SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 18 Februari 2012

Melayu Perak Wajib Baca.....


Aku petik

Siapa Zambry Kadir? (1)


Oleh: MSK
Aku cuba fokus Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor akan jadi macam Pulau Pinang. Pulau Pinang diperintah oleh BN sejak 50 tahun…dan dalam masa pemerintahan BN, orang Melayu semakin lama semakin pupus. Tapi bila Pakatan perintah Pulau Pinang baru 4 tahun, Umno dah bising mengatakan DAP meminggirkan Melayu Pulau Pinang.
Jangan lupa, Zambry juga tidak banyak beza dengan Shaikh Hussain Mydin atau Reezal  Merican. Masa depa memerintah, habih orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang..tapi bila dah hilang kuasa, orang lain pula dipersalahkan.
Sebelum aku cerita pasai Pangkor, cuba tengok balik sejarah Pulau Pinang. Tak payah tengok balik zaman Francis Light, imbas kembali sekitar 40 tahun dulu pun cukup.
Tahun 75, bila selesai peperiksaan LCE, aku hitch-hike dengan member ke Penang. Masa tu hitch-hike memang cool. Sampai Penang, boleh tidor kat tepi pantai. Masa tu, pantai Gurney Drive masih bersih. Malam-malam, ramai nelayan cari ikan dan udang. Kampung-kampung Melayu penuh disekitar Pulau Tikus dan Gurney Drive.
Lama kelamaan, hotel-hotel dan gedung perniagaan semakin lama semakin banyak dibina di Gurney Drive . Akibatnya, air laut semakin lama semakin kotor dan ikan semakin berkurangan. Pantai yang bersih makin lama makin kotor. Nelayan tak boleh cari makan..dan terpaksa cari kerja kilang kat Bayan Lepas.
Gurney Drive dengan Bayan Lepas bukan dekat. Duit gaji habih kat pengangkutan dan makan. Lama-lama, orang Melayu Gurney Drive terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah.
Ini bukan saja berlaku di Gurney Drive..malah berlaku di Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Akhirnya orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang Padang Kota Lama hingga Teluk Bahang terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah…manakala tempat depa di ambil oleh oleh orang asing dari Singapura, Jepun dan Taiwan.
Masa tu, umno tak bising…sebab depa dapat komisyen. Poket semua penuh. tapi sekarang bila Umno dah terpinggir di Pulau Pinang, baru cakap pasai Melayu.
Pulau Pangkor akan jadi Pulau Pinang tak lama lagi selagi Pangkor di bawah Umno. Perangai Zambry sama macam perangai Hussain Mydin. Sementara ada kuasa, pulun cukup-cukup. Ada tanah diPangkor..jual kat orang luar negara. Memang la orang Pangkor masih ramai yang diam sebab depa tak rasa susah. Tapi tunggu 10 tahun lagi, jumlah Melayu akan turun secara drastik. Masa tu, bila DAP menang kat Pangkor, geng-geng Zambry jugak la yang akan jerit…”orang Melayu dipinggirkan”.
Maklumat tentang Pangkor dan Manjung masih dalam perjalanan. Jadi aku belum boleh siarkan, tapi hasil dari gerakan member-member di Manjung sudah cukup untuk menelanjangkan Zambry. Aku akan tunjukkan macam mana beribu hektar hutan simpan sudah terlepas ketangan orang asing. Kawasan yang dulunya bebas dijelajah oleh orang kampung sekarang sudah tidak boleh diakses.

Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.
Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.
Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.
Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?
Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik. Tak lama lagi, Teluk Batik pun tak boleh masuk. Sapa yang nak mandi kat Teluk Batik, lebih baik pi mandi kat Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Macam mana rupa pantai Padang Kota Lama, Penang…macam tu la keadaan yang akan berlaku di Teluk Batik bila jetisyarikat kilang bijih besi mula beroperasi.
Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan jadi macam bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia. Setiap kapal sebesar tiga padang bola. Masa tu, kapal TLDM jadi macam bot nelayan.
Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil. Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi macam kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Macam mana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?
Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite. Macam mana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?
Dalam dua tiga hari lepas, seorang pegawai tinggi TLDM meletak jawatan. Mengapa seorang yang berpangkat Timbalan Panglima Tentera Laut boleh meletak jawatan? Timbalan Panglima bukan ahli politik yang naik secara membodek. Pegawai tentera bukan naik kerana bermain politk tapi bila ada orang politik yang mempermainkan Tentera Laut, dia tak boleh tahan.
Dah berapa biji kapal tentera laut yang terbakar? Berapa biji kapal tentera laut yang kondem?
Orang politik menggunakan Tentera Laut sebagai alat untuk mengumpul duit.Orang politik memperjudikan keselamatan tentera laut untuk kepentingan politik.Tentera laut yang tak ada kena mengena dengan kapal selam pun tak boleh nak masuk kapal selam, tapi blogger Umno boleh masuk..siap dengan ambik video lagi!! Dimana keselamatan negara?
Sekarang..tanah berdekatan pengkalan TLDM sudah diambil alih oleh syarikat dari luar negara…apakah keselamatan yang boleh dijamin terhadap pengkalan TLDM?
Kalau sebelum ini, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid menyertai Pas kerana tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Umno/BN terhadap Tentera Laut, kini Laksamana Madya Dato Wira Jamil Haji Osman pula meletak jawatan.
Zambry dalam bahaya. Mengapa?
Kalau ada orang Pakatan yang nak berpeluk dengan Zambry..nanti dulu.

Rupanya Masih Ramai Parasit Dalam PAS

Pas patut mengkaji pendirian Muhamed Hafiz Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam yang berbaur penentangan dan mengajak perpecahan dikalangan angota PR. Bahasanya seakan sama dengan bahasa DHA dan bunyinya seakan senada dengan suara Umno .

Apakah masih ada parasit dalam PAS? masih belum bersih sepenuhnya? kerana orang seperti ini boleh melemahkan perjuangan. Kenyataan beliau adalah satu kenyataan yang bahaya.

Saya anggap beliau ini orang yang tidak boleh berpesatuan kerana orang seperti beliau ini tidak dapat mengenal siapa dirinya. Memberi kenyataan boleh menghancurkan Persatuan (Kumpulan)

Saya sarankan kepada beliau kalau nak berpesatuan atau berparti atau apa juga masuklah JATI, kerana di situ anda sangat sesuai dengan mereka yang ada di situ.

Kenyataan Muhamed Hafiz Nurdin Disini 

Umno Pejuang Palestin ?

Adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

azlan
Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Ada Otak Tapi Tak Berakal

Kenapa tak angkat kaki sebelah macam anjing ??
Kalau manusia tak macam tu perangainya...
Pakai songkok pulak lagi baru balik dari perjumpaan Umno lah tu.

Pasti orang ini dibekalkan otak oleh Allah untuk kelangsungan hidup di dunia ini
malangnya mereka tidak di bekalkan akal dan fikiran ,mereka hanya ada otak 
tapi kosong tidak mempunyai akal yang waras. 

Bermakna mereka tidak ubah seperti haiwan yang ada di dunia ini.
Kalau di sebut macam binatang agak kasar bunyinya.....
Begini lah hasil didikan 50 tahun UMNO setelah menjajah Malaysia.

Lihat mereka masih tak puas dengan lembu, 
Mereka tak malu melukis gambar manusia bertanduk dan dikencingkan pula,
Kenapa mereka tak kencingkan pencuri lembu sebenar?

Itu menandakan mereka itu sama sahaja lembunya.....
Dengan lembu-lembu yang hilang itu.....
Orang lain dapat untung berjuta mereka ini dapat apa?
Mereka ini cuma dapat BODOH sahaja... 

Khamis, 16 Februari 2012

Boleh Pakai Ke Cakap Orang Tua Ni???


Dr M: Dzaiddin buat tuduhan tidak berasas,

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir(gambar)berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.


“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.
Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi.-Minsider



Nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Shahrizat Abdul Jalil


 


NASIHAT Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu National Feedlot Corporation (NFC) agar jangan sayang kepada jawatan adalah ikhlas, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, pandangan Dr. Mahathir mengenai isu NFC yang mengaitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak ada kepentingan politik mana-mana pihak.

“Bekas Perdana Menteri hanya memberikan pandangan ikhlas supaya Shahrizat memikirkan bahawa parti lebih penting daripada kedudukan atau jawatan,” katanya.

Beliau berkata, nasihat Dr. Mahathir itu perlu dilihat secara positif demi kebaikan UMNO dan supaya isu NFC tidak menjadi liabiliti kepada kerajaan terutama menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurut Syed Ali, Dr. Mahathir tidak ada sebarang kepetingan atau niat tertentu berhubung kedudukan Shahriziat, sebaliknya sekadar teguran ikhlas daripada seorang negarawan ulung yang telah memimpin negara dan parti lebih 22 tahun.

“Oleh sebab itu, saya bersetuju dengan pandangan serta nasihat Dr. Mahathir, tidak ada paksaan kepada Shahrizat meletakkan jawatan, tetepai beliau harus lebih sayangkan masa depan parti daripada kepentingan peribadi,” tegasnya.

Bekas Presiden UMNO itu dipetik sebagai berkata bahawa Shahrizat harus mengambil tindakan sewajarnya dalam membuat keputusan demi kepentingan parti.

“Saya tak suruh dia meletak jawatan, tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun, bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan,” kata Dr. Mahathir kepada media selepas majlis pertemuan dengan pelajar dan kakitangan Universiti Perdana di Serdang, semalam.

Mengulas lanjut saranan Dr. Mahathir itu, Syed Ali berpendapat isu NFC sedikit-sebanyak turut memberi tempias kepada UMNO dan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita kena akui isu tersebut memberi tamparan kepada UMNO dan ini sudah tentu boleh menimbulkan kesukaran kepada parti untuk berdepan dengan rakyat menjelang PRU tidak lama lagi,” katanya.
Oleh sebab itu katanya, pembangkang telah menggunakan isu NFC dalam ceramah politik mereka di seluruh negeri untuk memburukkan kerajaan BN dan Najib dituduh melindungi kepentingan keluarga Shahrizat.

Menurut beliau lagi, seseorang yang sudah memegang jawatan penting lazimnya terlalu sukar untuk melepaskannya secara sukarela atau terhormat walaupun keengganan tersebut boleh mencetuskan keadaan yang tidak tenteram dalam parti.

Bagaimanapun tegas beliau, hanya mereka yang benar-benar ikhlas kepada parti sahaja yang sanggup melepaskan jawatan secara rela hati apabila merasakan perlu berbuat demikian.

Katanya, Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan contoh yang terbaik untuk dijadikan teladan oleh pemimpn UMNO.

“Mereka meletakkan jawatan sebagai Perdanja Menteri secara senang hati apabila difikirkan wajar berbuat demikian, oleh sebab itu dua tokoh tersebut sentiasa disanjung rakyat,” katanya.

“Itulah gambaran yang diberikan oleh Dr. Mahathir, mengapa terlalu sayangkan jawatan sebab jawatan tersebut akhirnya akan dilepaskan juga apabila sampai masanya.

Sehubungan itu jelas beliau, Shahrizat perlu melihat nasihat dan desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak supaya beliau berundur daripada kabinet secara rasional.

“Saranan itu bukan bermakna memushi atau membenci Shahrizat secara peribadi, tetapi dilihat demi kebaikan dan kepentingan parti,” tegasnya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Pergerakan Wanita UMNO turut diperalatkan bagi mempertahankan kedudukan Shahrizat, Syed Ali menjelaskan hanya beliau (ShahriZat) yang tahu mengenainya.

Bagaimanapun beliau berpendapat, tidak kesemua Wanita UMNO yang sanggup diheret sama dalam isu kepentingan keluarga Shahrizat berkaitan NFC.

“Saya tak fikir semua orang (wanita UMNO) akan dengan senang hati mempertahankan Shahrizat dalam isu tersebut,” tambahnya.


Ahad, 12 Februari 2012

Bekas Ketua Hakim Negara Dakwa Dr Mahathir Rampas Kebebasan Badan Kehakiman Malaysia


Aku petik

KUALA LUMPUR, 11 Feb-Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana “Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman.”
Tegasnya, “pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”

Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.

“Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan,” hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.
Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.
“Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari ‘88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi,” katanya.

Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul “Empowering Liberal Democratic Insitutions” bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.
Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.

“Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.
“Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak,” katanya.

Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.
Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.

“Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin ‘ada hikmah di luar sana’,” kata Lim. Oleh: Melissa Chi

Sabtu, 11 Februari 2012

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pianang untuk Islam

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008.  Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.   

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang'  di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu,  berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja,  Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh  minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta  wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan  berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang. 

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam. 

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. 

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar  sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya  perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM


Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta




2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA


Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00




3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)


Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ


Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)


Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula  tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN


Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH  DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG


Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor Lancar Kempen Anti Zina Siri Ke 6


11.2.12
UNISEL
KUALA SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor teruskan kempen kesedaran masyarakat terhadap bahaya zina dan bersama bangkit mengatasi masalah kronik yang melarut ke dalam masyarakat Islam dek kejahilan yang menyerang urat saraf umat Islam. Kempen anti zina siri ke 6 sempena Hari Kekasih yang lazim disambut dengan begitu ghairah oleh muda-muda termasuk yang beragama Islam.

Golongan muda lazimnya bertindak mengikut rentak dan suasana yang dicorak oleh kapitalis yang mahu mengaut keuntungan selain mereka yang beragenda mahu merosakkan remaja belia Islam. Mudah tertipu dengan bujuk rayu pemangsa yang menunggu peluang keemasan dalam suasana yang telah disetkan agar menjadi seolah-olah normal sekira-kiranya memadu kasih walau tiada tali ikatan pernikahan yang sah . Inilah diantara masalah besar umat Islam yang telah dibentuk melalui model pendidikan yang gagal memahamkan mereka erti kehidupan sebenar.
Remaja membesar dengan minda yang tidak boleh menggarap erti kehidupan, tidak boleh membezakan diri mereka sebagai manusia berbeza dengan haiwan yang hanya tunduk kepada hawa nafsu. Namun haiwan yang tunduk patuh kepada peraturan Allah swt sebagai pencipta. Tidak ada hubungan sejenis. Tidak ada haiwan yang melemparkan anak yang baru dilahirkan. Tidak ada binatang yang membungkus anak ke dalam surat khabar lama dan membuangnya ke dalam beg sampah. Tiada ada haiwan yang mencampak anak kandungnya ke dalam mangkuk tandas......di mana perginya sifat insan yang mulia?


Gara-gara manusia yang tiada kemudi, ia akan bertindak liar dan kejam. Akhlak rosak dan tidak kenal dosa pahala, halal dan haram. Kemudi manusia ialah rohani yang sihat. Rohani ini mampu menjadi sistem brek yang sangat berkesan apabila godaan eksternal/luaran meledakkan runtunan nafsu yang boleh mengheret golongan muda ke kancah dosa dan maksiat. Namun rohani ini hanya akan berfungsi sekiranya ia bertenaga dan sihat.
Justeru, pembangunan rohani adalah fundamental.
Anak-anak yang tidak dibangun modal rohaninya akan menjadi orang muda yang lengkap fizikal namun pertumbuhan fizikal ini sendiri boleh mengancam kesejahteraan dirinya kerana kurang kawalan kepada rangsangan  seksual.

 'Deraan' daripada media elektronik dan media cetak selain daripada bahaya input visual berupa mms dan facebook semakin menyebabkan muda-mudi semakin celaru.
Keretakan rumah tangga dan kebosanan belajar juga mendorong remaja-belia mendekati zina, dadah dan arak.

   Terlalu banyak lompang dalam sistem sosial di negara ini. Bahkan sistem pendidikan itu sendiri tidak mampu menghasilkan pelajar yang celik erti kehidupan. Ramai tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka inilah yang akan hanyut dalam budaya hedonisme. Hedonisme ini akan menggoyah imannya yang sudah sedia tipis dan menjerumuskannya ke dalam pasir jerlus zina, arak, judi dan dadah.
   Majlis pelancaran di sempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor. Intipati ucapan beliau, beliau menyeru semua jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin setempat bekerja dalam satu pasukan, berkolaborasi secara sinergistik dan melibatkan pemimpin setempat seperti JKKK, Masjid, surau dan sekolah-sekolah.
Beliau juga mengumumkan bahawa jawatankuasa GeMS  perlu dikembangkan sehingga ke akar umbi untuk berkesan kerana akhirnya pengupayaan masyarakat itu sendiri yang melahirkan budaya positif dan dengan sendiri meolak zina. Jiran tetangga yang peka dan prihatin, ibubapa yang sedar dan berupaya membangunkan anaknya melalui MODEL PEMBANGUNAN INSAN S.P.I.E.S dan memantaunya akan berjaya mencegah anak mereka daripada lembah maksiat dan dosa.
 Seminar mengenai cinta, persembahan didik hibur oleh SHAM KAMIKAZE dan BOB LOKMAN, UNIC DAN DEVOTEES mengisi program untuk memberi alternatif hiburan kepada muda-mudi disamping menyelit bab nilai dan pandaun ringkas bagi remaja dan pesanan khas supaya tidak terjerat dengan cinta 'pakai buang' yang akhirnya memberi natijah anak luar nikah dan mengundang murka Allah.

Khamis, 9 Februari 2012

Di harap Disegerakan Penubuhanya Dinegeri-Negeri Yamg Belum Tubuh Ameerah



TASEK GELUGOR, 9 Feb: Ameerah bertekad tidak akan mensia-siakan tanggungjawab yang diberikan oleh Dewan Muslimat PAS Pusat untuk membantu memperkemas, memperkasa dan menggerakkan Bilik Gerakan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi PAS di seluruh Malaysia supaya pergerakan lebih lancar dan tersusun. 

Setiausaha Ameerah, Nurul Suhadah Shuib (gambar)menambah, peranan Ameerah amat berat sekarang untuk memastikan aktiviti di Dun terurus dengan baik.


Justeru, katanya sesiapa yang berminat untuk menyertai politik secara serius di usia muda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli 'Ameerah' dengan segera di negeri masing-masing agar peranan dapat dibahagikan mulai sekarang.



"Semua muslimat muda yang berminat kepada politik secara serius boleh sertai Ameerah kerana peranan yang diberikan membolehkan kita menimba pengalaman.


“Maklumlah kerja politik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.  Ia memerlukan kemahiran berfikir, mengkaji, meneliti atau merancang," katanya ketika pada Karnival Penerangan Terkini (KarPenTer) 2012 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Simpang Empat Permatang Buluh, di sini.


Baginya, Ameerah boleh ditonjolkan sebagai sayap gerakan yang akan merangka strategi bagi dimanfaatkan di Dun sewaktu pilihan raya umum atau kecil nanti.



Ameerah, ujarnya akan ditugaskan di bilik gerakan untuk memikirkan dan membantu jentera MTD yang sedia ada supaya perancangan dapat dibuat dengan lebih baik serta mengenai sasaran.



"Terengganu merupakan negeri paling awal menyahut seruan penubuhan Ameerah. Kemudian Pulau Pinang dan Kedah serta kini sedang ke Perak. Ameerah juga berharap negeri lain segerakan penubuhanya bagi mencapai matlamat yang dikehendaki," jelasnya.