SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 9 September 2012

Warga Aman Beri Kata Dua Pada PDRM Dalam 48 Jam Untuk Siasat Mereka





Warga Aman beri masa 48 jam untuk polis tangkap mereka yang kencing gambar pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka akan turun ke jalanraya..

KUALA LUMPUR, 8 Sept 2012 : Warga Aman hari ini memberi amaran kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap mereka yang bertindak kencing gambar menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam masa 48 jam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mereka akan turun ke jalan raya.

Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.

Menurut Raja Ratnam, mereka tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri, tetapi menuntut agar tindakan sama kepada mereka yang memijak gambar pemimpin pembangkang.

"Perdana menteri juga telah menggunakan bahasa kesat seperti haram jadah, apakah ini budi bahasa seorang pemimpin tertinggi negara?

"Mengapakah pihak polis tidak menangkap Najib sedangkan dia juga melaungkan kata-kata berunsur kesat?" kata Raja Ratnam lagi.

Sementara itu, Senator S. Ratmakrishnan berkata, mereka sudah turun ke Bukit Aman sebulan yang lalu untuk membuat aduan terhadap kes ini, tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat.

  

"Polis dibayar gaji oleh rakyat, bukannya Umno dan BN.

"Jadi kami menuntut agar polis berlaku adil sebelum rakyat hilang kepercayaan dengan polis," kata Ratmakrishnan dalam sidang media hari ini.

Raja Ratnam mengetuai Warga Aman menghantar memorandum tersebut kepada ASP Mohd Fouzi Halim, yang mewakili Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman.

Pihak polis baru-baru ini telah menubuhkan skuad khas untuk memburu mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang merdeka yang lalu.

P/s: PDRM tak berasa malu ke sampai rakyat memberi teguran seperti itu ?
Kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil terhadap rakyat Malaysia yang berlainan idologi politik.


Ada Kaitan

Berpakaian Seperti Tidak Bepakaian

Katy Perry Nude Bodysuit

Harap-harap gadis kita tidak meniru dan berpakaian seperti ini,
Jika ada juga yang meniru bermakna mereka sudah mula
Kehilangan pertimbangan baik dan buruk
Akal mereka dah mula membusuk.

Tekena Dah Kawan Kita.... Kerana Provokasi Umno


Melayu Nak Bunuh Melayu Kerana Perbezaan Ideologi ???

/// Anwar Ibrahim dalam siri jelajah ceramah merdekanya dia naik bas.Di Melaka dia terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin ,Melaka siang tadi.

Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki melayu dari sebuah kereta Toyota Camry, no. Plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim.

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa ???
P/s : Lelaki tersebut ialah pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan telah ditangkap oleh pihak PDRM ditempat kejadian kekecohan tersebut berlaku.

Mereka yang menganggu perjalanan kenderaan DSAI tidak ditahan, itu lah undang-undang di Malaysia dibawah Umno BN.

Dari FB cacai Umno la neh....

Orang Melayu PERKASA Yang Sudah Tewas


Perkasa ni sudah melampau ,
apakah mereka sudah benar-benar ingin jadi samsing ? 
Jangan berselindung di balik undang-undang.....
 Lihat lah wahai manusia yang mengelarkan diri mereka sebagai Melayu muslim, 
orang yang tinggi ahlaq,tinggi budi bahasa..... mana? begitu kah cara kamu selaku orang muslim yang berahlaq ? 

Kamu hanya segerombolan manusia yang dilahirkan sebagai orang melayu yang "BIADAP" Tidak dapat mengenal tempat beribadat....kerana kamu tidak pernah beribadat dan mendekatkan diri dengan sang maha pencipta, sebab itu kamu berani membuat onar di rumah nya.

Tidak malu kah kamu dengan Allah yang ampunya rumah 
Allah yang telah melahirkan kamu, menjadikan kamu sebagai manusia
tetapi kamu lupa untuk bersyukur kepadanya.sebaliknya kamu mencemar kan
dan menghina rumahnya di saat orang mendengar ilmu.

Wahai orang-orang PERKASA yang tidak begitu perkasa ...
Sadarlah bahawa kamu itu terlalu kecil bagi Allah.
Jangan lah kamu bongkak dan takabur hanya kerana kamu
dapat perlindungan dari Unmo...
Kerana jika Allah mengkehendaki Unmo hancur pada PRU 13 ini
Tiada siapa lagi yang melindungi kamu....
Insaflah wahai orang-orang PERKASA..
Yang kamu hina itu adalah rumah Allah.

Kalau taknak dengar tazkirah balik lah jangan lah baling kasut....kedalam masjid. Memalikan melayu  je.....

Apakah kamu muslim ???? mungkin tidak tapi kamu hanya setan bertopingkan manusia bergelar (PERKASA).

Sumber

Sabtu, 8 September 2012

Astaghfirullah! Julia Perez Bangsat Nya Kamu



JAKARTA – Julia Perez atau lebih akrab dipanggil Jupe dilihat telah mempamerkan saat menghadiri acara DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012). Dibalut baju yang bermodel kemben, Jupe pamer tato baru yang bertuliskan huruf Arab di belakangnya. Demikian dipetik dari Detik Foto.
Bukan main-main, tato rangkaian huruf Arab tersebut adalah kaligrafi lafaz azan yang selalu dikumandangkan oleh kaum Muslimin saban hari lima kali. Yakni kalimat حي علي الفلاح “Hayya ‘alal Falaah”.
Selain haram menurut syariat, tato tubuh yang Jupe lakukan tersebut boleh disabit Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama.
Beberapa waktu yang lalu Julia Perez sempat melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci dan berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya itu tidak ditepati hingga kini.

Melayu Umno Yang Kurang Ajar ( Bangsat )


Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!!.. oleh 

Pencacai UMNO Melaka pula..



Seperti apa yang telah berlaku terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat, insiden yang sama telah berulang di Melaka dimana sekali lagi bas tersebut menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO.

Jika di Kelantan ianya dilakukan pada awal pagi ketika ramai yang sedang diulit mimpi di Melaka pula ianya dilakukan disiang hari oleh pencacai UMNO yang melakukan provokasi disepanjang jalan.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu telah menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO ketika dalam perjalanan untuk ke majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Jasin Kampong Kelubi, Jasin pada jam 4.00 petang.


Cat merah telah dilontar ke bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat itu sebaik ianya menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong tersebut.



Mereka bertindak seolah-olah undang-undang ditangan mereka dan anggota keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan siapa sahaja rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik tunduk kepada mereka.

Provokasi yang dilakukan bukan saja disepanjang jalan malah hingga ketengah jalan hingga menganggu lalu lintas, pasti akan berlaku pergaduhan andaikata kebodohan mereka itu menyebabkan mereka dilanggar kenderaan yang lalu lalang. 



Yang menjemput rombongan Jelajah Merdeka Rakyat ialah Ahli PKR yang juga merupakan penduduk setempat, jadi siapa mereka untuk menghalau rombongan?


Samseng-samseng sedang berkeliaran di atas jalan tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu lalang, apa yang jelas ialah ini berlaku kerana pihak berkuasa takut untuk bertindak terhadap mereka.

OK.. itu tentang provokasi pencacai UMNO Melaka terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan di bawah ini pula adalah dua keping gambar insiden yang sama tapi tak serupa..


Mereka memang samsing dan di ajar untuk menjadi samsing
Mereka di janjikan perlindungan oleh pemerintah
Polis tidak akan berani bertindak terhadap mereka
kerana mereka kebal undang-undang 
selagi Umno berkuasa, selagi itu samsing-samsing ini 
bermaharaja lela.

Ayuh kita yah mereka dari muka bumi Malaysia

Kita ingin kan keamanan, kemakmuran, keadilan
bukan penindasan.

Dalam TV mereka Umno kata mereka ingin keamanan 

 tetapi sebenarnya itu hanya retorik semata.
Mereka semua pemimpin hepokrit. ( pembohong ) 

Uhhh Gituuuu Katanyeee !!!!



Kreung Girl Nang Chan (17) bersama teman lelakinya Pneang (20) di Kuhn, O’chum, Ratanakiri,kemboja

Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Gubuk Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kamboja.



Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kamboja yang sangat liberal dan terbuka untuk hal berbau seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘ gubuk cinta’ kecil dan mendorong anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sampai bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menikahinya.

Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik anak perempuan mereka yang merupakan pasangan sempurna. Mereka percaya, pernikahan seperti itu, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu betul apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.

Tia : 15 tahun, Perawan Kreung, dihadapan gubuk cinta


Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani puteri remaja mereka. Menurut mereka di zaman moden di mana perceraian dan perkosaan terlalu umum dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami kes perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, kempen menyebarkan kesedaran tentang seks yang aman, ialah dengan menggunakan kondom.

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah gubuk cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang gubuk cinta ini :
“Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih se
“Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan ‘hubungan intim’ dengannya di gubuk saya.

“Tapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti menggauli seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke gubuk saya ketika saya berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.
“Saya tak kira pun, berapa ramai lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga masa ini. Saya rasa tidak ada kewajiban untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.
“Saya khawatir tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil oleh seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainy, maka dia akan menikahi gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.....




Gambar ini tersebar secara meluas di FB. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua pengamal budaya hedonisme, mungkin juga pengamal seks bebas jika tidak dikawal, berusia antara 13 hingga 14 tahun. Kedua-duanya sedang asyik berpelukan dan jika diperhatikan si lelaki sedang asyik menyeluk.

Inilah realiti semasa yang cuba dipandang sebelah mata oleh pemimpin dan ibu bapa. Tidak dapat bayangkan berapa peratus anak dara  atau anak teruna berjaya mempertahankan kesucian mereka sehingga diijabkabulkan. Kalau lelaki di Singapura terpaksa mengimport isteri daripada Vietnam kerana mahu beristerikan wanita yang masih dara, jangan terkejut jika suatu hari nanti situasi itu berlaku di negara ini. 


Profesor Melayu dan Isteri Sertai DAP



[SH] JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.

“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.


RON97 naik lagi! : Janji ditepati


Aku Petik


Layan lagu janji ditepati... 







sambungan janji ditepati... 



- Tak tau lah... kalau masih tak pandai berfikir...

Orang Unmo Itu Lebih Biadap


Begini lah perangai pemimpin-pemimpin Umno
Tapi mereka tidak disalahkan.
Bukan kah itu kurang ajar?

Mereka ini lah yang memulakan kerja-kerja kurang ajar.
Belum lagi dengan kesah samsing nya,
Bila ada parti lain berceramah mereka akan buat bising,
Bila di tegur mereka akan tuduh parti lawan samsing. 

Mereka baling kasut kedalam mesjid ada polis cari ?
Mereka hantar kek berbentuk najis kepada 
Ketua menteri Pulau Pinang ada polis siasat ?
Itu semua perbuatan perbuatan biadap 
Orang-orang Umno.....

Banyak lagi lah kebiadapan yang mereka  lakukan
Mereka buat kerja biadap lepastu mereka 
Orang itu sengaja buat, 
Sbagai contuh Bas  Merdeka Rakyat yang dinaiki
DSA disimbah cat mereka kata 
Anuar sengaja buat.

Itu lah biadap namanya. mereka berani berbuat apa sahaja
kerana mereka dillindungi oleh (penguatkuasa)undang-undang
Kebiadapan mereka terancang dan dirancang.

PENGERUSI ULAMA MUDA UMNO AKUI DIA TAK MAMPU NAK TEGUR KEPINCANGAN DALAM UMNO APATAH LAGI MENEGUR PARA PEMIMPIN TERTINGGI DALAM UMNO!!!!!!

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.


“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.


Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.


Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”


“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.


Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.


“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.


“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.

Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.


“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri dalam kenyataannya di  laman rasminya www.drmaza.com.


Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya  mengikut kehendak parti semata-mata.


“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.


Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri  apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.


“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.

YANG KONONNYA BERILMU AGAMA PUN TAK MAMPU NAK TEGUR PARA PEMIMPIN UMNO.. MAKA SUDAH PASTI TIDAK MAMPU JUA MEMBAWA PERUBAHAN DARI DALAM SEPERTIMANA DIJANJIKAN SEMASA MASUK UMNO DULU!!!!

HISHAMUDDIN RAIS: KELENTONG UMNO PECAH, DONGENG MERDEKA TERBARAI


Aku Petik


Kelentong Umno pecah, dongeng Merdeka terbarai (Hishamuddin Rais)

(http://www.keadilandaily.com)

Politik Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan paling rancak untuk menilai sejarah. Selama setengah abad parti United Malays National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur naratif sejarah perjuangan bangsa.

Selama lebih 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation  berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir setengah kurun gerombolan ini bersama koncu-konconya berkisah bahawa merekalah yang berhak ke atas bumi Tanah Melayu ini.

Dengan menjual nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini ke hulu ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan. Dengan slogan ‘Hidup Melayu’ parti siasah ini mereka kisah-kisah dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.

Sayang seribu kali sayang. Kemunculan internet mengubah semua ini. United Malays National Organisation bukan lagi satu kuasa hegemoni yang berupaya memonopoli maklumat. Jalur naratif perjuangan bangsa tidak lagi dimonopoli gerombolan ini. Kuasa mengawal maklumat tidak lagi dimiliki oleh United Malays National Organisation. Hegemoni telah pecah. Terima kasih Ronald Reagan kerana menghadiahkan internet kepada dunia.

Mitos dan kisah dongeng pertama yang diterbarai oleh internet ialah tentang naratif perjuangan bersenjata. Selama lebih dari setengah abad warga Tanah Melayu dikelentong dengan kisah bahawa perjuangan menuntut merdeka dilakukan tanpa pertumpahan darah. Tanah Melayu mendapat merdeka melalui perundingan. Parti siasah United Malays National Organisation berunding di London dengan British. Ini memang kisah hampeh. Ini cerita karut lagi marut yang ditabur setiap bulan Ogos sejak 1958.

Selama lebih 40 tahun fakta bohong ini berjaya ditabur kerana warga tidak memiliki maklumat alternatif. Sejarah perjuangan melawan British disongsangkan. Tetapi melalui intenet, hari ini anak-anak muda mula mengenali Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Pak Sako, Aziz Ishak, Ibrahim Yaacob, Abdullah CD, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmy dan Ustaz Abu Bakar Al- Baqir.

Anak-anak muda semua bangsa kini mengetahui bahawa parti siasah yang tertua di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya (1930). Malah turut sama berjuang melawan British ialah Kesatuan Melayu Muda (1938), Angkatan Pemuda Insaf (1946), Angkatan Wanita Sedar (1946), Hizbul Muslimin (1948) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945). Semua gerakan nasionalis ini melaungkan M-E-R-D-E-K-A sebagai slogan pejuangan. Ramai kader dan ahli parti ini bersama PKM mengangkat senjata melawan British.

Kini anak semua bangsa mula mengenal Mat Indera yang mati digantung oleh British pada malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Setelah mangkat 59 tahun dahulu, hari ini Mat Indera menjadi ikon anak muda setaraf dengan Che Geuvera. Sekali lagi, terima kasih Ronald Reagan.

Semakin ramai anak muda sedar bagaimana United Malays National Organisation telah memesongkan sejarah perjuangan menghalau British. Lihat fakta sejarah ini: United Malays National Organisation hanya ditubuhkan pada 1946. Sebelum United Malays National Organisation muncul, banyak parti dan kumpulan siasah yang lama berjuang menentang British.

Gerombolan United Malays National Organisation hanya dapat berkembang sebagai sebuah parti politik apabila British mengharamkan PKM, API, KMM dan Hizbul Muslimin. Malah, sehingga ke hari ini, nama organisasasi – Umno – masih lagi menggunakan nama Inggeris. Dari fakta sejarah, umum mengetahui United Malays National Organisation tidak melaungkan MERDEKA sebagai slogan perjuangan. Parti yang namanya dalam Bahasa Inggeris ini menjadi lawak seram apabila ‘Hidup Melayu’ dan bukan ‘Hidup Inggeris’ menjadi slogan perjuangan.

Pembohongan paling memualkan ialah apabila anak-anak muda mula mengenal Pierre Jean de Berenger (1780-1857) – pembuat lagu Mamula Moon. Kini telah diketahui umum, bagaimana Mamula Moon berevolusi untuk menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia. Lagu Terang Bulan ini kemudian diciplak untuk menjadi lagu Negaraku di Malaysia.

Sekarang, fakta sejarah ciplakan yang selama ini cuba disorok telah bocor. Warga Malaysia mula bangun dan melaungkan yang mereka mahu satu lagu kebangsaan yang baru. Anak-anak muda sedang menghampehkan lagu Negaraku. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.

Tidak cukup dengan lagu kebangsaan negara yang diciplak, kini timbul perbincangan di kalangan anak-anak muda untuk mengubah rupa bentuk bendera Malaysia. Ini kerana bendera Malaysia yang wujud hari ini dilihat sebagai ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Melalui maklumat internet, orang ramai tahu bahawa selama ini wujud bendera Sang Saka Merah Putih yang membawa motif Nusantara. Jalur Gemilang nama yang hanya baru diberi empat tahun dahulu tidak bermotif roh Nusantara. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Jalur Gemilang bermotif ciplakan dari The Star Spangled Banner.

Pembohongan demi pembohongan yang disalut dengan ciplakan ini akhirnya melahirkan lawak hitam lagi sedih. Lawak hitam ini muncul sesudah 8 Mac 2008. Sesudah tarikh ini, sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berubah untuk selama-lamanya. United Malays National Organisation tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti siasah tetapi sebagai satu gerombolan penyamun yang sedang menyamun harta negara. Kebencian orang ramai kepada parti ini tidak dapat dinafikan lagi. Orang ramai menunggu masa untuk menghumbankan parti ini ke tong sampah sejarah.

Di saat saat genting ini – dalam keadaan nyawa-nyawa ikan – United Malays National Organisation cuba memenangi kembali hati anak-anak muda yang sedang berguru dengan internet dan media baru. Putar punya putar muncul logo untuk sambutan hari 31 Ogos. Apabila muncul sahaja logo 31 Ogos ini serangan datang bertalu-talu dari laman dari blog, dari facebook dan twitter, anak-anak muda terus berkicau memperlekehkan logo ini.

Pelekehan logo 31 Ogos ini memiliki sejarah kerana pada tahun 2008 logo 31 Ogos juga diciplak dari Taiwan. Tetapi ketika itu, serangan anak muda agak terhad. Tetapi kali ini serangan datang bergantang-gantang sehinggakan pungutan suara melalui media baru di Malay Mail – akhbar pro United Malays National Organisation – terpaksa dipadam. Logo 31 Ogos ini diperlekeh dan ditolak.

Penolakan dan pelekehkan oleh anak-anak muda ini menakutkanUnited Malays National Organisation. Ini kerana mereka sedar undi anak mudalah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi jaguh di PRU 13 nanti.

Dalam keadaan kelam kabut ini Menteri yang berwajib cuba mencari jalan keluar. Menteri Kelam Kabut ini cuba memanggil pandangan dan cadangan dari orang ramai sebagai jalan penyelesaian.

Ha! Ha! Jalan penyelesaian bukan semudah yang dimimpikan kerana jalan penyelesaian ini pula memunculkan satu lagi lawak seram lagi hitam. Lawak hitam logo 31 Ogos berjangkit pula kepada lagu tema 31 Ogos. Tema lagu ini dirancang dengan licik untuk digunakan sebagai alat propaganda untuk memenangi hati orang ramai pada PRU 13.

Tiba-tiba laman media baru meledak dengan berita bahawa lagu tema 31 Ogos ini rupa-rupanya diciplak dari lagu gereja Indonesia. Kah kah kah !! Sudah jatuh ditimpa tangga. Kini muka terhempap pula ke tahi lembu. Sekali lagi, terima kasih Ronald Reagan.

Di sebalik semua ini, apakah yang sebenarnya terjadi? Betulkan logo 31 Ogos itu hodoh? Betulkah lagu tema 31 Ogos itu diciplak dari lagu gereja Indonesia? Dua soalan ini tidak memerlukan jawapan. Malah soalan ini pun tidak relevan.

Bukan logo cun atau lagu cool yang menjadi ingin diwujudkan. Apa yang sedang berlaku sekarang ialah manifestasi tentang kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Penolakan dan pelekehan terhadap logo dan lagu ini adalah manifestasi betapa bencinya anak-anak muda dan orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Sama ada lagu ‘Janji Ditepati’ ada persamaan dengan lagu ‘Tuhanku Maha Besar’ memang tidak relevan. Sama ada dua bar atau lima bar petikan gitarnya berbunyi sama bukan persoalan. Bukan semua yang menentang lagu ini tahu tentang muzik. Malah, mungkin ramai yang mengutuk lagu ini di facebook tidak pun mendengar untuk membuat bandingan kedua-dua lagu ini. Tetapi semua ini tidak penting. Yang wajib kita fahami ialah semua ini adalah menifestasi dari kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Penolakan dan pelekehan ini muncul kerana umum mengetahui bahawa parti siasah United Malays National Organisation ini tidak bermaya lagi. Parti ini sedang nazak. Kalau kayu tepi sungai sudah condong, bukan sahaja kura-kura akan memanjat, malah ia akan dijadi pangkin untuk terberak.

Hari ini, kebencian sampai ke kemuncaknya. Apa sahaja yang dicadangkan, apa sahaja yang dianjurkan – semuanya akan ditolak. Semuanya akan diperlekeh. Malah, sebelum pun keluar satu perkataan keluar dari mulut Najib – Presiden United Malays National Organisation - perkataan itu tidak dipercayai. Terima kasih Ronald Reagan.