SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 3 Mei 2013

Jangan Sampai Jadi Seperti Zaman Jahiliah



“…Kita sedia maklum terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjid al Haram serta kemustajaban berdoa di hadapan Ka’bah. Tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Ka’bah kerana bimbing ianya menyamai perbuatan masyarakat arab jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib (dengan anak panah) di depan Ka’bah…”

“Kenapakah perlu bersumpah di depan Ka’bah? Adakah semata-mata untuk mempergunakan sentiment orang melayu Islam yang terlalu cepat ta’jub dengan kisah-kisah mistik Ka’bah. Umpamanya kecenderungan beberapa majalah memaparkan kisah mistik di Ka’bah seperti  “Pendosa yang tidak dapat melihat Ka’bah”. Jika benarlah kisah-kisah seumpama itu, maka sudah tentulah Abu Jahal dan Abu Sufiyyan lah orang-orang pertama yang gagal melihat ka’bah disebabkan kekufuran dan kefasikan mereka…”

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDDIN, MANTAN MUFTI PERLIS.

Betul Ke Buat Kereta Dari Anyaman Rotan??


Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Semasa masuk di kotanya, kereta ini banyak mengundang perhatian sesiapa
 yang melintas. 

JOM KREATIF
OJO Obaniyi (40), seorang warga Nigeria memodifikasi kendaraan 
keretanya dengan lapisan anyaman rotan.
Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Kereta Ojo Obaniyi yang dimodifikasi dengan anyaman rotan di parkir di depan
 sebuah kios pengrajin rotan di Ibadan, Nigeria (10/1). 
Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Bagian seluruh Interiornya terlihat dilapisi anyaman rotan. 
Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Obaniyi semasa memandu keretanya yang dimodifikasi anyaman rotan. 
Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
 Ojo Obaniyi membuat penutup pelek mobilnya dari bahan anyaman rotan.

Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Ojo Obaniyi, saat melepisi kursi jok dengan anyaman rotan. 
Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Seorang wanita terlihat melirik mobil rotan saat melintas di depan sebuah
 kios pengrajin rotan di Ibadan, Nigeria (10/1)

Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Ojo Obaniyi masa berkeliling di kotanya Ibadan di Nigeria. Lihat, 
ia memberi jenama sendiri, yang ditulis pada bahagian depan dan 
belakang keretanya. 

Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria memodifikasi kendaraannya dengan lapisan anyaman rotan.
Ojo Obaniyi, berhenti isi minykdi stesyen minyak di Kota Ibadan, Nigeria (10/1 

Perbezaan Umno/B-End Dengan Pakatan Rakyat


# Apakah perkara pertama sekali yg mula2 diseru Nabi Muhammad setelah baginda dilantik Allah sbg Rasul-Nya..? 

# Apakah pemimpin Muslim yg ada benar2 mempraktikkan seruan Islam ini...?

Seruan Islam :

1. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dia Tuhan yg Satu. Pencipta segala yg di langit dan di bumi. Sembahlah Tuhan yg Satu. jgn menyembah benda2 yg dicipta manusia. Aqal yg rasional harus digunakan bukan disisihkan. Aqal adalah anugerah.

2. Akuilah bhw Nabi Muhammad itu adalah hamba Allah dan Nabi-Nya. Dan baginda diperintahkan Allah utk membimbing manusia agar mrk beroleh kejayaan dunia dan akhirat... 

3. Bahawa semua manusia di sisi Tuhan itu adalah sama tarafnya, tak kira warna kulit maupun kaum. orang kaya sama taraf dgn yg miskin. sultan sama taraf dgn org biasa. Majikan sama taraf dgn pekerja. semuanya sama taraf di sisi Tuhan. 

manusia yg memiliki taraf tinggi di sisi Tuhan, hanyalah mrk yg bertaqwa (menjauhi dosa), berbuat amal kebaikan, dan berakhlak mulia. 

4. Muslim itu bersaudara. oleh itu mrk harus saling berkasih sayang dan tolong-menolong. bukan menjaga kepentingan diri saja.

5. Bahawa yang kuat harus tolong yg lemah. yg kaya harus tolong yg miskin. Orang miskin memiliki hak utuk menerima sebagian harta dari orang yg kaya. monopoli tidak dibenarkn, share kekayaan hanya dgn kroni adalah dilarang. Rasuah dilarang. Segala kezaliman terhadap kaum yg lemah spt kanak2, wanita, orang tua, adalah dilarang.

inilah antara intipati utama dalam ajaran Islam... yg menitik berat keadilan dan kebajikan buat semua... 

Islam itu Indah.

-nw-

ini pula foto utk buat perbandingan . orang yg menggunakan aqal pasti boleh menilai...

Petikan Surat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Betul La Tu Artis Kalau Tak Menangkan Najib Nak Cari Makan Cana, Rezeki Artis Umno / B-End Yang Bagi Kan




Khabarnya Najib sanggup membayar antara RM5000 ke RM10,000 
pada setiap artis untuk membantu kempen rumah ke rumah sekitar 
parlimen Pekan sepanjang musim pilihanraya ni. 
Ternyata Najib pun turut goyang kali ni. 

Jarang dia berbelanja besar dengan menggunakan artis. 
Di sini salah satu banner yang dipasang di sekitar pekan Nenasi 
dalam dun Bebar Parlimen Pekan.

Kalau kalah umno/B-end bermakna indastri pefileman
dan mizik Malaysia akan hancur.
Bila indastri kedua-dua itu hancur sapa yang nak jaga
kebajikan artis-artis tu ? Kerana rezeki mereka 
di tangan Najib (umno/B-end)

#tweetupGE13 “A New Malaysia Rises: Confident Young Malaysians”


Satu #tweetup santai akan diadakan untuk mengupas isu-isu yang dekat dengan soal keyakinan orang muda pelbagai kaum dalam Malaysia Baru selepas PRU13, contohnya:
1) Bolehkah generasi baru Melayu/Bumiputra bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam sistem yang memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan, bukan lagi berasaskan kaum?
2) Bagaimana bentuk masyarakat dan hubungan kaum dipupuk sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13?
3) Apa aspirasi orang muda pelbagai kaum dalam sebuah Malaysia Baru yang dibina selepas perkembangan politik PRU13?
Maklumat mengenai #tweetup santai tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 1 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 4 petang
Tempat : Pandan Perdana Lake Club

(GPS dan maklumat lanjut disertakan bersama).
Program #tweetup adalah terbuka kepada semua.
confidentyoungmsians
I am organising an informal #tweetup to articulate nation-building issues that are pertinent especially to the younger generation, for example:
1) How confident are the young Malays that they are able to compete in a new Malaysia which prioritises government programs by needs, not by race?
2) What kind of harmony can Pakatan Rakyat forge between various groups in a new Malaysia?
3) What are the aspirations and wishes of young Malaysians in a post-GE13 new Malaysia?
Details of the #tweetup are as follows:
Date : 1 May 2013 (Wednesday)
Time : 4 pm
Venue : Pandan Perdana Lake Club

(GPS coordinates & further details are attached).
The #tweetup is open to all.
 

1MDB Pindah RM7 Bilion Wang Rakyat Ke Akaun Sulit


KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.
Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.
Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.
1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.
Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.
Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.
Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.
Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.
Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

Seorang Saksi Yang Tidak Boleh Di Percaya (Memalukan Diri Sendiri)


Apa nak jadi dengan orang seperti ini  ????
Sekejap konfirasi politik sekejab betul
Orang semacam ini tak boleh di pegang percakapannya
sama ada ia benar atau tidak semuanya tidak boleh percaya

Tidak berani bertanggong jawab dengan apa yang dilafaskan
dah buat road shaw kesana sini hujung-hujung pusing
pengakuan. Tapi itu semua hak beliau, nak cakap apa
cuma sebagai seorang yang sudah dewasa
ia tak sepatutnya berlaku.

Orang tak mengharapkan dia mereka-reka cerita
tapi orang mengharapkan kebenaran
sekarang sudah tibul satu macam tekanan pula 
menjadiakan semua berubah. Bermakna apa sahaja
kata-kata dia sudah tidak boleh di terima sebagai 
percakapan boleh dipercaya.

Angkara anak bapa tergadai maruah.....
Kerana pulut santan jadi perasa.....
kerana mulut badan tak lagi dipercaya....

Entahlah semuanya antara ko dengan Allah 
hanya Allah yang maha mengetahui.....

Sebagai manusia biasa aku sudah hilang percaya
dengan apa yang ko perkatakan selama ini
dan jika adalagi percakapan dan kenyataan 
yang keluar dari mulut ko selepas ini itu semua 
aku tak percaya .


Tarik balik pengakuan, bapa Saiful Bukhari terima tekanan keluarga, Umno


KUALA LUMPUR 2 MEI: Tekanan yang berterusan daripada anggota keluarga dan Umno menyebabkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menarik balik kenyataan beliau sebelum ini, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
bapak-Saiful
“Beliau (Azlan) beberapa kali menghubungi saya dan mengatakan beliau dalam keadaan yang amat tertekan dengan tekanan keluarga dan pihak tertentu, iaitu Umno,” kata Johari kepada Keadilan Daily.
Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengesahkan bahawa kes Fitnah II adalah hasil konspirasi peringkat tertinggi Umno.
Azlan turut mendedahkan bahawa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab termasuk pegawai Datuk Seri Najib Razak, Khairil Anas Jusoh.
Bagaimanapun, semalam Azlan sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa kes Fitnah II benar-benar berlaku.
“Selepas jelajah untuk menerangkan kepada orang ramai tentang konspirasi yang dikatakannya berakhir, kami beberapa kali berhubung dan dia menceritakan bagaimana dia menerima tekanan,” sambung Johari.
Menurut calon Parlimen Sungai Petani itu, keluarga tunang kepada Saiful merupakan penyokong tegar Umno dan sering mengugut untuk memutuskan pertunangan sekiranya Azlan masih terus membuat pendedahan.
“Kemudian, ada pula salah seorang ahli keluarga mereka meninggal dunia, dan Azlan seperti dipersalahkan atas kejadian itu. Sebagai bapa beliau merasa serba salah.
“Azlan bagaimanapun tidak menceritakan dengan terperinci tekanan bagaimana yang beliau terima dari Umno,” katanya.
Tambah Johari, beliau beberapa kali menasihatkan Azlan agar menguatkan semangat dan teruskan dengan pendirian.
“Tapi dia memang tak kuat, di usia beliau 60 tahun, beliau tidak ada kekuatan untuk mempertahankan keputusannya.
“Saya yakin muslihat Umno menjelang tiga hari membuang undi tidak akan berkesan. Rakyat tahu menilai apa punca di sebalik kenyataan Azlan itu. Beliau cuma dipergunakan untuk tujuan pilihan raya,” kata Johari lagi.
Untuk baca pengakuan penuh Azlan pada 8 Mac lalu, KLIK SINI

Luahan Angota Tentera Kepada DSAI Dan Mengharap Kemenangan PR


Kuala Lumpur - by @tiewnama
tentera mengundi Pakatan Rakyat atau dengan kata lebih manisnya adalah ABCD atau
Asal Bukan Cap Dacing, beliau telah menghantar pesanan kepada kami bahawa beliau sebagai
tentera di raja malaysia, amat berharap  bersama rakan rakannya agar Anwar Ibrahim 
mendapat mandat dari rakyat sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA yang baru,

tujuan itu di luahkan dalam gambar di bawah ini yang mana majoriti tentera memang sedang 
menunggu seorang PM yang dapat membebaskan tentera dari cengkaman pemerintah
yang zalim dan LANUN Barisan Nasional


RM 145,000.00 Derma Rakyat Pelabuhan Klang Untuk Perjuangan Pakatan Rakyat


mb makan malam batu nilam tiga 02
PELABUHAN KLANG 2 MEI : Majlis makan malam bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Tinggi di sini semalam, berjaya mengumpulkan kira-kira RM 90,000 daripada orang tempatan yang berkerumun untuk mendengar amanat Menteri Besar Selangor itu.
Manakala penyandang parlimen Lembah Pantai Nurrul Izzah Anwar berjaya mengutip RM 55,000 dalam satu derma kilat di makan malam itu di Batu Nilam Tiga.
Jumlah derma tersebut dikutip daripada penjualan tiket untuk 300 meja makan malam dengan kapasiti 10 orang semeja. Setiap peserta dicaj RM 30.
Tinjauan di lokasi acara tersebut mendapati semua meja habis dibeli dan diduduki pengunjung. Jualan meja bagi majlis itu dijalankan kumpulan sukarelawan yang pergi terus dari rumah ke rumah penduduk di situ.
mb makan malam batu nilam tiga 01Mereka yang hadir tetapi tidak sempat membeli tiket dilihat duduk di sekililing khemah bagi mendengar ceramah daripada enam pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Abdul Khalid.
Sambutan hebat daripada masyarakat tempatan menyangkal dakwaan bahawa pencalonan beliau di DUN Pelabuhan Klang tidak mendapat sokongan.
Selain berkeyakinan PR akan kekal mentadbir Selangor buat kali kedua, bekas ADUN Ijok itu yakin PR berpeluang cerah ke Putrajaya untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).
“Pada 5 Mei ini kita (PR) dijangka menang di peringkat Parlimen dengan sekurang-kurangnya 115 kerusi.
“Mari kita bekerjasama untuk itu,” kata Abdul Khalid sambil disambut dengan sorakan oleh hadirin.
mb makan malam batu nilam tiga 04Menurutnya, sokongan ditunjukkan rakyat membuktikan PR berjaya mentadbir Selangor dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Ini kalilah…Ini kalilah…Ini kalilah! Kita berusaha bersama. Bila kita menyambut kemenangan ini, rakyat akan menyambutnya. Rakyat Klang menyambutnya kerana mereka berhak mendapatkannya,” ujarnya lagi.
Penceramah lain yang hadir adalah penyandang DUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim; penyandang Parlimem Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago; penyandang DUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan calon DUN Kota Alam Shah, V Ganabati Rao.
Derma kilat turut dibuat bagi membantu Nurul Izzah yang berhadapan saingan getir daripada seorang menteri bagi mengekalkan Parlimen Lembah Pantai.
Nurul Izzah Calon BN, Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin yang merupakan Menteri Willayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
mb makan malam batu nilam tiga 03Sokongan ditunjukkan rakyat jelas tergambar apabila dalam masa kira-kira 30 minit sebanyak RM 55,000 dikutip khas untuk Nurul Izzah.
Provokasi dilakukan penyokong BN yang datang menaiki beberapa buah kereta bagi menganggu majlis itu ternyata gagal disebabkan hadirin tidak mempedulikan tindakan mereka.

Khamis, 2 Mei 2013

Isyarat Rakyat Bakri Sebagai Sokongan Kepada Pakatan Rakyat



Gelombang kebangkitan rakyat seluruh negara turut melanda di Bakri. 
Hari ini berlangsungnya satu rapat umum rakyat Bakri turut dihadiri 
oleh Lim Guan Eng bersama-sama calon Pakatan Rakyat di Muar, 
4 hari sebelum menjelang hari pengundian.

Lim Guan Eng bersama calon-calon Pakatan Rakyat, 
calon DAP Parlimen Bakri Er Teck Hwa, 
calon PAS Dun Sg Abong Dr Hj Sheikh Ibrahim Salleh dan 
calon PKR Parlimen Muar Sdr Nor Hizwan Ahmad.

Kehadiran puluhan ribu rakyat memberi isyarat 
yang jelas bahawa ini adalah satu referendum menolak BN di P.145 Bakri.

Ini kali lah!. TUKAR!.



Video Wajib Tunton, Jiwa Kental Dan Keikhlasan Seorang Pemimpin Tulin



...tetapi pastikan anda mengundi Pakatan Rakyat agar tiada lagi rakyat atau pemimpin menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh DSAI selama ini!


TUMBANGKAN BN & UMNO 
DEMI KEADILAN SEMUA!

Khalid Ibrahim dihalang masuk Pelabuhan Miri, dipercayai arahan Taib Mahmud


SARAWAK 2 MEI: Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut pagi tadi.
MB-Khalid-29130502
Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat di pelabuhan tersebut.
Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut.
Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi.
“Masa kami semua sampai di pintu utama, lima ‘pengawal’ berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami.
“Kami tanya pada polis mengapa tidak benarkan kami masuk. Mereka beri alasan kerana tidak buat temu janji terlebih dahulu,” katanya.
Mengulas sekatan tersebut, Kiong menyifatkan kejadian yang memalukan itu sekaligus menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat.
“Ini semua kerja Taib Mahmud…Beliau sengaja beri arahan supaya halang kemasukan kami,” katanya.
Sebelum ini, pada Mac 2011, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa antara pemimpin Pakatan yang dihalang memasuki Sarawak. Pihak Imigresen yang menahan beliau hanya memberi alasan sekadar mengikut arahan dikeluarkan pejabat Ketua Menteri.

Anwar selar penahanan blogger Milo Suam bawah OSA


PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan blogger Milo Suam yang dipercayai mendedahkan kepincangan undi pos polis.
milo-suam-selar
Menurut Anwar, blogger Milo Suam yang mempunyai pengaruh besar dan pembaca berjumlah ratusan ribu kini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) selama tiga hari.
“Jangan tangkap pemberi maklumat. Persoalannya, apa jaminan polis akan kendali dan pastikan pilihan raya bebas dan adil?” kata Anwar menjawab soalan pemberita.
Tambahnya, blog Milo Suam sebelum ini mendedahkan kepincangan dalam proses pengundian pos polis yang menerima kertas undi sehari lebih awal.
“Ini adalah intimidasi politik untuk menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara sebenar,” tambah Anwar.
Justeru, blog tersebut yang dikendali secara peribadi tidak dapat lagi menyampaikan maklumat dan pendedahan secara efektif.
“Kita ada saksi. Laporan telah dibuat. Sekarang ada kelemahan besar. Sepatutnya polis tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang korup tanpa melaksanakan pilihan raya bebas dan adil,” tegas Anwar.
Ironinya, blogger pro Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam dan kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.