SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Memaparkan catatan dengan label Polis / Masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis / Masyarakat. Papar semua catatan

Isnin, 10 Mac 2014

Fitnah Yan Tiada Berkesudahan

TERESA KOK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PENGGIAT SIBER PRO UMNO YANG MEMFITNAH DIRINYA MENGENAI PESAWAT MH370 HILANG DIKAITKAN DENGAN PENGGANAS MUSLIM!!!!




Hari ini YB Teresa Kok Ahli Parlimen DAP/PR Seputih telah buat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling berkenaan satu posting dalam facebook yang telah luas disebarkan dalam media sosial yang mendakwa beliau telah mengeluarkan perkataan “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim. --- YB TERESA KOK, Ahli Parlimen Seputeh”

Laporan polis adalah seperti berikut:

“Pada pagi ini, saya diberitahu bahawa terdapat posting yang mempunyai gambar dan nama saya disebarkan secara luasnya di media sosial dengan ayat-ayat berikut: “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim. --- YB TERESA KOK, Ahli Parlimen Seputeh”

Mengikut siasatan yang dilakukan oleh rakan saya, post ini disyaki dimulakan daripada facebook "Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup". Ia kemudian disalin dan disiarkan dalam banyak laman facebook, termasuk:



Selain itu, posting tersebut juga disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui tweeter.

Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan terhadap kehilangan pesawat MH370 sejak berita ini dilaporkan dalam media.

Posting yang mengandungi kenyataan palsu dan pembohongan tersebut telah mencaci imej saya sebagai wakil rakyat dan mendatangkan kritikan terhadap saya. 

Saya ingin minta polis menyiasat kes dengan seriusnya.

Sekian.”

Isnin, 17 Februari 2014

PRK Kajang: Polis Buka Satu Lagi Kertas Siasatan


Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

   
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
    
"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.
    
"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.



Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.
    
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah.
    
"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.
    
"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.
    
Mengulas mengenai insiden di dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu, Khalid berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu siasatan.

Sabtu, 8 Februari 2014

NGO Biadap Tidak Wajar DiDaftar..

Mat Sabu-Pas GrafikDESA PANDAN, 8 FEB: PAS membidas tindakan biadap NGO yang menawarkan habuan sehingga RM1,200 untuk mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamnya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati, mereka boleh meluahkan perkara berkenaan tanpa perlu membuat sebarang ancaman mahupun menimbulkan sentimen perkauman.

Katanya perkara ini diperbesarkan untuk terus mengalihkan perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barang dan pembayaran pampasan berjumlah RM400 juta kepada syarikat konsesi.“Kalau nak lawan dia balik, buatlah kartun atau sebagainya. Mana boleh nak ancam dengan menampar.

“Sebab dia Cina, dia buat sikit dia (NGO) kata hina Melayu. Kita tidak termakan. Itu bukan hina Melayu. Tidak ada kena mengena.“Kita tidak bersetuju ini semua untuk mengalihkan isu dengan perkauman.

“Bila negara hadapi masalah dia main isu pekauman,” katanya kepada media selepas pelancaran program Roadshow ‘Jom Turun’ dan Solidariti Ekonomi Rakyat Insaf Kotaraya (Serik).

Katanya sehingga kini polis didakwa masih gagal menangkap pihak bertanggungjawab membaling kepala babi di dua masjid di Johor dan Selangor selepas tiga tahun kejadian ini berlaku.“Mana boleh polis tidak boleh menangkap orang yang baling kepala babi (di masjid).“Sebab risikan polis Malaysia antara yang terbaik dalam dunia. Mana boleh. Saya letak keraguan di situ,” katanya lagi.

Isnin, 29 Julai 2013

Malaysia Negara Selamat: Senarai Kes Tembakan Sepanjang Tahun Ini - Polis, Kami Takut!


Baca berita tadi beb. Ada satu lagi kes tembakan. Kali neh mangsa tembakan ada yang mati. Yang kena tembak 3 orang. 2 disahkan parah. Lepak2 kat kedai makan jek pun kena tembak. Kejadian berlaku di Ipoh.

Di tembak depan rumah, ditembak selepas menunaikan solat, ditembak selepas parking bas, di tembak selepas keluar lif, di tembak selepas beli tosai, di tembak semasa bawa kenderaan, di tembak semasa berhenti kat traffic light merah, di tembak semasa melepak kat kedai makan.

Ini antara sebab2 tembakan misteri yang tatau apa punca nya. Namun polis menyifatkan kes2 tersebut berkaitan dengan dadah.

Budak umur empat tahun pun kena tembak beb.

Itu tak masuk lagi kes jenayah2 tembakan akibat samun. Nak menyamun satu hal, menyamun sampai nak membunuh orang pula tue. Gila kejam.

Ada satu kes tembakan berpunca dari isu remeh temeh je. Pemandu lori taknak bagi jalan pada kereta, sekali pemandu kereta pergi tembak pemandu lori tersebut.

Gila betul. Sanggup nak bunuh orang pasal hal2 gini?

Memang kita sebagai rakyat berhak rasa tak selamat. Ia bukan satu bilangan yang kecil untuk kita remehkan.

Persoalan2 yang bermain di minda kita ;

1. Betapa mudahnya senjata api diperolehi.

2. 'Pekerjaan Pembunuh Upahan' semakin berkembang pesat di Malaysia.

3. Malaysia semakin terdedah kepada jenayah bunuh yang lebih serius.

4. Penjenayah semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan.

5. Penjenayah berani mencabar polis secara terbuka dan langsung tak rasa takut.

6. Jenayah melibatkan dadah semakin meruncing di negara neh sehingga ada yang tergamak membunuh orang bagi melindungi diri sendiri.

Kita tak tuduh. Tetapi ada spekulasi juga. Kejadian tembakan yang berlaku ke atas pengerusi MYWATCH baru2 neh ada kaitan dengan pendedahan yang akan dibuat olehnya mengenai salah laku dan jenayah yang melibatkan anggota POLIS.. bahkan kes2 tersebut ada juga dikaitkan dengan DADAH..

Isnin, 25 Mac 2013

Siapa kah Yang Cilaka ? Bangla Ini Atau Polis ?

Entah lah mana satu yang betul dalam perkara ini
sama ada Bangla ni atau polis Malaysia
mungkin ada benarnya apa yang Babu ni kata
tak semua la , kerana segelintir polis yang 
berkelakuan tidak senonoh, habis semua polis terlibat.

Cuba fikir baik-baik
Babu ni kata , kasi duit kopi boleh lepas 
secara tak langsong cerita ini akan diceritakan 
kekampongnya nanti.... polis Malaysia boleh 
di beli dengan hanca duit kopi sahaja....

Kepada polis-polis semua cukup lah tu menjual 
maruah diri, maruah polis dan maruah negara.
malulah kepada orang yang anda minta ang kopi tu
dah lah gaji polis makin naik, jagan lah mita sogokan lagi
ini baru cerita Babu.... kita belum lagi dengar cerita dari
Parno.....


1Bangla! See how Bangla talk about Malaysia

Jumaat, 22 Mac 2013

Occupy RTM: 3 aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri


KUALA LUMPUR 22 MAC: Tiga aktivis mahasiswa ditahan polis petang ini dalam satu perhimpunan aman dinamakan ‘Occupy RTM’ di Angkasapuri bagi menuntut perdebatan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
SAMM
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang ditahan selepas cuba melepasi pintu pagar utama Angkasapuri.

Manakala Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM), Abdul Muqit Muhammad dan aktivis Muhammad Aqram Ahmar turut ditahan selepas cuba menghalang Safwan daripada ditahan.
Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pantai.
Hampir 30 aktivis mahasiswa berhimpun bagi mendesak pengurusan RTM memberi maklum balas mengenai permintaan mereka agar RTM menganjurkan debat antara PM dan wakil mahasiswa.
Surat permohonan dihantar 1 Mac lalu, namun sehingga hari ini RTM tidak memberikan sebarang jawapan.
Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat UM ke pintu masuk Angkasapuri.
Mereka memasang empat khemah untuk berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.
Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.
Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai tersebut untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

IGP berang terhadap dakwaan bekas KM Sabah


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.

NONE
"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.

Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).

"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika.


Selasa, 12 Mac 2013

Anggota tentera pertama terkorban di Lahad Datu


Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.NONEPanglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.


Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.

Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.

Isnin, 7 Januari 2013

Ketua Polis Mengakui Bahawa Beliaupun Tidak Bersetuju Dengan apa Yang Berlaku Di IPD S.Alam

Tersebarnya gambar penari separuh bogel sedang beraksi di atas dilaman FaceBook dan juga Blog menyebabkan pihak Polis Di Raja Malaysia, khususnya dari IPD Shah Alam dihujani kritikan.

Gambar tersebut telah dirakamkan di Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam.

Ada yang meminta penjelasan dari pihak Polis dan ada juga yang tanpa memberi peluang kepada pihak Polis menjelaskan keadaan terus mengkritik pihak Polis.

Malah oleh kerana gambar di atas disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro Pakatan Rakyat maka secara automatik Blog-blog Pro UMNO mendakwa ianya adalah gambar super impose yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan pihak Polis.

Bagaimanapun tuduhan  Blog-blog Pro UMNO itu terjawab bilamana ada individu yang mengambil inisiatif untuk bertanya kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui laman FaceBook beliau.

Beliau melahirkan rasa terkejut bila melihat gambar tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut kerana menurutnya ini adalah satu pelanggaran tata susila PDRM dan mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepadanya.

Dan setelah beberapa jam berlalu sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan hasil dari penyiasatannya mendapati "Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu yg tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggung jawab &cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."


Khamis, 3 Januari 2013

Ola Bamba Buat Hal Lagi Minah NIh....



Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012. Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini. 

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM. Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
Menurut sumber:- Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.
Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing. Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan.

Ahad, 23 Disember 2012

PAS cabar Najib saman jika Deepak bohong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang membuat beberapa dakwaan ke atas beliau dan ahli keluarganya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib harus berbuat demikian kerana dakwaan yang dibaut Deepak bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai Perdana Menteri tetapi turut melibatkan nama baik negara.

"Rakyat menanti keberanian Najib untuk tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak.

"Rakyat tidak boleh terima pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang begitu berat jika benar apa yang didakwa Deepak itu," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini .

Mahfuz juga berkata, najib seharusnya mencontohi keberanian bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia. Seharusnya Najib juga ada keberanian itu," katanya yang juga Ahli parlimen Pokok Sena.

Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Harakahdaily mendakwa Najib mempunyai kaitan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak.

Isnin, 17 Disember 2012

apakah Ini Tanda-Tanda Serangan Pendokong Muhyiddin Terhadap Najib Sudah Bermula ?


Sticker ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ diedar!!

Beberapa ketika dulu poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor.

Poster tersebut bukan saja ditampalkan di banyak pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu.

Malah pengedaranya juga hingga ke utara semenanjung dan ianya juga telah diedarkan di beberapa pasar malam di Pulau Pinang oleh individu yang dipercayai ahli UMNO.

Dan ianya telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kawasan berhampiran..

Selain dari itu para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin.. (lihat di SINI )

Nampaknya kini gerakan tersebut diteruskan lagi dengan pengedaran pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya pula..

Seperti juga pihak yang mengedarkan poster.. takut dicantas oleh Najib, pihak UMNO kawasan tersebut akan menafikannya..

Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku ~ Sinar Harian

Jaminan Anwar Tidak Akan Aib Umno-BN Jika Tawan Pusat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), perubahan kepimpinan akan berlaku secara terkawal.

Beliau berkata, PR tidak pernah sesekali berniat untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti.
“Dengan izin ALLAH SWT saya yakin kita akan menang dan bila perubahan (kepimpinan) itu berlaku kita jamin ia (secara) terkawal.

“Bila sudah menang dalam tempoh 24 jam selepas angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak di seluruh negara ini,” katanya mengulangi janji PR ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu – PGU 6.0 yang diadakan di Dataran PGU Paka dekat sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dengan lebih 50,000 penyokong dan penduduk membanjiri tapak ceramah.

Pada masa sama, Anwar menyeru penduduk Terengganu yang berniat untuk membeli kereta agar menangguhkan dahulu hasrat itu kerana PR akan menurunkan cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus apabila berjaya ke Putrajaya nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai kebanjiran puluhan ribu penyokong sempena ceramah itu, Ketua Umum PKR ini menyifatkan ia sebagai kebangkitan rakyat yang berlaku apabila rakyat mempunyai kesedaran dan tidak mahu lagi menjadi mangsa kezaliman.

Dalam perkembangan lain, Azan membidas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kononnya mahu perjuangkan hak ke atas telaga minyak baru yang dijumpai di Blok PM307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang.

“MB tok soh agah (tak payah angkuh) konon nak berjuang dapatkan hak ke atas telaga minyak baru tapi hok buwi doh kepada Terengganu (royalti yang sepatutnya diterima negeri) pun boleh terlepas, inikan pula untuk dapatkan royalti bagi telaga minyak baru,” tegasnya.

Khamis, 13 Disember 2012

Bila Salah Lapuran Akan Mengundang Kemarahan Dan Kebencian


Isu dlm hal ni bukan pasal bikers bawak laju or moto beribu CC tp ialah pasal laporan Majalah 3 tu bukan real situation tp adalah direka maybe ade pengarahnya.. So jgn bahaskan isu bawak laju ke merempit guna superbike ker. Da lari tajuk. Ni isu mazidul tak mau mengaku bahawa 2 bikers tu adalah lakonan saja. Berdasarkan INFO dari sumber2 yg spy Erapasca, rider yg terlibat tu namanya tak silap Azri atau Nazri gitu lah. Kononnya beliau adalah pegawai JPJ. Jadi kepada saudara Nazri or Azri sudilah tampil utk turn up. Dah terang lagi bersuluh. Susah sangat ke nak tulis "aksi lakonan semula". Mohon pegawai yg buat aksi lakonan semula tampil dan memperbetulkan keadaan... Dan Mazidul harus MOHON MAAF...to all bikers..


X sudah2 dia ni kan.. Pakai akai la. Mana ada riders nak buat camtu kalau tak staged. Tau2 plak ko ye lokasi & waktu diorg brdua tu nk berlumba.. Ke ko dh plan siap2. Dah tentu 'skrip' tu ko yg tulis.. Cuba aku suruh ko buat aksi skit2 pastu biar aku buat 'skrip'.. Statement xleh blah la Dol ni.. Isu kat sini skrg pasal 2 orang bikers dlm rakaman tu adalah orang upahan atau 'terserempak' masa wat liputan.. Macam tau2 pulak yea bikers tu nak wat aksi.. Ni namanya bodoh sombong.. Mazidul dan M3 samalah.... Jom ramai2 pakat minta depa nie minta.maaf secara terbuka dan mesti masuk dalam buletin utama...Kalau x bikers akan "sentiasa diharimu" membokot TV3 dan menjadi mimpi ngeri buat karier ko.. Skrip ko memang la tuju kat 2 rider tu! Abeh ko tayang kat TV ape jadahnye tanggapan masyarakat pulak pada bikers2 malaya ni pulak macam mana??? Satu malaysia tengok bukan ko ngan actor2 upahan ko je tengok... Nak bermadah bagai pehal?

Di mana profesional ko sebagai wartawan beretika, sekadar mencipta cerita yg palsu.. Susah sangat ke nak minta maaf? Mazidol dah kantoi pas tu nak cakap pasal seksyen2 pulak. Buat je la statement video tu hanya rakaman semula. Seksyen 506 konon... Menipu xboleh kena tindakan ke? Jgn ckp ikut sedap mulut saudara. Kelakarlah. Dulu isu dadah, skarang nk jadi penipu plak. Ape punya orang, lemak tepu sampai otak xboleh nk fungsi. Kaki fitnah kat dunia xrasa, akhirat kang mcm mne? Susah kau ni. Kalau buat cerita palsu sek berapa pulak ekkk.. Kenyataan Mazidul ni pun berunsur ugutan balik pada bikers yg mempertahankan keadaan sebenar. Dol, ko nak cakap ape? Pelesit jugak? Gambar dah terang2 tunjuk... Dol, dah lupa ka apa yg hang buat kat dlm Sanctum Club goyang pale kat JB dulu? Sampai narkotik datang angkut lu? Nak cakap pasal seksyen konon..
Susah sgt ke nk terus terang. Cakap je la. Memang dilakonkan semula sebagai pengajaran ke apa ke.. Suruh Dato Johan Jaafar jawab! Dia pun bikers jugak.. Tambah lagi dia Chairman Media Prima pemilik TV3. Mazidul ada menulis "saya ada bos lain". Apa maksud itu? Dol.. Dol... Kenapa suka sangat cari musuh. Kita nie hidup di dunia tak lama. Lahir kita disambut, bila meninggal kita berhantar. Team Erapasca cadangkan team team bikers yg berpengaruh buat bantahan secara rasmi..





X cukup dgn provokasi politik kpd pihak Pakatan Rakyat sekarang ni nk provok bikers pulak.. Ini mmg memperlihatkan kelemahan TV3 & MAZIDUL yg hanya tahu menimbulkan kemarahan rakyat.. Sepatutnya mereka perlu membuat program2 yg memBINA, bukan mengHINA...!!! Tindakan TV3 yg berdiam diri dan kedegilan Mazidul ini akn menambahkan lagi jumlah rakyat yg membenc
i mereka
.

Rabu, 12 Disember 2012

Ulang Siar Agar Tidak Lupa Timbalan Menteri Nak Rasuah Bala


[MK] EKSKLUSIF Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada April tahun lepas.

"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.
Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.
Ia juga sekitar masa temu bual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temu bual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu adalah berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemas Kini:

Timbalan Menteri Tawar Untuk Selesaikan Kes Bala

[MK] Seorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali "di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.

"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.

Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.

Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".

Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.  

Beranikah SPRM Atau PDRM Menyahut Cabaran Deepak ?


Pendedahan tak takut C4 oleh Deepak - peranan Najib , Rosmah dan Nazim terbongkar

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.


"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily. 


"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.
Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup. Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik.

Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."- HD


Sumber : Gendang Perang