SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Memaparkan catatan dengan label Politik / Masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik / Masyarakat. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2016

Kit Siang Mahu Perkuda Dr Mahathir

Penasihat DAP Lim Kit Siang didakwa hanya mempergunakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapat matlamatnya.

Malah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerjasama yang terjalin antara pemimpin pembangkang dengan perdana menteri kelima negara itu hanyalah bertujuan mahu memecah-belahkan Umno.

“Anda fikir (Lim) Kit Siang suka duduk bersebelahan dengan Dr Mahathir? Tidak. Dia hanya mahu kudakan Dr Mahathir untuk mencapai matlamat politiknya. Sebab itulah kita marah - yang duduk dengan pembangkang tu kenapa?

"Apa yang sepatutnya Dr Mahathir lakukan adalah untuk kekal dalam Umno dan membincangkan perkara ini," kata Tengku Adnan ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk Lim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR - memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatangan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Mengulas lanjut, menteri Wilayah itu menyifatkan Dr Mahathir sebagai angkuh.

“Tun Mahathir ini angkuh, dia ingat dia kuat. Mungkin dia fikir beliau mempunyai sokongan rakyat,.

"Kita hormat dia kerana dia adalah seorang negarawan tetapi apabila seorang negarawan duduk dengan pembangkang yang jelas mahu hancurkan negara dan Umno, (adakah) kita boleh berada bersamanya (Mahathir)?," tanya Tengku Adnan kepada hadirin kemudian disambut dengan jawapan "Tidak!"

Berita Berkaitan : Tengku Adnan: Gelaran saya dari pejuang Islam Aceh

Hanya Yang Sokong Najib Akan Berkata Deklarasi Rakyat Itu Sia-sia

KOTA BHARU - Parti Amanah Rakyat (Amanah) bertegas, Deklarasi Rakyat yang disertai parti itu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bukan perkara sia-sia sebagaimana anggapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, gerakan dilakukan melibatkan negarawan, pelbagai NGO itu adalah sebagai isyarat jelas kepada pimpinan sekarang bahawa rakyat mahu melakukan perubahan, mengubah masa depan serta menyelamatkan negara.

“Itu pandangan dia. Bagi kami ia tidak sia-sia. Semua negara Asean telah berubah ke arah yang lebih baik dan mereka dulu ketinggalan jauh termasuk Korea dan Thailand, tetapi kini telah berubah. Kita pula masih berada di tahap yang lama.

“Rakyat masih ditakutkan untuk membuat perubahan, bila ada mereka yang ingin buat perubahan kita bersamalah,” katanya.

Terdahulu, beliau menyertai Himpunan Perdana dan Ceramah Wacana Rakyat di Bandar Satelit Kubang Kerian yang turut dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Naib Presiden Amanah, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah.

Mat Sabu berkata, BN diibaratkan seperti kanser yang berada di tahap empat dan baginya, sesiapa sahaja yang cuba untuk membaikinya tidak akan berjaya kerana ia sudah tidak berupaya lagi.

“Melainkan kena ada pertukaran pada pilihan raya nanti. Tidak lebih pada Najib (Perdana Menteri) berhenti dan kita akan terus berusaha supaya rakyat menukar kerajaan,
” katanya.

Menurutnya, program jelajah seluruh negara akan dilaksanakan dalam mencapai misi mengumpulkan tanda tangan rakyat dan hasilnya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sementara itu, mengulas mengenai pakatan baharu yang akan dibentuk oleh Pas untuk menghadapi PRU14, Mat Sabu melihat ia sebagai perkara yang memeriahkan lagi politik tanah air.

“Terlalu awal nak ulas, saya tidak tahu lagi parti mana yang akan bersama. Saya pun macam orang lain juga tunggu dan lihat, tidak ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Salahudin ketika diminta mengulas mengenai hala tuju dan matlamat Deklarasi Rakyat yang dianggap belum menampakkan keberkesanannya, beliau berkata, walau apa pun yang terjadi, pihaknya tidak akan menggunakan saluran salah dalam menjayakan matlamat deklarasi tersebut.

“Saya tidak nampak gerakan ini akan berhenti. Siapa yang nak jadi perdana menteri kita tidak bincang lagi, tunggu,” katanya. -SH

Apa Nak jadi Dengan PAS Sekarang ?

Pakatan baharu PAS matangkan politik negara, kata Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

Zahid yang juga naib presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan 4 Peringkat Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang hari ini.


Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.

Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.

"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.

"Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah," katanya.

Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh itu berkata perpaduan yang jitu dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi merupakan satu daripada "resepi" utama untuk memastikan parti keramat orang Melayu tersebut terus kukuh.

Ahli Umno di semua peringkat juga perlu sentiasa bekerja kuat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain perlu mengatur strategi untuk memenangi hati serta pemikiran rakyat, katanya.

"Saya harap kita tidak hanya melihat kepada politik di luar, tetapi apa yang penting asas kita adalah politik dalaman," katanya. – Bernama,

ULASAN GB

Bergembiralah kamu wahai PAS yang mana langkah kamu untuk menubuhkan parti baharu telah mendapat pujian melambung dari pemimpin UMNO.

UMNO seperti memperolehi nafas baharu dengan langkah PAS itu. Kerana dengan tertubuhnya sebuah pakatan baharu akan memecah-belahkan pembangkang dan hasrat rakyat untuk menumbangkan UMNO BN.

Pemimpin kanan di dalam PAS seperti TITM dan Idris Ahmad tidak payahlah hendak menafikan kononnya UMNO masih tetap musuh PAS.

Teringat kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor: "Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..."

Sekarang semua agen UMNO menyokong PAS termasuklah media massa perdana bercetak dan eletronik. TAHNIAH PAS kerana sudah menjadi sahabat karib UMNO.

Selepas ini jalankan sahaja tugasmu sebagai penasihat. Tak payah susah-susah bertanding di dalam pilihanraya lagi. 

Sabtu, 12 Mac 2016

Apakah PAS Benar-Benar Memperjuangkan Hak Rakyat ? Atau....?

KUALA LUMPUR: PAS melanggar ikrar kepada rakyat kerana mengambil sikap berkecuali dalam
isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, PAS sepatutnya mengambil peluang itu untuk menyelamatkan rakyat dan negeri Terengganu.

“Yang menghairankan 15 daripada pembangkang tidak ingin menukar kerajaan walaupun peluang itu ada. Mereka memilih untuk berkecuali sedangkan mereka tahu Terengganu sedang dilanda masalah.
“Sebab itu kita minta pembangkang (PAS) membuat pendirian sebagai pembangkang dan bukannya sebagai berkecuali,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian berkecuali melibatkan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang dicadangkan Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Hadi, PAS hanya akan melibatkan diri dalam isu-isu yang hanya dilihat munasabah bukannya melibatkan isu perebutan jawatan.

Raja Kamarul yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu berkata, usul undi tidak percaya itu timbul disebabkan pentadbiran UMNO Terengganu yang kurang bijaksana.

“Ada pihak mengatakan undi tidak percaya itu adalah masalah dalaman UMNO. AMANAH ingin menjelaskan di sini bahawa, kalau orang menghalusi pergolakan politik di Terengganu kebelakangan ini, ia bukan masalah dalaman UMNO tetapi masalah UMNO mentadbir Terebgganu dengan kurang bijaksana.

“Contohnya, dari segi pentadbiran kewangan, Terengganu telah 40 tahun mengeluarkan minyak dan masih bergantung 90 peratus kepada pendapatan minyak dan gas.

“Walhal, kalau kita tengok kerajaan Persekutuan daripada 38 peratus boleh menurunkan kebergantungan kepada minyak yang kini turun kepada 23 peratus. Ini menunjukkan kerajaan Terengganu tidak mengurus dana minyak dan gas dengan baik,” katanya. 
 

Berhati-Hati Mereka Boleh Bergabong Bila Mereka Perlu...

TheMalaysianInsider melaporkan:
PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini. -
TMI.
Aku mengandaikan bila Setiausaha Agung PAS buat kenyataan macam ni tentu benda ni dah dibincangkan dan dah diputuskan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat ataupun paling kurang dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat.
Ataupun mungkin jugak benda ni adalah pendirian Presiden PAS secara peribadi yang ada kuasa 'veto' dalam PAS yang Majlis Syura' bagi kuasa tu kepada Presiden PAS masa kecok isu pertukaran MB Selangor sebelum ni.

Yang pastinya takkan Setiausaha Agung berani nak memandai-mandai buat keputusan sendiri bagi pihak PAS sedangkan benda ni benda besar yang melibatkan bukan saja semua ahli PAS tapi juga penyokong PAS.

Aku yakin majoriti ahli dan penyokong PAS terutama sekali di peringkat akar umbi tak setuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS.

Terutama sekali kaum keluarga dan sanak saudara ahli dan pemimpin PAS yang dizalimi oleh regim Umno BN macam kes pembunuhan di Memali, kes pembunuhan Abdul Samad Gol, kes pembunuhan Osman Talid dan lain-lain kes lagi, aku tak rasa depa akan memaafkan Umno sampai bila-bila.

Malaysiakini pula melaporkan:

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.
"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -
Mkini.
Untuk kawan-kawan aku dalam PAS yang masih tak percaya yang memang ramai pemimpin PAS termasuk pemimpin tertinggi PAS memang nak sangat bergabung dengan Umno aku rasa hangpa patut fikir semula dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka.
Kalau kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung PAS berkenaan kerjasama Umno PAS macam ni pun hangpa tolek mentah-menta, aku rasa hangpa punya pengamatan politik memang wajar dipersoal, pasainya hangpa memang BANGANG.

Lagi terserlah keBANGANGannya bila kenyataan Setiausaha Agung PAS tu dia buat pada majlis mesyuarat agung tahunan PERKASA satu NGO perkauman Melayu yang hampir semua ahlinya adalah ahli dan pemimpin Umno.PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini. - TMI.
Untuk kawan-kawan aku dalam PAS yang masih tak percaya yang memang ramai pemimpin PAS termasuk pemimpin tertinggi PAS memang nak sangat bergabung dengan Umno aku rasa hangpa patut fikir semula dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka.

Kalau kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung PAS berkenaan kerjasama Umno PAS macam ni pun hangpa tolek mentah-menta, aku rasa hangpa punya pengamatan politik memang wajar dipersoal, pasainya hangpa memang BANGANG.

Lagi terserlah keBANGANGannya bila kenyataan Setiausaha Agung PAS tu dia buat pada majlis mesyuarat agung tahunan PERKASA satu NGO perkauman Melayu yang hampir semua ahlinya adalah ahli dan pemimpin Umno.

Ketua-Ketua Bahagian Umno Ada Deklarasi Juga Rupanya Untuk Mempertahankan "Tali Perut Mereka Bukan Rakyat"

188 Ketua Umno Bahagian Lancar Deklarasi Sokong Najib



Deklarasi yang dilancarkan hari ini bukan bertujuan sebagai serangan balas terhadap penglibatan beberapa pemimpin Umno dalam agenda didakwa cuba menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Umno Bahagian Subang Datuk Zein Isma Ismail. – Gambar The Malaysian Insider oleh Fiqah Mokhtar, 12 Mac, 2016.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat, seramai 188 Ketua Umno Bahagian pula melancarkan deklarasi menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun Ketua Umno Bahagian Subang Datuk Zein Isma Ismail menafikan deklarasi yang dilancarkan hari ini bertujuan sebagai serangan balas terhadap penglibatan beberapa pemimpin parti itu dalam agenda didakwa cuba menjatuhkan kerajaan Najib.

Beliau berkata, daripada 191 ketua bahagian, hanya 3 saja yang tidak menyatakan sokongan iaitu Pagoh, di ketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jerlun, (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Semporna (Datuk Seri Shafie Afdal).


"Bukan serangan balas kita majoriti nyatakan persetujuan berdiri teguh menyokong kepimpinan Najib, mempertahankan Najib daripada turun secara tidak demokratik," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Deklarasi solidariti bersama Najib dibaca Datuk Yusof Kassim yang mewakili kesemua 188 ketua Umno Bahagian.

Antara yang digariskan dalam deklarasi itu ialah bersetuju dan bersepakat mendesak kerajaan agar menamatkan serta-merta segala jawatan dipegang mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan atau anak syarikat yang menyokong Deklarasi Rakyat.

"Kami ketua Umno Bahagian mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin Umno yang masih memegang jawatan dan khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Muhriz Mahathir bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.

"Kami mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Lembaga Displin Umno, mengambil tindakan displin yang tegas kepada ahli Umno terlibat dengan Deklarasi Rakyat dan bersekongkol dengan pembangkang," kata ketua Umno Bahagian Batu Gajah itu.

Sementara itu Yusof berkata, kehadiran ketua Umno Bahagian pada hari pelancaran deklarasi hari ini ialah seramai 148.

"Hari ini seramai 148 yang datang yang selebihnya itu tidak hadir kerana atas faktor jauh ataupun mereka ada urusan lain, namun mereka yang tidak hadir tetap menyokong deklarasi kita," katanya.

Beliau juga berkata, perancangan sebenar bukanlah untuk melancarkan deklarasi itu pada hari ini namun ianya ditukar memandangkan kesemua ketua Umno bahagian mendapat jemputan menghadiri perkahwinan anak kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri hari ini.

"Jadi secara kebetulannya ramai yang hadir ini kerana untuk hadiri jemputan perkahwinan jadi kita putuskan untuk melancarkan deklarasi hari ini.

"Deklarasi kita hari ini hanya melibatkan ketua Umno Bahagian tidak termasuk ahli MT," katanya.

Dipetik dari - http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/188-ketua-umno-bahagian-lancar-deklarasi-sokong-najib#sthash.39507Z5F.dpuf


apa Jadi Dengan Dewan Rakyat Kita ?"Tolak soalan derma RM2.6b"

1MDBKUALA LUMPUR 8 MAC: Penolakan soalan berkait isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk ada rahsia yang cuba disembunyikan Perdana Menteri itu.
Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga turut menyelar tindakan Speaker Dewan Rakyat kerana sering menolak soalan yang dikemukakan wakil rakyat Pembangkang terutama melibatkan isu-isu berkait kepentingan rakyat dan negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Banyak soalan daripada pihak pembangkang ditolak kali ini walaupun persidangan bermula semalam.

“Itu adalah soalan, ia tidak mempunyai andaian langsung. Soalan ini adalah berkait kenyataan rasmi yang dikeluarkan Peguam Negara Switzerland yang meminta bantuan daripada Peguam Negara Malaysia,” jelas Pua pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, soalan Pua yang meminta PM menyatakan permintaan dan bantuan yang diperlukan Peguam Negara Switzerland berhubung siasatan isu tersebut ditolak Dewan Rakyat.

Beliau merujuk laporan sebelum ini bahawa pihak pendakwa raya Switzerland meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan 1MDB.

Sambung Pua lagi, penolakan soalan tersebut memperlihatkan ada rahsia yang cuba disembunyikan Perdana Menteri.“Mereka tidak menjawab soalan ini seperti ada ‘udang di sebalik batu’ yang cuba dirahsiakan. “Parlimen nampak tidak berkuasa sekarang, Ahli Parlimen nak tanya soalan pun ditolak,” kesal Pua.

Terdahulu, soalan dua wakil rakyat KEADILAN berkait isu derma RM2.6 bilion Najib ditolak Dewan Rakyat. 

MP Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman meminta PM menyatakan status baki wang diterimanya dan sama ada ia telah dibelanjakan atau disimpan di bank. 

Manakala MP Bukit katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mahu tahu perincian kaedah pemulangan termasuk kepada siapa dan bentuk pemulangan sama ada ia dibayar secara tunai. Beliau juga mahu tahu bank yang digunakan PM dan apakah Bank Negara dimaklumkan berkaitan perkara itu.

Ahad, 6 Mac 2016

MAHATHIR TERUS MEREPUTKAN NAJIB

Percubaan menggambarkan kedudukan Najib Razak di dalam UMNO semakin kukuh berikutan tindakan Tun Mahathir Mohamad bersama parti-parti pembangkang dan masyarakat sivil menandatangani Deklarasi Rakyat, Jumaat lalu, boleh dianggap sudah tidak bermakna dan perbuatan sia-sia.

Ia mungkin sesuai sekadar untuk mendamaikan jiwa sendiri atau barangkali merupakan "bodek manja" buat Najib semata-mata.
 
 
 
Yang sepatutnya diperhitungkan ialah makin kukuhkah kedudukan Najib di hati rakyat selepas ini?

Tun Mahathir, dengan wibawa dan pencapaian cemerlangnya selama ini, amat berpengaruh di kalangan rakyat, khususnya golongan pertengahan serta masyarakat perniagaan.

Tindakannya keluar UMNO pada 2008, walaupun hanya diikuti oleh Siti Hasmah dan Sanusi Junid, telah merudumkan pencapaian BN kepada 140 kerusi dan hilang lima negeri sedangkan keputusan pilihanraya 2004 adalah paling cemerlang dalam sejarah iaitu 198 kerusi Parlimen.

Oleh itu, keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO sekali lagi dan kemudian berjaya berpakat dengan parti-parti pembangkang yang sudah pun ada sokongan 52 peratus undi popular untuk terus memberi tekanan kepada Najib, hanya "orang gila" saja yang tidak bimbang dengannya.

Dalam situasi itu, apa ertinya lagi jika Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan ingin terus berbangga kononnya tindakan Tun Mahathir itu menjadikan kedudukan Najib di dalam UMNO bertambah kukuh berbanding sebelumnya.
 
 
 
Siapa peduli kalau sekadar kukuh dan padu di kalangan 3.4 juta ahli UMNO sedangkan perhitungan Tun Mahathir kini lebih bertujuan mereputkan lagi kedudukan Najib di kalangan kira-kira 17 juta pengundi. 

Jalan terbaik mungkin dengan mulai belajar menjadi pembangkang pula.

Ahad, 7 Jun 2015

Begini Lah Gelagat Presiden Anda


Kah kah kah kah!!!
Kah ka hkahkah kah!!!
Oit, cepat la muktamar ni habis. Kah ka hkah!!
Ramai org melalut dah ni.

Tolonglah tamatkan muktamar ini secepat mungkin.
Kah kah kah kah!!!





Isnin, 18 Mei 2015

Sebijak-bijak Tun Mahathir kena kencing juga dengan Pandikar

 
TUN M: Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: "Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."


Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nak resign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nak resign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

"Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya.

Di dalam ucapannya semasa melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata Pandikar tidak berpuas hati dengan hiasan dalaman di pejabat Parlimennya yang berada di dalam keadaan teruk dan mungkin juga itu antara sebab untuk beliau menyatakan 'hasrat untuk meletakkan jawatan.'

Dakwaan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan speaker Dewan Rakyat itu disangkal oleh Pandikar.

Hari ini Pandikar seperti biasa mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13.

Ini Lah Bukti

INI BUKTI
INI BUKTI

Pandikar akui temu Dr M bincang isu politik semasa

 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulai mengakui ada bertemu dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai mentor dan guru politik kepada semua pemimpin di negara ini.
Beliau menanggap perjumpaan itu "bukan sesuatu yang luar biasa" malah perbincangan mereka berkisar mengenai isu politik semasa termasuklah luahan rasa kecewanya kerana perkara remeh diperdebat di Parlimen, lapor Utusan Malaysia Online hari ini.

"Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

"Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

"Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tak akan letak jawatan.

"Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” katanya seperti dilaporkan dalam laman web akhbar itu.

Semalam, bekas presiden Umno itu berkata Pandikar telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat dan Dewan itu kini dipengerusikan oleh timbalannya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Pandikar menafikannya malah akan bertugas seperti biasa sebagai speaker Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

PM: Naik taraf jet untuk mesyuarat atas pesawat

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan menaiktarafkanya untuk kegunaan VIP, dengan berkata ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi dengan ketua-ketua negara.
Pembelian jet, yang membuat penerbangan sulungnya semalam, dikritik hebat kerana ia dibuat kebetulan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, bukan untuk bermewah, tetapi untuk kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

"Bahagian dalam pesawat diubahsuai begitu supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan di atas kapal dan urusan negara boleh terus walaupun semasa penerbangan.

"Oleh itu soalan tidak timbul sama ada atau tidak negara harus mempunyai jet rasmi," kata beliau dalam blognya.

Hal itu merupakan sebahagian 'soalan lazim (FAQ), yang sebahagian besarnya termasuk isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.


Sumber : 

Ahad, 17 Mei 2015

Najib janji kosong-Hindraf


P. Waytha Moorthy,NAJIB,HINDRAF

PETALING JAYA: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mendakwa kerajaan berbohong berhubung kenyataannya telah membelanjakan RM2.8 bilion bagi membantu memperbaiki taraf hidup penduduk kaum India di antara tahun 2012 hingga 2014.

Tuduhan itu dibuat Pengerusinya, P. Waytha Moorthy ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar berbahasa Tamil, Irwan dipetik sebagai berkata, kerajaan telah bersetuju dengan Hindraf pada April 2013 untuk melaksanakan dasar baru bagi membantu masyarakat India Malaysia.

Menurut Moorthy, apabila Perdana Menteri bersetuju melantiknya sebagai timbalan menteri pada 2013, Najib telah berjanji membentuk satu unit baru dalam kerajaan yang akan membuat dasar dan program ekonomi khusus kepada penempatan 800,000 pekerja estet.

Beliau juga dikatakan berjanji untuk mengatasi masalah penempatan semula kuil Hindu, soal kerakyatan, pendidikan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat India yang miskin.

““Dalam bajet tahunan yang dianggarkan RM 2.5 bilion seperti yang dipersetujui, tetapi tidak ditunaikan”, kata Waytha Moorthy.

Dakwanya, dia telah diajak oleh Najib untuk menyertai kabinet sebagai sebahagian rancangan kerajaan untuk menghapuskan pengaruh kuat Hindraf ke atas kaum India di negara ini.

Sebelum itu sokongan kaum berkenaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya MIC terhakis teruk dan ia telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu pada 2008 dan 2013.

Waytha Moorthy yang berhenti dari kabinet selepas 8 bulan dilantik berkata, kepimpinan Najib bukan sahaja telah kehilangan sokongan daripada orang Melayu, tetapi telah hilang kepercayaan daripada seluruh masyarakat India di negara ini.

BR1M: Najib cuba salahkan Gabenor Bank Negara

KUALA LUMPUR 16 MEI-  Penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) bukan rancangan politik untuk menarik pengundi hanyalah alasan semata-mata.
Azan_GanuAdun Bandar, Azan Ismail berkata, Najib kini cuba menyalahkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dasar itu sedangkan ia jelas merupakan kegagalan pengurusan wang kerajaan.
“Pada 2010, Najib yang bentangkan dalam parlimen bahawa kerajaan cadang untuk beri duit bagi meringankan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang tinggi.
“BR1M adalah kegagalan besar dalam pengurusan wang negara. BR1M dikatakan mahu pulihkan ekonomi rakyat tetapi tidak tercapai. Itu tanda-tanda gagalnya BR1M dan sekarang Najib ingin salahkan orang lain,” katanya.
Menurut Azan, BNM hanya berfungsi untuk menguruskan kewangan namun tidak mempunyai kuasa untuk memberikan wang tersebut kepada rakyat.
“Bank Negara bukan fungsinya beri wang kepada rakyat. Mereka tidak ada kuasa. Ia uruskan kewangan berpandukan keputusan kerajaan. Arahan mesti datang dari PM atau menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi.
Azan juga berkata, Najib seolah-olah menjadikan BNM sebagai kambinghitam dan meletakkan kesalahan itu di bahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
“Gabenor Bank Negara ini dilihat sebagai sasaran dan dikambing hitamkan kerana terdapat ura-ura Najib ingin mencadangkan adiknya sebagai Gabenor Bank Negara yang baru.
“Ini adalah salah satu cara untuk Gabenor Bank Negara meletak jawatan,” katanya.
Jesteru itu, Azan meminta supaya Zeti tampil kehadapan untuk menjawab kenyataan perdana menteri itu.
“Gabenor Bank Negara perlu tampil untuk menerangkan, menjawab dan memberi penjelasan kepada umum supaya kradibilitinya tidak terjejas kerana beliau pernah dinobatkan beberapa kali sebagai gabenor bank terbaik di dunia,” katanya.
Najib hari ini menafikan BR1M adalah rancangan politik untuk menarik pengundi, sebaliknya ilham daripada BNM. Katanya, skim itu merupakan cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk menolong 40 peratus rakyat berpendapatan rendah dan bukan membeli undi

DR MAZA BUKTIKAN 'HUDUD' HANYA SANDIWARA UG PAS DAN UMNO

 Puak UG dalam PAS sebenarnya tahu akan perlembagana negara yang dicipta penjajah tidak membolehkan sebarang perundangan Islam dilaksana melainkan perlembagaan itu diubah.
PAS cenderung memainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan bukan ISlam yang secara tidak langsung akan mengurangkan undi kepada PAKATAN RAKYAT,

UG PAS ini sangat licik. Memainkan isu hudud tat kala pilihanraya kian hampir pada tahun 2013 bukanlah sesuatu yang bijak. Namun mereka seolah sengaja memainkan isu itu demi memenangkan umno bn.

Adalah mustahil jika seseorang ahli politik tidak membaca perlembagaan negara.

Kini isu hudud dipermainkan lagi untuk menarik perhatian umum kepada PAS bagi menyembunyikan keributan yang beralku dalam kepimpinan kerajaan pusat terutama isu jet peribadi dan 1MDB.

Perhatian umum kini 50% berjaya ditarik kepada isu dalaman PAS.

Kepada mereka yang sayangkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam, berfikirlah dengan bijak sana dalam menilai niat sebenar Golongan UG dalam PAS ini yang menjual maruah.

*** Ada dengar berita pemimpin parti islam dapat projek kerajaan pusat berpuluh juta???

Kalau ada tolong share, ok 

Terima kasih
Sumber : 

Jumaat, 15 Mei 2015

Ahmad Awang Sah Mencabar Hadi



 
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

"Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi (atas) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

PAS khususnya kumpulan proulama yang dipimpin Hadi berdepan kritikan sejak akhir-akhir ini kerana membuat keputusan kontroversi menggugat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Rabu, 13 Mei 2015

PNB RM579.2J Pula, Setelah TH. Najib Terpaksa Gelonsur Turun.. Cepat..

 

 
Rafizi Ramli berkata sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB ,manakala baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut terlibat "meminjamkan" wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas Lembaga Tabung Haji, melalui pembelian RM579.2 juta sukuk.

Rafizi memetik akhbar The Star yang melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB," kata Rafizi, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
"Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata, sukuk itu tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon.

"Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan Tabung Haji dan PNB," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk itu tidak ditarafkan seperti mana-mana kertas lain.

"Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Putrajaya kepada 1MDB) dan janji kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap), dan akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini," kata Rafizi.

Beliau berkata, hasil semakannya mendapati, 1MDB merancang menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank, juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.

Rafizi berkata, malangnya sehingga hari ini Bandar Malaysia belum memperlihatkan kemajuan meyakinkan yang boleh mendatangkan keuntungan dan membantu 1MDB membayar balik hutang kepada Tabung Haji dan PNB.

"Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baharu di Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB?

"Soalan paling besar, apa yang terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion daripada sukuk pinjaman Tabung Haji dan PNB, dan RM2 bilion pinjaman Ambank), yang dipinjamkan setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia?" soal Rafizi.

Menurutnya, penglibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB mengesahkan kebimbangannya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan dana awam menyelamatkan syarikat bermasalah itu.

Minggu lalu, Tabung Haji dikritik hebat apabila didedahkan membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta daripada 1MDB.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian berkata lembaga itu dinasihati Najib menjual tanah itu kepada pihak swasta. (TMI)

Mat Said Bantai 1MDB Cuba Cagar Minyak Dan Gas Terengganu Di Sidang DUN

 

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata dahulu pernah dimarahi Datuk Seri Najib Razak kerana menarik balik keputusan mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008.

Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.


"...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.

“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.

Sebelum ini, 1MDB yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dan minggu lalu blog The Benchmark mendedahkan ia menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.

Keputusan itu mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggesa Najib meletak jawatan.

Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya semalam menyatakan sokongan padu pimpinan tertinggi Umno kepada Najib. – tmi

Selamat Tinggal Najib - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Bermesyuarat Petang Ini Untuk Nasihat Najib Agar Berundur Secara Terhormat.

 
 
Bekas menteri Zainuddin Maidin hari neh telah menulis bahawa MT UMNO pada hari neh sebulat ahti bersetuju bahawa Najib telah pun kehilangan sokongan majoriti rakyat dan akan dinasihati untuk DI-BLAHKAN dari jawatan yang disandangnya secara terhormat.
 
Mahukah Najib tunduk dan akur?
 
Atau melawan dengan serangan yang lebih GARANG dengan membuka satu persatu penyelewengan demi penyelewengan yang dibuat oleh ahli2 MT UMNO?
 
Tunggu dan lihat.
 
Baca ;
 
Apabila perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini maka tidak dapat tidak kelemahan dan kekuatan kepimpinan Datuk Seri Najib akan dibincangkan. Najib telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan tunduk  kerana   parti dan rakyat menyokongnya.

Katanya Mahathir sendiri tidak berundur ketika sokongan padanya dalam parti hanya 50 peratus sebaliknya kedudukannya dalam parti dan juga sokongan rakyat lebih kuat.

Walaupun ini benar tetapi kebenaran dalam politik selalu  berubah.Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu disamping  Cina dan India  adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu."

Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim,Najib takkan sokong Mahathir.

Dalam ucapannya di Tawau,Najib mendakwa  menyokong  Dr.Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh  pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO   " Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.

Dalam pada itu transformasi yang dibawa  oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama dan bukannya  menambah keyakinan seluruh rakyat. Ini dapat dilihat  dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,kesepian  majlis penasihat , krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh TH.

Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah  itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH. Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum  sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan.

Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal untuk menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji. Malah beliu telah melalut dalam membanggakan keturunan  Bugis, Walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu..

Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya  bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.

Mahathir lebih membanggakan identiti Melayu, Bangang manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai  keturunan Bugis di sana sini?

Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan  bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu, perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membutikan  keruntuhan di akar umbi MKT.Jika tidak masakan semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.

Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti dikalangan rakyat mesti berani  bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang  kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri  atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?.