SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Memaparkan catatan dengan label Polis / Masyarakat /Jenayah / Undang2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis / Masyarakat /Jenayah / Undang2. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mac 2016

Risda Buat Laporan Polis Berhubung Pecah Amanah Lebih RM15 Juta

Zahidi, dengan laporan polis, serta lain lain pegawai Risda di luar balai polis Karamunsing Khamis.

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Khamis  membuat laporan polis terhadap sebuah firma guaman atas dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama-sama pegawai undang-undang dan pegawai kanan Risda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada kira-kira 12 tengah hari.
 
Bercakap kepada pemberita, Zahidi berkata pihaknya telah menghantar notis meminta firma guaman berkenaan memulangkan wang pendahuluan itu memandangkan pembelian tanah terbabit tidak dapat diteruskan, namun sehingga kini tiada respons."Kami melihat mereka seolah-olah tidak berminat menyerahkan semula wang deposit itu dan kami beranggapan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah dan tindakan harus diambil," katanya.
 
Jelasnya, Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155,454,000 di Tongod, kira-kira 265km dari sini, untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil.
 
Bagaimanapun, katanya, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'.

Sabtu, 5 Mac 2016

Pendedahan Wakil Pengganas Yang Ada Disetiap DUN Seluruh Sabah



Gambar Hiasan

KOTA KINABALU, 5 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa ancaman terhadap keselamatan yang sebelum ini terhad di kawasan pantai timur Sabah kini sudah merebak ke kawasan pantai barat negeri ini.

“Dahulu, ancaman hanya di pantai timur Sabah, tetapi kawalan keselamatan cukup ketat setakat ini di pantai timur. Cabaran keselamatan di Sabah ini bukan hanya di pantai timur Sabah ia telah merebak ke pantai barat.

“Maklumat risikan mendapati bahawa telah ada panglima-panglima dari sebuah kesultanan yang telah dilantik bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah. Ini bukan soal main-main.

“Soal keselamatan bukan main-main. Ini soal ancaman sebenar dalam negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2016 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri Sabah, yang juga pengerusi bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Seri Musa Aman dan timbalan ketua polis negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri dan Musa turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC), UMS.

Berdasarkan perkembangan berkenaan, kata Ahmad Zahid, operasi keselamatan di darat, di laut dan udara juga tidak lagi terhad di kawasan pantai timur Sabah semata-mata tetapi turut diperhebatkan di kawasan pantai barat negeri berkenaan.

Justeru, Ahmad Zahid mahu supaya pertahanan menyeluruh atau ‘handruh’ yang melibatkan kerjasama seluruh lapisan rakyat dan anggota pasukan keselamatan perlu diberi roh, suntikan baharu dan kesinambungan bagi memastikan tidak seincipun bumi negara ini khususnya di Sabah diceroboh mana-mana pihak.

“Biarpun keberadaan polis dan tentera itu penting, undang-undang punitif dan preventif itu penting, tetapi ketahanan jiwa rakyat itu lebih penting daripada perundangan yang ada dan daripada keberadaan pasukan keselamatan kerana pertahanan yang sebenarnya adalah pertahan menyeluruh atau handruh.

“Kefahaman (berkaitan pertahanan menyeluruh) ini boleh membantu pertahanan fizikal, malah kita boleh membantu pasukan keselamatan sedia ada,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua lapisan rakyat tidak kira dari negeri mana atau asal mereka atas perinsip di ‘mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’.

Ahmad Zahid juga mengulangi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan memperthankan kedaulatan Sabah dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak menceroboh negara ini.

Katanya Sabah ialah negeri berdaulat dalam Malaysia dan tidak timbul soal tuntutan mana-mana pihak ke atas negeri berkenaan kerana rakyat Sabah, melalui pungutan suara pada tahun 1960-an, sudah membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk Malaysia.

Justeru, kata Ahmad Zahid, kewujudan pelbagai akta dan perundangan yang berbentuk punitif dan preventif di negara ini diwujudkan bagi memastikan kedaulatan negara yang dikecapi kini terus terpelihara manakala akta dan perundangan yang sudah menjadi sebahagian daripada perlembangan negara itu wujud adalah hasil suntikan kesedaran rakyat. — Bernama

Ahad, 17 Mei 2015

Kes dah disiasat, kenapa nak dengar cakap Sirul?

 Altantuya Shaariibuu

SHAH ALAM - ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak hari ini tampil mengulas kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaaribu, setelah sekian lama dikaitkan dengan isu berkenaan.
Menurutnya, kes tersebut telah selesai dibicarakan dan mahkamah‎ telah memutuskan dan sepatutnya kes tersebut tidak dibangkitkan lagi.

Malah beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang 'mendengar' cerita daripada salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya.

"Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia kes sembilan tahun yang tiada kesudahan apabila asyik 'dikitar' semula oleh pembangkang.

"‎Ini kes yang panjang di mahkamah, pihak pembelaan boleh beritahu mahkamah semua perkata. Jadi, kenapa kita dengar cakap daripada orang yang telah pun beri kenyataan di mahkamah dan orang yang didapati bersalah?," katanya dipetik melalui blognya, hari ini.

Awal Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan Azilah Hadri namun Sirul berjaya mendapatkan perlindungan di Australia sehingga hari ini.

Dalam catatan sama, Najib menegaskan beliau telah menafikan penglibatannya dalam kes itu beberapa kali sebelum ini termasuk mengingatkan tentang sumpah laknat yang dilakukannya sebelum ini.

"Tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kembali kes ini dan mahu tahu siapa jika ada sesiapa yang telah mengeluarkan arahan untuk membunuh. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Mahkamah sudah putuskan siapa yang bersalah, ia sepatutnya akhir cerita ini. Saya rasakan isu ini sangat mengganggu apabila ia kembali dibangkitkan," katanya.

Malah Najib turut mendakwa pembangkang telah memfitnahnya termasuk mengedit gambar Altantuya makan malam bersamanya.

‎"Dalam politik, banyak isu kerap dimainkan dan ini salah satunya. Sebab dua 'bodyguard' itu pernah bekerja dengan saya dan Razak Baginda kawan saya, mereka cuba kaitkan saya. Razak Baginda telah mengakui mempunyai hubungan dengan Altantuya tapi saya tak tahu tentang itu.

"Pakatan (PR) dan medianya yang tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya. Malah mereka sampai 'superimpose' gambar saya makan malam dengan mangsa di restoran," katanya.

Sirul dan Azilah disabitkan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator itu di antara jam 10 malam (19 Oktober 2006) dan 1 pagi (20 Oktober 2006) di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada awalnya didakwa bersubahat telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Jumaat, 20 Februari 2015

Shafee dedah butiran sensasi kes Liwat II

 
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan peluang dalam satu forum anjuran Pemuda Umno pada malam ini mendedahkan butiran sensasi berhubung kes Liwat II.

Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar “mencubit puting dada Saiful”.

Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.

Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.

Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.

Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali.

Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di mahkamah terbuka. Keterangan Saiful berhubung perkara itu dibuat secara in camera semasa perbicaraan.

Khamis, 5 Februari 2015

Hot - Pengakuan Anak Sirul, Pegang Rahsia YG Boleh Gugatkan Kedudukan Najib.

Anak Sirul ada facebook rupanya. Diam-diam dia perhatikan perjalanan kes bapa dia di laman sosial. Entah kenapa mungkin tak tahan membaca komen2 yang mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut. 
Korang baca dulu komen-komen anak Sirul di bawah neh kejap.






Hasil semakan aku, facebooker yang bernama Shuk Sz baru berusia 19 tahun. Anak lelaki kepada Sirul Azhar Umar dan juga berada di luar negara. Bila tengok gambar2 kereta yang dia upload (mungkin pengemar kereta agaknya), nampak orang2 sekeliling tue mat saleh. Mungkin berada di Australia bersama2 bapanya.

Dan aku tertanya-tanya.

Tadi di Awani, Sirul dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Australia dan telah menghubungi peguamnya memaklumkan perkembangan yang terkini itu dan juga meminta agar para peguamnya mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan dia tidak ditahan oleh pihak penguatkuasa kerajaan Malaysia.

Manakala di TMI pula melaporkan bahawa peguamnya gagal menghubungi Sirul Azhar Umar.

Aik.

Percanggahan maklumat. Ini mengelirukan.

Nampak macam remeh tetapi percayalah jika Sirul kejap ada kejap tak boleh dihubungi ia bukan sesuatu yang remeh la. Otak Prison Break aku berkata-kata ada sesuatu yang tak kena disitu.

Dan, kalau korang semua perhatikan komen anak Sirul, dia ada tulis yang keterangan sedang diambil dari bapanya. Jika laporan atau keterangan itu leak kepada umum, PM Malaysia boleh jatuh.

Siapa PM Malaysia?

Najib Razak.

Dan baru2 neh blogger UMNO pro Tun Mahathir, A. Kadir Jasin ada maklumkan yang mereka juga ada rahsia tentang Najib. Mereka tak terliur nak dedahkan rahsia Najib dekat public. Macam yang team Najib buat dengan menyerang Daim.

Macam mana yang mereka akan buat? Najib takan bodoh sangat. Dia boleh baca. Dalam pada dia fikir dia banyak simpan rahsia orang2 yang mahu jatuhkan dia,  orang2 yang mahu jatuhkan dia juga banyak simpan rahsia2 tentang dirinya.

Jika aku tak silap, apa yang akan berlaku ialah exchange kepentingan. Frasa pertama. Jika team Najib boleh membuatkan team Mahathir berhenti menyerang dengan menawarkan sesuatu atau team Mahathir boleh membuatkan Najib berhenti dengan menawarkan sesuatu.

Atau frasa kedua.

Masing2 enggan mengalah dan berganjak dari mendapatkan kepentingan masing2. Maka jika dah sampai ke tahap ini, Mahathir tetap dengan keinginannya, Najib tetap dengan kehendaknya, jadi, kedua2 akan mula saling serang menyerang dengan membocorkan satu persatu rahsia menggunakan cara2 licik dan strategi ini termasukla menggunakan pembangkang dalam apa jua cara demi tujuan mencapai matlamat. 

Aku tak pasti la apakah rahsia yang dimaksudkan oleh anak Sirul sama seperti yang dimaksudkan oleh A.Kadir Jasin cuma apa yang aku pasti Najib memang ada rahsia. 

Persoalannya, anak Sirul dan bloggers UMNO pro Mahathir semua main tarik tali dari mendedahkan rahsia tersebut kerana masing2 pun ada rahsia masing2. Itu la masalahnya. Mereka tak boleh nak transparent kerana mereka pun ada rahsia tersendiri.

Aku terfikir2 juga. Apa la agaknya yang anak Sirul maksudnya jika Najib tak beri apa yang Sirul mahukan dan tak tolong bapanya.. rahsia apa la yang Sirul pegang sehingga memaksa Najib nak taknak tetap perlu membantu Sirul dalam kes pembunuhan Altantuya.

Hmmm..

Malam ini. Najib akan muncul di tv3 jam 9 malam dalam program Soal Jawab.

Kalau dah sampai dia sendiri turun padang untuk jelaskan isu mengenai 1MDB. Korang semua tak faham2 lagi ke betapa 'bahayanya' senapang yang Mahathir acukan kepadanya?

HAHAHAHAHAHA.. 

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-gagal-hubungi-sirul-tunggu-kenyataan-rasmi

http://www.astroawani.com/news/show/altantuya-atas-dasar-apakah-sirul-ditahan-soal-peguambela-kamarul-hisham-52516