SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 5 Disember 2012

Siri Jelajah DS Anwar ke Kedah & Perlis 6 & 7 Dis 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah & Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat
Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah & Perlis - 6 & 7 Disember 2012 

6 Disember 2012 (Khamis) - Kedah

1) 5.00 ptg – Dewan Karturaja, Paya Besar (DUN – Lunas, P- Padang Serai)
2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Taman Angsana, Kulim 
3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana (P- Kulim Bandar Baharu)
Lokasi: Dewan Masyarakat Tionghua, Serdang, 
4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Padang Serai)
Lokasi: Padang Taman Kuchai, Paya Besar, Lunas 
5) Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Datuk Saifuddin Nasution
iii. YB Datuk Fakhrol Radzi Zawawi
iv. YBhg Datuk Wan Salleh Wan Isa
v. YBhg N Surendran 
vi. YB Hee Loy Siang
vii. YB Chang Li Kang
viii. YB Husin Yaakob 

7 Disember 2012 (Jumaat) – Perlis & Kedah

1) 2.00 ptg – Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan (DUN Chuping)
Lokasi: Rumah Asri Che Abdullah, A64 Blok 5, Felda Chuping, Perlis. 
2) 4.00 ptg – Ceramah di Pusat Khidmat Kor Chu Liang, Repoh, Kangar
(DUN-Sena, P- Kangar)
3) 8.00 mlm – Ceramah -Bilik Gerakan PKR DUN Pedu, Pekan Naka, Kedah
4) 8.30 – 12.00 mlm – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH

Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

5) Barisan Pemidato:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
iii. YB Lim Kit Siang
iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Kedah
v. Pimpinan NGO 

Selasa, 4 Disember 2012

Apa ??? Astaghfirullahalazim Betul Ker ??? (Aqidah Nya ???)


Kenangan Mengusik Jiwa : Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thagavelu tentang 'Najib Amal Agama Hindu'

Terbitan semula SD PI Bala : Dakwa Najib amal agama Hindu?
Setelah kita menerbitkan semula Akuan Bersumpah (SD) PI Balasubramaniam (asal/pertama) yang mengaitkan Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan beberapa anggota keselamatan pengiring Najib, terdapat satu lagi SD yang diikrarkan oleh Thagarajah a/l Thangavelu yang dibuat pada 22 Ogos 2008.

Di dalam Akuan Bersumpah berkenaan, Thagarajah mendakwa Najib mengamalkan ajaran agama Hindu. Perkara ini pernah ditulis oleh blogger Raja Petra Kamarudin "Najib: Muslim by birth, Hindu by practice".

Berikut disiarkan semula Akuan Bersumpah berkenaan untuk makluman kita bersama.

Terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu (Kredit terjemahan: Mat Saman Kati)

Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-

Saya bekerja sebagai pemandu.

Kenneth Eswaran
Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.

Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.

Melalui Datuk Kenneth Eswaran (gambar), Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji ke rumah Datuk Seri Najib.

Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara di rumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa di mana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu di mana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut agama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan di atas daun pisang.

Api sembahyang akan dinyalakan di dalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk di tengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka daripada kerja-kerja kejahatan.

Seperti yang saya katakan, semua bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya ke rumah Datuk Seri Najib, baik di Jalan Duta atau pun di kediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain di dalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir pada setiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.

Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji ke pekarangan tempat mengundi di Ijok di mana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.

Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal di dalam ataupun pekarangan tempat mengundi di Permatang Pauh.

Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh di dalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.

Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka daripada perkara-perkara jahat. Pada satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.

Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub di dalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.

Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033)

Bercakap Seperti Burung Kakak Tua, Tak Tau Apa Maksud Yang Disebut



Cakap soal akidah... diri dan keluarga sendiri pun hancus dan hampehhhh... hahahaha...!!!!
Waktu bergemanya soal Akidah dalam video tu... Azan Maghrib pun berkumandang, telah masuk waktu Solat Maghrib... tapi lembu2 akidah nih masih melalak... hahahaha... 
"Yakin dan percayalah hanya UMNO yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, hanya UMNO yang mampu bela untung nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain, katakan pada jiwa kita hidup dan matiku hanyalah untuk Islam, pertahankan Umno kerana UMNOlah pertahankan Islam," - Berita Hairan

Hanya umno yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam...???? hahahaha....
Hanya umno yang mampu bela untung nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain...??? adoiiiyaaiii... (saham Bumiputera RM52 billion lesap sampai la ni takda jawapan dalam Parlimen)
Pertahankan umno kerana ,UMNOlah pertahankan Islam...??? ini lawak bangang ke apa...???? Chua Soi Lek tolong bagi fatwa kat umno, diorang tak paham laaa...????

1 undi untuk bn... maksudnya 1 rakyat menanggung hutang negara yang dibuat oleh bn selama ini sebanyak RM17,000 setiap individu termasuklah bayi yang baru lahir.
1 undi untuk bn... maksudnya merelakan bn/umno bermaharajalela songlap/selewengkan duit rakyat.
1 undi untuk bn... maksudnya merelakan bn/umno mengadai negara kepada bangsa asing.
1 undi untuk bn... maksudnya... lu orang carilah jawapannya sendiri kerana lu orang sendiri pun dah tau... betapa jijiknya bn/umno selama ini.... (tak larat nak menaip isu/kes kebejatan umno... banyak sangat beb...)  

Ada sesiapa tak dari kalangan umat bangsat umno yang boleh bagi bukti dan fakta apa yang Najib Tun Razak ucapkan itu adakah BENAR atau AUTA...????

Tolong jawapkan pada gua persoalan yang gua merahkan tuuu... hehehehe...

Bapak Bercakap Pasal Islam Tapi anak Terdedah-Dedah


Di dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, ada orang tu berucap dengan begitu semangat sekali. Beliau telah berucap dengan membaca beberapa potong ayat Quran, misalnya ayat:

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

Beliau juga berkata PAS tidak mampu melaksana Islam dalam kerangka Pakatan Rakyat kerana PAS adalah parti yang terkecil. 

Hakikatnya, keseluruhan pimpinan PAS telah membuktikan dengan melaksanakan Islam di dalam diri dan keluarga mereka.

Hatta, Anwar Ibrahim sendiri anak2 beliau memakai tudung dan menjaga solat kesemuanya. 
Namun, adakah si pengucap itu sendiri berjaya melaksana Islam di dalam keluarga beliau sendiri.

Di bawah adalah salah satu gambar anak perempuan beliau. Dengan anak yang memakai terdedah-dedah sebegini pemimpin UMNO tersebut masih boleh bercakap pasal Islam.





Nasihat Tulang Besi adalah sepatutnya beliau melaksana Islam di dalam keluarga beliau terlebih dahulu sebelum menegur PAS ataupun Pakatan Rakyat.

TULANG BESI

Isnin, 3 Disember 2012

Datuk Abdul Rahman Maidin Masuk PAS ?


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk menghempas benteng lama sehingga pecah.

Ujarnya, biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh dan membina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan, saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih, dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua semalam.

Beliau berkata, sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunannya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatannya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti," katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw.(harakahdaily)

Jelas Dan Nyata Kebodohan Fathul Bari..



Assalamualaikum,, Dalam banyak banyak pembohong di PAU, nampaknya ulamak muda UMNO yang bernama Fathul Bari telah menunjukkan satu imej yang mengelirukan samaada dia benar benar seorang ulamak atau ular "mak" atau ular dalam semak(dalam bahasa urdu mak bermaksudnya air).Ucapan pembahasan usul agama dan pendidikan, Fathul Bari yang menonjolkan imej seorang ulamak kepada perwakilan UMNO mengulas doa kehancuran dan dakwaan(kononya) UMNO murtad oleh TGNA.

Pertamanya, apakah bahasan Fathul Bari ini boleh dikelaskan sebagai usul agama dan pendidikan?Kalau benar ianya usul agama dan pendidikan kenapa nak tunjukkan kesilapan pihak pembangkag sedangkan isu utama ugama dan pendidikan ialah isu hudud dan hukum ALLAH serta kemungkaran yang berleluasan sekarang ini.Keduanya, Fathul Bari ni bodoh ke apa?

Kelihatan bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari kerana mengolah semula panduan ugama bagi menunjukkan doa kehancuran oleh adik TGNA itu tidak ikut cara Islam.Bodoh kerana doa yang menjadi hak ALLAH bagi memutuskan samaada dimakbulkan atau ditolak sedangkan peraturan hidup berkerajaan yang diamalkan UMNO hampir semuanya menyimpang dari cara ISLAM.Memang bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari menuding jari kepada seorang yang juga berilmu seperti Nik Razi sabagai salah sewenang wenangnya dan di hadapan perwakilan yang bersorak mendengarnya.Bodoh kerana hujah yang diberi terlalu loose dan jauh menyimpang dari panduan berdoa yang diajar oleh baginda Nabi tetapi Fahtul Bari menggunakan Nabi untuk mengatakan doa itu tidak ikut cara Islam.Walaupun Fathul Bari cuba membawa kisah kezaliman yang pernah dialami baginda Nabi tetapi Fathul Bari tidak membawa dalil secara seluruhnya.

Fathul Bari kelihatan bodoh kerana mendakwa mendoakan UMNO adalah secara umum sedangkan doa orang yang dizalim itu mestilah khusus dengan menyebut nama namanya.Sedangkan secara logiknya sahaja sudah difahami bahawa UMNO itu bukan umum tetapi khusus untuk orang orang yang berada dalam jemaahnya.Kalau begitulah jadahnya, tak perlu berdoalan untuk kehancuran yahudi kerana yahudi itu juga umum.Bukankah ada doa khusus yang diajar oleh Nabi dan sering dibaca dalam khutbah jumaat mengenai perkara ini?Tidakkah ianya sama dengan doa kehancuran UMNO?

Tetapi Fathul Bari enggan mengakui UMNO itu zalim, di mana dakwanya kesediaan Najib meminta maaf dengan rakyat sudah menunjukkan keikhlasannya.Sekali lagi Fathtul Bari kelihatan bodoh dan mahu seluruh rakyat jadi bodoh macam dia.Apakah dengan maaf itu sudah mencukupi untuk memilih Najib dan UMNO semula untuk memerintah negara sedangkan tidak kedengaran satu perkataanpun dari mulut Najib dan Fathul Bari sendiri bahawa UMNO berjanji akan melaksanakan hukum ALLAH dan menghapuskan segala kemungkaran selepas Najib meminta maaf.Orang kampungpun faham bahawa permohonan maaf Najib itu perlu diikuti oleh sikap gentlemannya untuk berundur dan memberi laluan kepada pihak yang bersedia memikul amanah ALLAH untuk mentadbir negara.

Fathul Bari terlalu memuji Najib sedangkan sudah sah dari sudut definasinya sahaja Najib itu zalim.Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya itu zalim, jadi bila Najib kata hudud tidak akan dilaksanakan, sudah sah dia zalim.Oleh itu Fathul Bari kelihatan bodoh bagi orang berilmu tarafnya untuk membela Najib.

Fathul Bari juga semakin menyerlahkan sikap bodohnya apabila mencadangkan lima perkara untuk berdepan fitnah pembangkang ia itu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.Bodohnya Fathul Bari kerana tidak melihat yang menabur fitnah itu UMNO bukan pembangkang yang setiap kali mengemukakan dakwaan lengkap dengan fakta dan hujah sedangkan UMNO hanya memainkan perkataan fitnah pembangkang sahaja.Budaya UMNO ini nampaknya turut dikongsi oleh Fathul Bari yang bertaraf ulamak,ulamak bodoh!

Cadangan Fathul Bari itu langsung tidak ada dalam panduan yang ditinggalkan oleh Nabi yang awalnya cuba diikuti oleh Fathul Bari dalam soal doa kehancuran, atau ditulis oleh para ulamak besar silam atau dari mana mana ayat quran.Yang ada hanyalah seruan supaya menjauhi orang orang yang zalim, malah imam Ghazali turut mengingatkan kita supaya tidak bertemu dengan pemimpin yang zalim apatah lagi mahu bersubahat dan membela mereka.

Inilah kebodohan Fathul Bari aka salafiah yang tidak salaf

-tranungkite-

Ayoh Kita Datang Beramai-Ramai

PROGRAM “SYARAHAN BALING – BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING 1974 DAN MENYAMBUT HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA”

Tarikh : 10 Disember 2012(Isnin)
Tempat : Auditorium Dewan Sivik MBPJ,
Jalan Yong Shook Lin, 46675, Petaling Jaya, Selangor
Masa : 8.00 PM –11.15 PM

Hubungi yang berikut untuk sebarang pertanyaan : -
Sdr. Rozan Azen Mat Rasip 012 657 7878 (Pengarah Program)
Sdr. Mohamad Ali Ibrahim Khan 017 255 0040 (Koordinator)
Sdri. Sabrina Ab Rahim 019 397 4298 (Koordinator)
Sdri. Aznida Hamidun 013 721 2246 (Koordinator)


SYARAHAN BALING BERSEMPENA MEMPERINGATI DEMONSTRASI BALING 1974 DAN MENYAMBUT HARI HAK ASASI MANUSIA SEDUNIA

Aturcara

8.00 mlm : Ketibaan tetamu dan para hadirin hadirat

8.20 mlm : Tayangan Fillem Pendek & Dokumen: Gambar Kenangan Demontrasi Baling

8.30 mlm : Deklamasi Sajak & DEKON Peristiwa: Demonstrasi Baling (Dinsman)

8.45 mlm : Ucapan Pembukaan Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Malaysia)

9.00 mlm : Forum & Soal Jawab bersama Prof Gurdial Singh, Kamarazaman Yaakob, Syed Hamid Ali (aktivis utama kebangkitan rayat Demonstrasi Baling)

10.00 mlm : Sesi Senator Dr Syed Husin Ali (Aktivis Demonstrasi Baling & Tahanan ISA 1974- 
1980) memberi syarahan signifikan memperingati Demonstrasi Baling & memperkenalkan DS Anwar Ibrahim sbg Pensyarah Utama Syarahan Baling

10.20 mlm : Bermula Syarahan Utama : Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)

11.00 mlm : Pelancaran Monograf Syarahan BALING.

11.15 mlm : Majlis Tamat

Petunjuk Kehancuran


Gambaq paling lawak minggu neh...

Salam semua...

Tak tau la tang mana Mak Long hang dapat gambaq neh...

Dia la yang punya mau nih, Mak Long hang suruh jugak-jugak Pak Long boh gambaq yang kononnya lawak sangat bagi dia... Dia punya gelak guling-guling, dari dapoq sampai ke serambi lepaih tengok gambaq nie... tak tau tang mana yang lawaknya... hangpa tengok lawak ka bila Nepal dah boleh join perhimpunan agung Umno...

Patut pun Pak Long tengok ramai dah Nepal la nie, ramai jugak depa yang meniaga... tak kurang yang jadi jaga... Memang pandai sungguh depa jaga, habih serba mak neneknya sampai kat anak dara bangsa kita pun depa pakat-pakat jaga... haha...

Patut la Nepal pakat mai buat ramai, rupa-rupanya depa nak tubuh UNNO... UnitedNepal Nasionalis Organization.

Wassalam...

"Anak Kecil Main Api,Tanah Dipijak Milik Pemimpin Umno"


BATU PAHAT 3 NOV: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor semalam..

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.

Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia Barat


Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia



Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."



Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.



Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.



Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

'Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..' (Asy-Syura: 7)

Kata 'Ummul Qura' berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'ibu' memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit


Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, 'Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.' (Ar-Rahman: 33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata 'qutr' yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka'bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)

sumber cekdeh.com

Bukti Umno Penghianat Islam


Bukti umno hipokrit dalam memperjuangkan islam. Ketuanya sendiri memperlekehkan Hukum Allah (Hudud) dan mengejek Nabi.

Umno hanya memperjuangkan melayu semata-mata, adakah melayu itu ada tertulis dalam Quran ?
yang beria-ia sangat memperjuangkan melayu ?

Apakah melayu itu lebih baik dan ;abih mulia dari islam?

Lebih muliakah Mantan PM ini dari  Nabi Muhammad SAW ?, sehingga dia berani menghina Nabi Muhammad SAW ?dan ulamak umno tidak berani menegur apa yang dialakukan oleh mantan PM itu ?

Tapi jika ada orang lain yang menyinggung islam orang umno palat ini yang beria-ia mempertahankan islam konon nya. Baik ulamaknya,pemimpin-pemimpin umno nya,blogger's nya hinggalah ke pecacainya.

Tunjuk alim tentang islam konon tai bila berdepan Situa tu telor semua masuk dalam, ada antaranya  yang menyokong lak lagi hujah si mantan Pm tu.....termasuk lah orang yang paling alim dalam kerajaan umno tu....

Kalau blogger-bloggernya pula ada yang bahlol bukan main lagi sehinggakan TGHA solat jenazah atas kubur pun di kata....hai bongngoknyaaaaaa. !!!

Agungkan lagi umno tu, jangan-jangan solat jenazah pun tak reti tak orang umno nih .....

Kelebihan menghina islam dan Nabi Muhammad SAW, dan menghina orang lain memfitnah pemimpin dan ahli umno lah juaranya dulu kini dan selamanya.

Rembatan Paling Berharga !!!! (RM26 Bilion)

 Deepak Jaikishan yakin, walaupun 
ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (KUALA inneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.

Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.

Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.

Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.

Tiada Rumah Mampu Milik Dibina Kerajaan P.P ?



KL: PERHIMPUNAN Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak, kata penulis artikel dalam Harakah hari ini, iaitu, Zairil Khir Johari.

"Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui 'pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah' ".. 

Menurutnya, Rahim juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Menurut Zairil, Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

"Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya.

"Tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar Geoge Town." Jelas Zairil.


Justeru, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung.

"Datuk Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh Umno sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan Umno negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar.

"Tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dalam erti kata lain, dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

"Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?" Tanya Zairil lagi.

Jadi, hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran Umno-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata.

Perkara ini disokong oleh editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim...
  
 Ibnu Hasyim (kiri) semasa berforum 'Forum Intelektual Nusantara'bersama-sama Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith, USM, dan wakil Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) PKR.di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

"Saya difahamkan, dasar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk menghapuskan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama.

"Agenda tersebut, akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013. Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

"Maka, jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri. Apakah hal itu bertentangan dengan kehendak agama Islam? Bahkan hal-hal seperti itulah yang diperjungkan olah Khaifah Islam, Umar Abdul Aziz, khalifah zuhud zaman Bani Umaiyah." Kata Dr Mohd Hasyim yang juga bekas pimpinan PAS Pulau Pinang dan YDP PAS Baik Pulau satu ketika dulu. (IH)

Antara Puji, Ampu Dan Janji


2 DIS — Saya tertarik dengan ulasan pembahas Rosiah Ismail dalam posting “Gurindam Seloka Cemburu Buta” yang, antara lain berbunyi:
“…ada yang berpantun seloka baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar... ini la ragam PWTC dato… tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu... yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong... aku tidak cemburu sekadar menulis apa yang nampak... aku nampak pinggang kerengga aku nampak peha putih…wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke...Terima kasih dato... saya hanya pekerja kilang@kuli batak...”
Sebelum itu, saya mohon maaf kerana lama tidak membuat tampalan baru dan lambat menyiarkan komen pembahas. Sebagai separa pesara yang tidak lagi relevan dalam kerangka utama kehidupan di Tanah Melayu, saya menjadikan hujung tahun sebagai waktu melawat anak cucu yang menatap atau belajar di luar negara. Istilah separa perasa itu bermaksud sudah mencapai atau melebihi umur bersara tetapi terpaksa terus bekerja kerana tidak ada pencen.
Dengan izin, saya ingin secara ringkas mengulas komen pembahas Rosiah Ismail seperti berikut:
1. “baru seminit sedih mengalir air mata sekilat rasa sudah berubah ketawa besar...ini la ragam PWTC dato.” Kata pun persidangan. Tak kiralah persidangan parti atau badan mana, pasti bukan semua pembahas dan perwakilan serius, dan bukan semua hujah yang dibentangkan betul dan tepat. Lagipun, pembahas utama dilantik oleh ibu pejabat dan perhubungan negeri, dan isi kandungan ucapan mereka dipandu oleh parti.
2. “tak ada pembahas yang boleh membahaskan secara serius berkenaan ekonomi orang melayu.” Sebabnya ramai yang tak tahu. Manakala sedikit yang tahu tidak mahu mengaku. Yang berani berterus terang mungkin tidak ada can dipilih calon PRU.
3. Ekonomi Melayu hari ini jauh lebih baik daripada sebelum merdeka atau sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sudah lama berubah daripada ekonomi agraria cukup makan (subsistence farming) kepada ekonomi mata wang (monetary economy). Sebilangan orang Melayu berjaya memasuki kelas menengah (middle class) dan segelintir kelas atas (upper class).
Tetapi, kalau dibandingkan dengan orang Cina dan India secara keseluruhan, Melayu (dan Bumiputera lain) tertinggal jauh di belakang.
Malah, sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98, jurang pendapatan antara Melayu kaya dengan Melayu miskin dan antara orang Melayu dengan Cina dan India, yang diukur menggunakan pekali gini (gini coefficient), semakin melebar. Hari ini, jurang antara orang kaya dengan miskin di Malaysia hampir sama buruk dengan negara-negara Afrika dan Amerika Latin.
Kalau globalisasi, level playing field (padang permainan yang sama rata) dan meritokrasi diamalkan secara literal, ekonomi orang Melayu akan menjadi lebih buruk kerana ketidakmampuan mereka bersaing akibat kekurangan modal, kelemahan penguasaan bahasa perdagangan dan pilih kasih kaum dalam pasaran buruh swasta.
Tetapi yang paling mengancam ialah sikap orang Melayu yang tidak positif dan kurang keyakinan diri. Saya harap, rujukan pembahas Rosiah kepada “saya hanya pekerja kilang@kuli batak” bukan mencerminkan sikap rendah diri dan kurang keyakinan beliau.
Kita akan jadi kuli kalau mentaliti kita mentaliti kuli. Kita masuk kerja sebagai buruh dan pencen sebagai buruh kalau sikap kita negatif, malas berusaha, tidak bangga dengan pekerjaan dan tidak belajar untuk menjadi pekerja yang profesional dan cekap. Melayu akan jadi kuli dan hamba walaupun dia doktor atau jurutera kalau mentalitinya mentaliti kuli dan hamba.
4. “yang kelihatan jelas dan terang ialah memuji A memuji B terangkat ponggong.” Puji memuji adalah sebahagian daripada politik dan kelangsungan, lebih-lebih lagilah dalam politik untuk hidup, untuk selamat dan untuk senang-lenang. Puji memuji, mengangkat mengampu adalah budaya negatif dalam politik negara kita, khasnya politik Melayu. Pendirian saya, kita tidak perlu memuji pemimpin apabila mereka membuat kebaikan atau bekerja dengan betul kerana kita memang mengundi mereka untuk membuat kebaikan dan bekerja dengan betul. tetapi kita wajib beri tahu dan kritik kalau mereka buat kesilapan kerana kita tidak mengundi mereka untuk buat kesilapan dan keburukan.
5. “wooooo tak tahu nak cerita agak2 tahun depan ada lagi ke?” Selagi kita mengamalkan demokrasi pilihan raya (electoral democracy), selagi itulah retorik akan menjadi sajian. Terpulanglah kepada kita memakan atau menolak gula dan madu yang dihidangkan. Tetapi ingatlah pesanan nenek moyang kita “mati semut kerana gula.”
Bekas ahli politik Inggeris, Kenneth Robert Livingstone menulis sebuah buku berjudul “If Voting Changed Anything, They’d Abolish It” (kalau pilihan raya mengubah sesuatu, mereka tentu telah menghapuskannya.) Betul juga, kalau pilihan raya menghasilkan sebuah pemerintahan yang unggul (perfect), mengapa perlu kita mengadakan pilihan raya lagi. Malangnya, pilihan raya dan kerajaan adalah ciptaan manusia. Ia tidak lengkap seratus peratus. Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Bangkit Lah Wahai Melayu Pulau Pinang.

Dalam keadaan seperti yang disebut oleh sesaorang yang tidak mahu di kenali seperti (anonymous)di bawah ini, bagaimanakah melayu (umno) nak menawan semula Pulau Pinang ?

( Ada lagi ka melayu dalam UMNO kat Pulau Pinang? Setahu saya, UMNO Pulau Pinang dah jadi "United Mamak & Naina Organisation". Depa ni la yang dok jual melayu.. Perkasa Pulau Pinang pun kaum kerabat ni jugak. Jadi, apa perjuangan depa ni untuk bangsa melayu? Kedai nasi kandaq makin bertambah ada la... )

Baca pula yang Ini bertambah lagi bencinya dan hancurnya hati orang melayu terhadap mamak yang mengaku melayu, sebaliknya mereka ini yang menguris dan melukai hati melayu.

Sudah tiba masa kita semua tolak mamak-mamak ini, kerana mereka dari dulu lagi memperalatkan melayu sama ada untuk mencari rezeki atau untuk berkuasa. Cuba bayangkan kalau mamak saha cuma berapa orang, jadi mereka gunakan nama melayu untuk mendapatkan sokongan melayu yang boleh memastikan kejayaan mereka menguasai dan memperolihi kuasa.

Wahai melayu-melayu Pulau Pinang cuba lah sadar bahawa kita selama ini tertipu oleh kelunakan suara mamak, mulai sekarang kita tolak mamak-mamak ini.

Cukup lah sudah sekian lama kita di jajah takkan kita nak dijajah lagi......penjajahan pemikiran itu lebih dahsat lagi dari penjajahan fizikal.....