SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 12 Oktober 2011

Wanita maut dilanggar pencuri keretanya

Aku petik
KLANG, 12 Okt – Setelah menyamun sebuah kereta, seorang lelaki sanggup melanggar pemilik kenderaan itu menyebabkan wanita itu mati akibat kecederaan teruk dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Kapar di sini malam tadi.
Teoh Moy Lay, 52, yang bekerja di syarikat kredit dan kereta terpakai, turut diseret sejauh kira-kira 54.8 meter dari lokasi kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar.
Lebih menyayat hati, kejadian pada pukul 7.15 malam itu berlaku di hadapan suami dan anak mangsa.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata dua lelaki yang menaiki sebuah kereta dipercayai mengekori Teoh sehingga di hadapan rumahnya sebelum seorang daripada mereka bertindak masuk ke dalam kereta wanita itu dan mengundurkan kenderaan berkenaan untuk dilarikan.
“Mangsa yang cuba menghalang keretanya dari bahagian hadapan kemudian dilanggar oleh suspek itu sebelum dia diheret sejauh 180 kaki (54.8 meter) dari lokasi kejadian.
“Suami mangsa yang terdengar jeritan wanita itu kemudian keluar dari rumah dan cuba mengejar kereta jenis Toyota Altis berwarna perak dengan nombor pendaftaran BKV 3882 tetapi gagal,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata Teoh, yang mengalami kecederaan teruk, meninggal dunia kira-kira pukul 8.20 malam ketika dibawa ke Hospital Seri Kota di sini oleh suaminya.
Mohamad Shukor berkata gerakan mencari suspek masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya
.

RM60 ribu untuk Lawatan peribadi Najib ke Perth?


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya.Perkara itu diberitahu oleh Kementerian Luar di Dewan Rakyat menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi,” kata kementerian luar.
Kementerian luar menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan Konsulat Jeneral Malaysia.
Minggu lalu, Dewan Rakyat diberitahu, kos pesawat yang disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu berjumlah RM9.1 juta meliputi kos bahan api, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya berkata, kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.
Ia bermakna Najib membelanjakan kira-kira RM58, 710 bagi setiap kali pengunaan pesawat berkenaan, dalam anggaran mudah. -KeadilanDaily

Selangor Nak Dirampas

Rampas kembali Selangor itu lah cita-cita Umno B End, Untuk tujuan itu tidak mustahil Selangor akan jadi longokan PATI(dulu) kini menjadi rakyat Malaysia (baru).


Kalau kita fikirkan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku memandangkan kedudukan gerografi Selangor itu yang terlalu hampir dengan Tanjung Balai Indonesia.Dimana rakyat Indon begitu selesa berkampong di Selangor mungkin kerana kepesatan pembangunannya, membuatkan penduduk/ rakyat Selagor tidak begitu mengabil berat akan kehadiran pendatang Mykad baru ini.


Aku merasa kemungkinan kerajaan Umno B End bersungguh untuk merampas Selangor dengan cara bantuan luar ini bila aku terbaca jawaban Menteri Dalam Negeri melalui jawaban bertulisnya terhadap pertanyaan Nurul Izzah tidak memberikan jawapan secara detail taburan pendatang MyKad baru seramai 27,293 orang itu dimanakah penempatan mereka. Baca sumber Ini


Ini menambahkan keyakinan saya bahawa mereka akan merampas Selangor dengan apa cara sekalipun bila terdapat begitu ramai pendatang yang dibawa dari Johor dan dikompulkan di sebuah resort dekat Putra Jaya. 


Berkamungkinan untuk diberikan Mykad. Membolehkan mereka mengundi pada PRU 13 nanati sekali gus merampas Selangor dari PR.Lanjut baca Ini


Aku melihat sekarang ini di Selangor pendatang sudah tidak lagi merasa bimbang dan merasa takut kepada agensi penguatkuasa kerajaan Malaysia (Polis) kalau dulu mereka sangat takut akan kehadiran pak polisi,tapi sekarang mereka selambe sahaja  berkaliaran di pekan-pekan terutamanya di pekan Klang, seolah-olah mereka adalah rakyat Malaysia. 


Kerana mereka tahu bahawa Kerajaan Umno B End sangat memerlukan mereka untuk membangunkan dan seterusnya merampas kembali Selangor daripada Kerajaan PR dan pak polisi tidak akan mengapa-apakan mereka. 


Ramainya mereka di Selangor Kadang-kadang rakyat tempatan merasakan tidak selesa dan kurang selamat berada di kelompok mereka seperti dipekan (Klang) disebabkan kehadiran mereka yang begitu ramai"pendatang itu"


Ada yang tidak percaya dengan apa yang aku kata ? anda dijemput datang ke Selangor terutama Klang dan bandar-bandar lainnya pada hari Sabtu dan Ahad.

Isnin, 10 Oktober 2011

Terapi Vagina-spa (V-spa)


Aku petik


Untuk menjalani perlu waktu lebih kurang 2-3 jam. Tidak hanya organ intim yang dimanja tapi juga hampir seluruh tubuh.
Bagaimanakah urutan terapi ini? Mari kita lihat

1. Konsultasi
Setiap perawatan dan pemeliharaan kesehatan tentu butuh analisis lebih dahulu. Konsultasi awal dengan ahli penting dijalankan untuk mengetahui secara umum kondisi si wanita. Salah satunya untuk melihat apakah ada penyakit tertentu yang terkait dengan organ intim. Pada tahap ini segala masalah dan keinginan peserta terapi bisa disampaikan. Lalu terapis akan memberikan pengarahan tentang teknis perawatan dan manfaatnya.

2. Vulva Hygiene
Sebelum terapi dijalankan, kebersihan bagian intim menjadi fokus yang pertama. Perawatan dimulai dengan membersihkan vulva vagina dari kotoran dengan air hangat yang mengandung herbal wash dan minyak aromatik.

3 V-Scrubing
Selanjutnya daerah sekitar organ intim seperti lipatan paha, area perut, dan pantat serta daerah yang kulitnya cenderung lebih gelap seperti daerah ketiak dan payudara, digosok dengan scrub berbahan rempah semisal cendana, akar wangi, dan mawar. Scrub ini bermanfaat untuk mengangkat sel kulit mati, mencerahkan dan menghaluskan kulit.

4. V-energy Massage
Biar tubuh rileks, peredaran darah lancar, stamina tubuh dan vagina meningkat, perawatan dilanjutkan dengan pijat terapi aroma. Pemijatan dengan teknik bioenergi ini dilakukan pada seluruh tubuh, terutama otot-otot dasar panggul.

5. Guci Bathing
Selesai pijat, dianjutkan berendam dalam guci besar berisi air hangat yang ditetesi minyak esensial. Sambil berendam, peserta terapi dibimbing untuk melakukan meditasi gerak. Gerakan-gerakan itu berupa kontraksi untuk mengencangkan otot dasar panggul, pinggang, paha dalam, paha luar, lutut, kaki, dan otot vagina. Langkah-langkah ini dilakukan dengan mengatur napas sambil merasakan benar-benar kenyamanan di seluruh tubuh. Dalam hal ini konsentrasi, olah rasa, dan napas berjalan seiring.

6. V-Steam penguapan), V-Compress, dan V-fogging (pengasapan)
Ketiga rangkaian langkah ini dilakukan untuk memperlancar aliran darah sekitar vagina dan meluruhkan lendir berlebih dari vagina. Beberapa ramuan herbal dan minyak esensial digunakan untuk keperluan ini. Kompres vagina ini berfungsi untuk antiinfeksi dan mengurangi peradangan atau nyeri.

7. Perawatan dari dalam
Sebagai perawatan dari dalam, disediakan dua macam ramuan alami yang berfungsi untuk meningkatkan stamina, bersifat antiseptik, dan menghangatkan tubuh.

Celana Jangan Ketat!
Derajat keasaman vagina menurut Dr Boy Abidin, SpOG, kira-kira 7,1 – 7,3. Untuk menjaga stabilitas kesehatan vagina selanjutnya, perempuan sebaiknya memahami beberapa hal berikut:

* Sesering mungkin mengganti pembalut.
* Sesudah berhubungan seks, bagian luar vagina sebaiknya selalu dibersihkan. “Tentu tidak dengan sabun   biasa,” kata Dr. Boy. Sebaiknya gunakan sabun pembersih khusus vagina.
* Gantilah celana dalam sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari
* Gunakan celana dalam berbahan katun yang menyerap keringat. Bila menggunakan panty liner, sebaiknya selama 2-3 jam saja.
* Tidak mengenakan celana berbahan nilon, jins, dan kulit yang terlalu ketat.
* Bagi wanita yang pernah berhubungan seksual dan melahirkan, setidaknya lakukan pap smear sekali setahun. Untuk mereka yang sudah menopause, lakukan 2-3 tahun sekali.
* Jaga berat hadan agar normal. Jangan sampai kegemukan karena membuat vagina tertutup lipatan lemak sehingga lembab.
* Jaga kesehatan tubuh secara umum dengan mengasup makanan bergizi seimbang. 

Penciptaan Terbaru Untuk Wanita


Ini pula adalah Design terbaru bra (kutang) wanita ..

Berbagai bentuk telah di cipta untuk kepuasan dan kecantikan wanita ,dari dandanan rambut ,bentuk tubuh, make up,busana hingga kepada pakaian dalam wanita.

Ada wanita yang ingin kelihatan menawan dan menarik sangup membelanjakan ribuan ringgit  untuk melakukan pembedahan plastik hanya semata-mata untuk merawat wajah dan bentuk buah dada tapi kini ada cara altenativ untuk tujuan itu baca Ini

Sebuah kilang di U.S telah mengeluarkan Bra (kutang) yang lain dari kebiasaan itu bra berbentuk tangan.menurut jurucakap mereka,Bra tersebut direka khas untuk dipakai pada musim panas. 

Dah Tak Kuat Lagi


Pakar: Mustahil bagi Anwar meliwat kerana keadaannya
Aku petik 

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.
Menurut pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.
"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...
"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.
"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.
Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun kerosakan pada akar saraf beliau masih belum pulih sepenuhnya.
Jelas pakar itu lagi, keadaan sakit tulang belakang yang dialaminya tidak membolehkannya membongkok dengan normal.
Saksi pembelaan itu juga berkata, Anwar tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan badan yang kasar.

Wah Hebat Wanita Ni...


Aku petik
PUTRAJAYA, 10 Okt: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
KeadilanDaily melaporkan, ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.-Harakahdaily

Beri Mereka Peluang Untuk Bergaya Seperti Wanita

Apa jadi dengan mereka ini ?
Adakah mereka gila ?
Tidak siuman?
Entah le...







Ahad, 9 Oktober 2011

Jangan Kunci Rumah Sahaja, Tapi Kunci Anunya Sekali


Jagan lah kita aniaya pasangan kita kerana cemburu
berilah kepercayaan pada pasangan kita
atas dasar percaya mempercayai
agar terjalin subur kasih sayang
cinta nan abadi tanpa curiga
sisuami dan siisteri

Nasib Ekao Mato-Mato, Tak Dapek Den Nak Nolong !!!!


Aku petikKoperal Jadi ‘Kambing Hitam’ PDRM


           Bukti gambar yang telah tersebar di seluruh dunia.
                                                                                                                        KUALA LUMPUR, 9 Okt-Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai “kambing hitam” memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu. “Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.
“Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?” kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.
“Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat,” kata Chin.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.
Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas.
“Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar,” kata beliau.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.




                          Lagi bukti gambar yang telah tersebar di seluruh dunia.


Sidang akhbar PEMBOHONGAN Menteri Kesihatan dan Lembaga Pengarah Hospital Tung Shin.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.
“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.
Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.
“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.
Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.
“Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina,” kata beliau.
Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.
“Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011,” katanya lagi.
Oleh Lisa J. Ariffin

Semoga Bermanfaat Kepada Kita Semua




1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya)".


2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya".


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)

Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)


Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.


Contuh yang sebenar berlaku baca  Ini dan Ini juga.

Bunyi Macam Ikhlas Tapi..........

Apa kah tujuan Ustaz Harusani meminta kerajaan pusat untuk membenarkan kerajaan Kelantan meneruskan niatnya untuk melaksanakan hukum hudud.


Aku melihat macam tidak ikhlas dan seolah memperlikeh kan sahaja seperti orang tua yang membenarkan anaknya melakukan sesuatu tetapi anaknya tetap berdegil untuk melakukannya.

Cuba baca dan fahami kata-kata al ustaz ini  Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benar kan nanti orang marah".

“Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai,” kata beliau.

 Al- ustaz tidak kata bahawa perkara itu tuntutan islam dan suruhan Allah, sebaliknya beliau hanya takut nanti orang marah dan Umno B end kalah PRU 13.Ini menunjukkan beliau tidak ikhlas dan mempunyai maksud yang tersirat di sebalik yang terurat.


Al-ustaz lebih takut kalau Umno B-end kalah daripada suruhan Allah, disisni saya bersetutju dengan pandangan blogger Ini, teguran blogger ini agak pahit tapi harus diinggat yang pahit itu adalah ubat, yang manis itu pula adalah yang melaikan.

Hajat Nak Mati Tapi Terhalang.....

Tidak tahan dengan tekanan jiwa
Niat ingin membunih diri
Setelahn diraruk setan
Polis ni cuba berkomunikasi
(memujuk / melengngahkan)
Huluran tangan simpati
(pujuk/melengngahkan)
E..eh tak dengar cakap orang pulak dia ni
Gunakan tenaga secukupnya 
Sambil berteriak meminta tolong orang ramai
Mujur cdatang dua orang ni
Tarik keatas, selamat satu nyawa
Rasa malu pada orang ramaikerana
tak jadi mati,ada juga yang tepok tangan
sabil berkata tak pe lain kali cuba lagi...heeee
Terima ucapan terima klasih dari wakil ketua 
Nampak ada harapan awal 2012 
dapat secalit lagi
Ini lah wajah sebenar orang nya 
yang berjaya menyelamatkan satu nya tu
wajah dalam tidat berpakaian seragam polis

Di Malaysia Belum Ada Hotel Seperti Ini...


Aku petik
China ingin memberikan sesuatu yang tidak boleh diberikan hotel lain di dunia. Sudah banyak pilihan jika anda ingin tidur di hotel mewah, atau di puncak-puncak gedung tertinggi, atau bahkan di bawah laut. Namun tidur di hotel yang berada di sebalik air terjun seperti ini hanya ada di china.

Hotel ini dibangunkan di daerah Songjiang yang terletak berhampiran Shanghai, China . Pada perancangannya, hotel ini akan memiliki 400 bilik hotel dan ruang seminar yang mampu menampung 1000 orang. 



Selain itu, di dalam hotel ini juga terdapat beberapa restoran, cafe, kemudahan sukan dan juga ruang orang ramai yang berada di bawah permukaan air.







Dari Gadis Tukar Gendut

Seksa juga yek bila lelaki jadi model
Apa tu orang ke singa laut?
Boleh mempegaruh ker ??
Semua ni untuk pasaran asia Barat kot....
Macam paus sangkut jaring lah pulak
Boleh camtu ? letak atas perut jer