akhir, Fazli Zainal tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.
Dalam pada itu persembahan terbaik pilihan penonton dimenangi oleh Mamat (Exist) menerima wang tunai RM5,000. Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.
Mamat (Exist)
Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita fikir sikit, apa faedahnya program ini untuk pembangunan negara, agama dan kemanusian sejagat? Bolehkah program ini melahirkan remaja yang berakhlak mulia seperti yang dikehendaki Allag SWT bagi orang Islam? Begitu juga bagi kepentingan agama-agama selain Islam?

Apa lagi bila Gegar Vaganza bergegar disaat banjir menggegarkan seluruh negara, apa feadahnya dalam usaha membantu mangsa banjir? Tiada perasaan kemanusiaankah?  (IH)

Selasa, 29 April 2014

CERITA JENAKA

CERITA JENAKA

CERITA jenaka mengandungi unsur kelucuan yang dapat menimbulkan gelak ketawa di kalangan pendengarnya. Ham-pir keseluruhan cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat daripada membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksi-aksi yang menimbulkan kelucuan.
Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami nasib malang. Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada dari India mahupun Arab-Parsi seperti Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas, dan Awang Kenit. Sungguhpun begitu, terdapat ratusan lagi cerita jenaka dalam perbendaharaan sastera rakyat Melayu.
Pada umumnya, cerita-cerita ini berfungsi sebagai alat kritik sosial kepada masyarakat. Sifat negatif seperti bodoh, tamak, mementingkan diri sendiri, menipu untuk melepaskan diri dan sebagainya dikritik menerusi cerita-cerita ini. Selain mengkritik tingkah laku yang buruk, institusi tertentu seperti institusi keagamaan (lebai) dan pemerintah (raja, pembesar, hakim, dan penghulu) turut menjadi sasaran kritikan atas penyelewengan yang dilakukan (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2000).
*   *   *
Kejenakaan Pak Pandir
CERITA ini ialah cerita dua orang suami isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andih. Jadi, suatu hari itu, mereka hendak bekerjalah hendak membuat ladang bertanam padi. Jadi, kalau begitu dia hendak mencari kerbau. Hendak membeli kerbau, disuruhnya Pak Pandir membeli kerbau untuk mem-bajak tanah. Pak Pandir ini orang yang bodoh-bodoh tetapi ada kalanya bijak juga. Bijaknya bijak bodohlah. Jadi, kata dia, "Macam mana rupa kerbau itu?" Dia tidak tahu.
Datang kata Mak Andih ini, "Mana yang makan rumput itu nanti, itu kerbaulah," katanya.
Jadi, Pak Pandir pergi mencari kerbau. Dia pergi, pergi ditengoknya seorang petani tengah menajak, merumput di sawah padi itulah. Zaman dahulu tidak ada tajak. Di sawah padi itu ada satu alat namanya keri. Alat itu gunanya untuk memotong rumpudah. Menajak rumput pada pangkal-pang-kal padi itu. Jadi, Pak Pandir ini datang kepada petani itu. Katanya, "Hai, saudara!" katanya. "Ini hendak jual ke apa ini, kerbau ini?"
"Ah?" kata petani itu. "Ini bukannya kerbau!" katanya. "Ini keri buat memotong rumput," katanya.
"Ah! Yalah! Asalkan makan rumput bolehlah. Tidak kiralah apa-apa," katanya.
Jadi, petani itu bersetuju untuk menjual keri tersebut. Apabila petani bersetuju hendak menjual, dibelinyalah. Jadi, dibelinya keri tersebut. Sambil itu, Pak Pandir teringat pesanMak Andih tadi, "Bila kerbau itu hendak dibawa balik ikat dengan tali."
Jadi, tali yang dibawanya itu diikatnyalah keri itu tadi. Jadi, keri ini macam tajak yang kecil itulah. Jadi, sudah di-ikatnya keri itu tadi lalu diseretnyalah. Jadi, bila diseretnya keri ini memantul-mantullah. Ia memantul pada tanah dan kadangkala terkena kakinya, kena tumitnya menyebabkan luka. Dalam pada berjalan itu dia pun bersungutlah, "Celaka, kerbau ini!" katanya. "Kaki aku pulak ditanduknya. Tengok, sudah berdarah-darah ini," kata Pak Pandir.
Jadi, dibawanya balik 'kerbau' itu balik ke rumah. Bawa balik, bawa balik sampailah dekat pokok mempelam ditambatnyalah keri itu tadi. Jadi, Pak Pandir pun balik lalu masuk ke rumah. Sampai di rumah dia pergi berjumpa Mak Andih. Kata Mak Andih, "Mana dia kerbau? Sudah dapat?"
"Dapat sudah."
"Mana dia?"
"Aku tambat dekat pokok mempelam," kata Pak Pandir. Jadi, apabila ditengok-tengok oleh Mak Andih dia pun terperanjat lalu marah. "Ini bukannya kerbau!" "Bukan kerbau?" kata Pak Pandir. "Ah! Ini keri!" kata Mak Andih.
"Ah! Aku tidak tahulah. Engkau kata yang makan rum-put," katanya. "Benda ini makan rumput juga." Kemudian keri itu ditukarkan semula dengan kerbau oleh Pak Pandir.
* *  *
Selain seorang yang bodoh, Pak Pandir ini juga memang se-orang pemalas. Dia tidak suka pergi ke ladang. Jadi, Pak Pandir dengan Mak Andih ini ada seorang anak kecil. Umur anak mereka ini dalam dua tiga bulanlah. Suatu hari, Mak Andih bercadang hendak pergi ke ladang. Jadi, Pak Pandir disuruhnya menunggu rumah. Dia pesan dengan Pak Pandir, "Pak Pandir! Pak Pandir! Aku hendak ke ladang ini. Budak itu nanti, anak kita, kalau bangun dari tidur, engkau mandi-kan," katanya. "Tetapi, dimandikan biar mandi air panas. Air suam-suamlah. Air panas itu masuk campur dengan air sejuk. Mandikan dia budak ini air panas." Kata Pak Pandir, "Yalah!"
Jadi, Mak Andih pergilah ke ladang. Pergi, pergi, Pak Pandir ini teringatkan budak ini disuruh mandi dengan air panas saja. Jadi, dimasukkannya anaknya dalam besen itu. Dibuat sudah dan dimasaknya air panas dan dijirusnyalah. Jadi, budak ini kena air panas, mati. Jadi, Pak Pandir ini tidak tahulah budak itu sudah mati. Budak ini ditengoknya, budak ini tersengeh.
"Tertawa anak kita ini, mandi air panas," katanya.
Jadi, rupanya dalam pada dia tengok-tengok itu Mak Andih pun balik. Balik-balik, ditengok Mak Andih anaknya itu terjeringai sahaja. Ertinya macam tersengeh sahajalah. Rupa-rupanya anaknya itu sudah mati. Sudah mati habislah ceritanya.
Kata Mak Andih, "Sudah mati apa hendak buat? Pergilah tanam."
Jadi, Pak Pandir pergilah membawa cangkul satu. Jadi, sudah dikapankanlah budak kecil ini tadi. Tidak ada apa yang dipakai, dibungkusnya budak ini dengan tikar sahaja. Habis dipikulnya dan dengan tajak satu. Dalam pada dia berjalan-jalan ini, budak dalam tikar ini tidak disedarinya terjatuh. Jadi, tikar itu dipikulnya juga dengan cangkul. Habis, sampai sahaja ke kubur digalinya kubur itu dimasukkannya tikar sahaja. Kata Pak Pandir, "Anak kita sudah masuk sekali dengan tikar-tikar sekali."
Pak Pandir pun balik. Bila hendak balik, tengah jalan di-jumpanyalah satu budak mati tengah jalan.
Jadi, dia pun berfikir dalam hatinya, "Bukanlah-anak aku sahaja yang mati," katanya. "Anak orang lain pun ada juga yang mati. Tidak apalah," katanya. "Bukan anak aku seorang sahaja, anak orang lain pun mati juga," kata Pak Pandir.
Dia pun balik. Balik, balik, Pak Pandir cerita dengan Mak Andih. Kata Mak Andih, "Sudah tanam?"
Katanya, "Sudah! Tapi tidak usahlah Mak Andih susah hati," katanya. "Kita, dalam dunia ini bukan anak kita sahaja yang mati. Aku tadi jalan balik, tengah jalan itu aku jumpa anak orang ada juga yang mati," katanya.
Jadi, kalau begitu dia baliklah. Mak Andih ini pun pergi hendak menengok kubur anaknya. Ditengoknya tengah jalan itu anak dia yang dibawanya tadi oleh Pak Pandir tercicir jatuh di tengah jalan. Jadi, diambilnya dan ditanamnyalah semula. Itu satu lagi kisah Pak Pandir.
*   *   *
Tersebutlah balik kisah Pak Pandir ini tadi. Apabila anaknya yang sudah mati itu sudah sampai hari; dahulu ada yang tiga hari kenduri, tujuh hari kenduri, empat belas hari kenduri. Jadi, Mak Andih ini teringatlah, "Ini sudah tiga hari anak aku mati ini. Hendak buat kendurilah."
Jadi, hendak kenduri dia pun siaplah memasak-masak, apa semua gulai. Kalau begitu disuruhnya Pak Pandir, "Eh! Nanti engkau pergi jemput orang. Pukul 4.00, lepas sembahyang asar narrti kita kenduri. Jadi, engkau panggil Pak Biial, engkau panggil Pak Imam, engkau panggil Tuk Siak, apa semualah."
"Jadi, yang mana satu Pak Imam ini?" kata Pak Pandir.
"Pak Imam itu nanti, bila ada yang berjanggut saja panjang itu," katanya, "Itu Pak Imamlah. Mana yang songkoknya putih itu nanti," katanya, "Itu Pak Bilallah. Engkau panggillah nanti," katanya. "Lain-lain orang pun panggillah." Jadi, dia pergilah hendak menjemput orang.
Pergi, pergi, pergi dia tidak tahu mana rumah Pak Imam. Tidak tahu mana rumah Pak Bilal. Dia ingat, asalkan yang janggut panjang itu nanti Pak Imamlah. Asalkan yang putih sahaja kepala songkok itu, songkok putih, songkok ketayap itu, bilallah katanya. Jadi berjalan, berjalan, ditengoknya bu-rung pipit, pipit uban. Pipit uban ini masa itu, bulu kepala-nya itu putih. Pipit ini ada dua tiga macam. Pipit uban ada, pipit pinang ada, pipit genting ada, pipit tuli ada. Jadi, pipit uban ini kepalanya putih. Jadi, kalau begitu dipanggil-pang-gilnya tetapi tidak mahu datang, dikejarnya. Dikejarnya di-dapatnya satu ekor burung pipit ini tadi. Dibawanya balik.
"Ini bilallah ini," katanya, "Yang bersongkok putih ini." Lepas itu nanti hendak mencari Pak Imam pula.
Pergi, pergi, cari, carinya, ternampaklah kambing jantan yang berjanggut panjang. Jadi, dikatanya ini, "Aaa! Ini Pak Imamlah, ini berjanggut ni."
Jadi, apabila sampai sana, dikejarnyalah kambing itu di-tangkapnya, dibawanya baliklah. Jadi, kambing ini pun dibawanyalah balik. Dalam pada balik berbunyilah, "Bek! Bek! Bek!"
"Ah! Engkau jangan buat pembohonglah," katanya. "Nasi aku tiada lembik," kata Pak Pandir. Habis pipit ini pun ber-bunyi, "Pit! Pit! Pit!"
"Ah! Rumah aku tiada sempit," katanya. "Engkau buat pembohong sahaja, Pak Bilal." Dibawanya balik.
Sampai di rumah, kata Mak Andih, "Dapat? Mana Pak Imam? Ini tadi semua datang? Ada Pak Bilal?"
"Ada sudah ini. Semua dibawa balik," kata Pak Pandir. Jadi, dibawanya. Ditengoknya oleh Mak Andih burung pipit dengan kambing, sudahlah tidak jadilah kenduri itu.
*   *   *
Suatu hari, Pak Pandir dengan Mak Andih ini ada di rumah dan hari pula hujanlah. Jadi, hujan dia tidaklah boleh turun ke ladang apa semua. Jadi, dia duduklah di atas rumah itu. Jadi, apabila duduk di atas rumah, kata Pak Pandir, "Aku ini lapar sangat Mak Andih," katanya. "Baiklah engkau," katanya, "Apa yang hendak dimasak, masaklah. Ada apa-apa pun masaklah. Biar aku makan hujan-hujan ini."
Jadi, kata Mak Andih, "Yalah! Nantilah! Ada pisang muda dekat dapur itu biarlah aku bakarkan," kata Mak Andih.
Jadi, dalam pada dia mengupas kulit pisang semua itu Pak Pandir berkata, "Ai! Lama benar! Perut aku sudah laparlah. Lekas! Lekaslah sikit! Memasak itu kalau apa-apa pun hendak dimasak, masaklah lekas! Kalau pisang, pisanglah." katanya.
Lama-lama Mak Andih ini panas hatinya. Ditengoknya Pak Pandir ini sudah hendak makan sangat, tidak sabar hen­dak makan. Diambilnya pisang muda yang dikupas itu tadi dilumurkannyalah pada punggung kuali. Jadi, hitam sahajalah. Jadi, sudah hitam apa semua diangkat dibawanyalah pada Pak Pandir. Jadi, Pak Pandir ini makan, makan, "Ai! Picang ni," katanya, "Angus ada tapi macak idak," katanya. "Angus ada macak idak," katanya.
Dia ini pelat. Maknanya belum masak lagi pisang itu, muda lagi. Jadi, hitam pada arang buntut kuali itu sahaja. Jadi, itulah ceritanya orang sudah gelojoh hendak makan sangat. Jadi, Mak Andih ini disapukannyalah pisang itu pada buntut kuali. Jadi, itulah ceritanya.
*   *   *
Kemudian, suatu hari itu, pagi itu, Mak Andih sudah masak nasilah. Habis sudah masak nasi, habis dia kata lauk tidak ada. Habis, dicakapkannya dengan Pak Pandir.
"Pak Pandir! Pak Pandir!" katanya. "Engkau ambillah taut bawah rumah itu. Engkau pasanglah dekat sungai itu. Mana tahu dapat ikan nanti, bolehlah kita bawa baliklah. Boleh kita makan sama."
Jadi, Pak Pandir ini kata, "Yalah! Habis, umpan tidak ada. Apa hendak diumpankan ini?"
Datang kata Mak Andih, "Engkau ambillah, cari beialang rusa itu," katanya, "Buat umpan!"
Jadi, kata Pak Pandir, "Yalah!"
Jadi, taut ini sejenis kail yang gunanya hendak menang-kap ikan ini tadi.
Jadi, dibawanyalah taut itu. Dibawa, dibawanya, dicari-nyalah beialang rusa. Beialang rusa itu tidak ada didapatnya. Lama dia berjalan, berjalan, berjalan dijumpanya rusa. "Ah! Ini pun dia rusa," katanya. Kalau begitu rusa itu tengah tidur. Dicangkuknyalah rusa itu pada mata taut tadi. Dicacakkan-nyalah ke sungai. Ah! Lepas itu dia pun baliklah. Balik sekejap lagi lebih kurang dalam dua tiga jam dia pun hendak pergilah hendak menengok tautnya itu balik, sama ada sudah mengena atau tidak. Habis, dia pun pergi, ditengoknya rusa itu sahaja yang ada. Habis dia balik ke rumah jumpa Mak Andih.
"Macam mana Mak Andih?" katanya. "Tidak ada di-makan ikan," kata Pak Pandir. "Umpan kita itu ada juga."
"Apa engkau umpankan?" kata Mak Andih.
"Aku umpan rusa. Aku dapat dekat hutan tadi. Aku cangkukkan."
"Ah! Kalau begitu, rusa, marilah kita tengok," katanya.
Jadi, pergilah Pak Pandir dengan Mak Andih ini.
"Ah! Ini?" katanya. "Rusa betul ini," kata Mak Andih. "Jadi, kalau begitu," kata Mak Andih. Rusa ini sahajalah kita sembelih buat lauk. Tidak payahlah kita mencari ikan lagi," kata Mak Andih. Itu sahajalah ceritanya.

Suatu masa orang kampung pergi menebang untuk membuat kebun. Pak Pandir pun turut sama pergi menebang. Asaikan pagi dia membawa bekal nasi, asal pagi membawa bekal nasi dibuat oleh bininya untuk pergi menebang.
"Ah! Yalah," katanya. "Bawa! Bawa bekallah!" kata Pak Pandir.
Bawa bekal pergi menebang. Jadi, bukan dia menebang cuma dia duduk dalam hutan itu termenung sahaja. Petang orang balik dia balik, orang pergi dia pergi. Pergi membawa bungkus nasi tapi orang menebang dia tidak menebang.

Sampailah masa menuai. Jadi, kata Mak Andih, "Sudah siap dah ladang?"
"Sudah! Besok bolehlah kita menuai," kata dia. Tapi, dia cakapnya sahaja.
Jadi, satu hari itu, Pak Pandir dibawanya sekeping kerak nasi itu. Kerak ini tadi dibawa, dibawanya ke dalam hutan tadi digantungnya atas pokok. Ah! Pak Pandir duduk di bawah pokok itu tadi. Jadi, apabila petang, orang hendak balik, orang yang tadi pergi menebang hutan pun lalu. Mereka pun bertanya, "Apa engkau buat, Pak Pandir?"
"Alah! Duduk-duduklah," kata dia. "Badan sudah letih," kata dia.
"Aaa! Itu apa pulak dekat atas pokok itu?" "Ah, kerak nasi!" kata dia.
"Ah! engkau Pak Pandir! Engkau ini buat pembohong sahaja," kata orang tadi. "Ada pulak kerak nasi berkilat-kilat begini?" katanya. Kata orang itu, "Lebah!"Kata Pak Pandir, "Tidak! Rak acik!" Dia mengata kerak nasi itu "rak acik" sebab dia pelat. Kata dia, "Rak acik!"Kata orang itu, "Eee! Eh! Lebah!" "Rak acik apa? Asal betul-betul kerak nasi, aku bertaruh, aku bertaruh ladang pun aku jadi," kata orang itu. "Kalau ladang, kalau betul kerak nasi ambillah, ambillah ladang aku itu. Tapi, kalau sarang lebah, betul lebah, engkau aku kerjakan," kata dia. "Aku hambakan engkau," kata orang itu lagi. "Ah, yalah!" kata Pak Pandir.

Ditengok, dipanjatlah ditengok. Ditengok, betullah kerak nasi. Dapatlah Pak Pandir ladang orang itu. Ah! Balik tadi itulah bukan main sukalah Mak Andih. Mak Andih menyangkakan dia, betullah Pak Pandir berladang. Pada hal, dia main nasib-nasib, main nasib-nasiblah itu. Mengakalkan orang. Mengakalkan orang! Bukan sengaja hendak mengakalkan orang pun tidak. Memang sengaja digantung kerak nasi.

Kemudian, tidak lama selepas itu, Mak Andih ini sudahlah marahkan Pak Pandir. Dia tidak ada kerja. Dia asyik duduk di rumah. Hendak makan tidur, makan tidur sahaja. Kalau begitu, bila dimarah-marah oleh Mak Andih ini, dia terfikir di hatinya. "Kalau macam ini," katanya, "Baiklah aku buat satu helahlah."

Kata Pak Pandir kepada Mak Andih, "Engkau gaduhkan aku tidak bekerja. Baiklah! Aku ini hendak pergi belayar. Hendak belayar seminggu. Hendak kerja. Hendak cari duit. Jadi, engkau siapkan aku bekal; bekal kuih-kuihke, nasi apa semua selama seminggu. Jadi, biar aku pergi belayar," kata Pak Pandir.Jadi, Mak Andih ini siapkanlah nasi, lauk semua, ketupat, apa yang ada, kuih bekalan dalam seminggu. Jadi, sudah siap bungkus apa semua, Mak Andih pun pergi turun ke bawah. Turun ke bawah hendak pergi menengok-nengok kebunnya-lah.

 Jadi, Pak Pandir ini naik atas para, tidak ada pergi bela­yar. Orang zaman dulu, ada rumah pakai para. Di atas rumah itu, ada satu lantai lagi, ada para tempat simpan barang. Jadi, Pak Pandir tidak pergi belayar, dia naik atas para itu.

Jadi, dalam pada seminggu ini Pak Pandir duduk atas para itu makan sahaja. Makan, makan, berak pun tidak, kencing pun tidak. Jadi, hendak berak diambilnya gabus, disumbatnya duburnya tadi. Dia duduk di atas para itu.

Jadi, apabila sudah sampai seminggu, Mak Andih ini pun berkata, "Ah! Hari ini sudah sampai seminggu. Aah! Pak Pandir ini hendak balik dari belayar ini," katanya. "Baiklah aku berkemas-kemas."

Jadi, disapunyalah lantai, sawang-sawang apa semua dekat para itu, bawah para. Ditengokkannya, "Ada gabus pulak," katanya. "Ini apa pulak gabus ini pada para ini?" katanya.

Jadi, dia hendak membersihkan para itu. Dicabutnyalah gabus itu oleh Mak Andih. Jadi, Pak Pandir pun terberaklah. Jadi, kenalah muka Mak Andih.

Sumber: Disesuaikan daripada penceritaan Haji Talib Bulat dan Haji Abdul Manan Puteh, 1995. Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.