KUALA LUMPUR 16 MEI- Penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak bahawa pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) bukan rancangan politik
untuk menarik pengundi hanyalah alasan semata-mata.
Adun Bandar, Azan Ismail berkata, Najib kini cuba menyalahkan Bank
Negara Malaysia (BNM) berkenaan dasar itu sedangkan ia jelas merupakan
kegagalan pengurusan wang kerajaan.
“Pada
2010, Najib yang bentangkan dalam parlimen bahawa kerajaan cadang untuk
beri duit bagi meringankan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang
tinggi.
“BR1M adalah kegagalan besar dalam pengurusan wang negara. BR1M
dikatakan mahu pulihkan ekonomi rakyat tetapi tidak tercapai. Itu
tanda-tanda gagalnya BR1M dan sekarang Najib ingin salahkan orang lain,”
katanya.
Menurut Azan, BNM hanya berfungsi untuk menguruskan kewangan namun
tidak mempunyai kuasa untuk memberikan wang tersebut kepada rakyat.
“Bank Negara bukan fungsinya beri wang kepada rakyat. Mereka tidak
ada kuasa. Ia uruskan kewangan berpandukan keputusan kerajaan. Arahan
mesti datang dari PM atau menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi.
Azan juga berkata, Najib seolah-olah menjadikan BNM sebagai
kambinghitam dan meletakkan kesalahan itu di bahu Gabenor Bank Negara,
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
“Gabenor Bank Negara ini dilihat sebagai sasaran dan dikambing
hitamkan kerana terdapat ura-ura Najib ingin mencadangkan adiknya
sebagai Gabenor Bank Negara yang baru.
“Ini adalah salah satu cara untuk Gabenor Bank Negara meletak jawatan,” katanya.
Jesteru itu, Azan meminta supaya Zeti tampil kehadapan untuk menjawab kenyataan perdana menteri itu.
“Gabenor Bank Negara perlu tampil untuk menerangkan, menjawab dan
memberi penjelasan kepada umum supaya kradibilitinya tidak terjejas
kerana beliau pernah dinobatkan beberapa kali sebagai gabenor bank
terbaik di dunia,” katanya.
Najib hari ini menafikan BR1M adalah rancangan politik untuk menarik
pengundi, sebaliknya ilham daripada BNM. Katanya, skim itu merupakan
cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk menolong 40 peratus
rakyat berpendapatan rendah dan bukan membeli undi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan