SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 3 April 2014

Aktivis Irene Fernandez meninggal dunia

malaysia_fernandezKUALA LUMPUR 31 Mac : Aktivis veteran, Irene Fernandez meninggal dunia hari ini kerana sakit jantung pada umur 67 tahun.
Fernandez dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.58 pagi hari ini lapor The Malaysian Insider.

Pengasas badan bukan kerajaan Tenaganita itu dimasukkan ke Hospital Serdang selepas mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Dengan penuh kesedihan saya berkongsi berita sedih tentang kematian Irene Fernandez. Beliau merupakan pejuang keadilan untuk rakyat Malaysia dan bukan warganegara,” tulis peguam hak asasi manusia Andrew Khoo.

Esscom serah kes culik pada polis


Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki  di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Kota Kinabalu, hari ini.

- Bernama 

Tak perlu IPCMC, kata k'jaan pada PBB


Kerajaan sekali lagi mempertahankan tindakannya untuk tidak menubuhkan  Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kali ini sebagai jawapan kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam reaksi kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia berkata, Malaysia sudah pun menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada 2009.

Menurut kerajaan lagi, dalam laporan minggu lepas, dijalankan juga bengkel untuk memastikan agensi kerajaan peka terhadap hak asasi manusia.

“Agensi berkaitan kerajaan dan Suhakam menjalankan seminar, bengkel, latihan dan program untuk mempromosi kesedaran dan pendidikan berkaitan hak asasi kepada pegawai polis dan agensi penguatkuasaan lain.

“Malaysia mempunyai komitmen untuk mempertahan mekanisme berkesan bagi memastikan siasatan bebas terhadap dakwaan salah laku pegawai kerajaan, termasuk pegawai penguatkuasaan undang-undang,” menurutnya.

Kerajaan juga berkata mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditubuhkan pada 2008 untuk menangani isu rasuah dalam pasukan polis.

Perkara ini antara respon terhadap Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia  PBB.

Pelancong China Diculik Lelaki Bersenjata Di Sabah



Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Ini Lah Foto Yang Paling Misterius Sampai Saat Ini

Foto - ya , mungkin yang ada dalam pikiran kamu adalah sebuah dokumentasi sebuah acara, atau hal hal yang perlu di abadikan menggunakan kamera dalam bentuk Foto. dan kamu tentunya sudah pernah memotret sesuatu entah itu barang - barang , memotret teman, atau memotret diri kamu sendiri.

Namun di dunia ini ternyata ada beberapa foto yang misterius yang pernah terpotret oleh sebuah kamera.  ingin tau foto tersebut seperti apa ?

Black Knight Satellite


foto Black Knight Satellite adalah salah satu foto dari hasil observasi yang dihasilkan oleh satelit buatan manusia pertama di tahun 1960.
ditemukan benda langit misterius yang melintas di sekitar orbit. Sejak kemunculannya, beberapa pengamatan menyebutkan bahwa satelit ini kadang menampakkan diri selama jangka waktu tertentu. Hingga kini masih belum didapat keterangan lebih lanjut tentang satelit misterius ini

Hessdalen lights


Hessdalen lights adalah fenomena unik yang muncul di bukit Hessdalen, Norwegia. Fenomena alam ini sudah muncul sejak tahun 1940. Di tahun 1984,Hessdalen lights  ini muncul lebih sering yaitu sekitar 15 hingga 20 kali dalam satu minggu. Sejak saat itu, frekuensi kemunculan Hessdalen lights membuat para turis tertarik untuk menginap di bukit ini. Namun, saat ini frekuensi kemunculan cahaya Hessdalen semakin menurun mulai dari 10-20 kali per tahun. 

Monster Laut di Hook Island


Hook Island adalah pulau tidak berpenghuni di kawasan Queensland, Australia. Pulau ini sejak dulu memang hampir tidak berpenghuni. DI tahun 1960an, pria  yang bernama Robert Le Serrec memotret foto seekor makhluk besar mirip ikan raksasa yang berada di sekitar Hook Island. Foto ini pertama kali diedarkan pada tahun 1965. namun sebagian besar orang tidak mempercayai foto ini

Benjolan di Planet Mars


Di tahun 2004, sebuah alat pengeksplorasi planet Mars , Opprtunity mendeteksi banyaknya benjolan di permukaan planet Mars yang berbentuk mirip blueberry. Namun pada tahun 2012, didapatkan gambar yang membuat para pengamat astronomi terperangah. Benjolan-benjolan ini diduga merupakan pertanda bahwa di masa lalu planet Mars ini pernah diselubungi oleh air dalam jumlah yang lumayan banyak.

Foto Astronot Di Belakang Anak Kecil


Pada 23 Mei 1964, Jim Templeton mengambil  foto anak perempuannya yang masih berusia lima tahun, ketika mereka sedang dalam perjalanan di Burgh Marsh. Secara mengejutkan, dalam salah satu foto tersebut tampak seorang pria mengenakan pakaian astronot berdiri di belakang anak perempuan Jim. Padahal saat itu, Jim sangat yakin bahwa saat ia mengambil gambar tersebut, tidak ada sosok astronot seperti yang muncul dalam foto tersebut.

Foto Penampakan Pyramid Di Bulan


Apollo 17 mengambil gambar dengan batuan Geophone Rock ketika pemberangkatan terakhirnya ke bulan. Dalam foto tersebut tidak tampak sesuatu apapun yang menarik perhatian . Bahkan foto tersebut diberi indeks 'blank' dalam arsip dokumentasi Apollo 17. Namun ketika setting pencahayaan diubah, foto tersebut menampakkan sosok yang mirip bentuk piramid.Mungkinkah ada piramid di bulan? Hingga saat ini belum ada keterangan pasti mengenai fenomena Geophone Rock tersebut.

- See more at: http://www.mbaeh.biz/2013/09/ini-lah-foto-yang-paling-misterius.html#sthash.MxRE1m4z.dpuf

Kapal Selam Tentera Laut Diraja Britain Sertai Operasi di Lautan Hindi, SCORPENE?????


[AA] KUALA LUMPUR: Kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kapal selam itu akan disertai oleh sebuah kapal peninjau, HMS Echo yang akan membantu usaha mengesan kemungkinan serpihan yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat itu di permukaan laut.

Pengiriman HMS Tireless dan HMS Echo itu dimaklumkan oleh Setiausaha Pertahanan UK, Philip Hammond kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa.

"Ini adalah sumbangan daripada sahabat Malaysia yang sangat dihargai bukan saja oleh kita tetapi juga negara-negara lain yang menyertai operasi mencari MH370," katanya seperti dipetik oleh Bernama di Honolulu.

Hishammuddin berada di Hawaii untuk menghadiri Forum Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat yang digelar oleh Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel.

Sementara itu, Hishammuddin melalui akaun Twitternya merakamkan rasa gembira dengan bantuan itu dan berkata Malaysia "tidak akan melupakannya sampai bila-bila."

So pleased 2 see UK onboard - We will never forget! “@HCSFeatherstone: H2O We are pleased 2 b contributing 2 d international search effort.”— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O)April 2, 2014

Selain kerahan aset, UK juga mengirimkan bantuan kepakaran daripada beberapa jabatan kerajaan untuk membantu usaha merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

Empat pegawai tentera udaranya yang sedang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja New Zealand juga terlibat aktif dalam operasi carian itu.

Sementara itu, penganalisis percaya Tentera Laut Amerika Syarikat juga mungkin sudah mengirimkan kapal selamnya tetapi seperti lazimnya, ia tidak mengumumkan pergerakan kapal selamnya itu.

"Nilai sebuah kapal selam ialah pada kemampuannya untuk (bergerak dengan) senyap dan tidak dikesan," kata Eric Wertheim, penganalisis dengan Institut Tentera Laut Amerika Syarikat seperti dipetik oleh majalah Foreign Policy.

Seperti kapal selam Britain, kapal selam Amerika juga boleh membantu mengimbas kawasan perairan di selatan Lautan Hindi untuk mengesan pesawat yang hilang itu. Sejauh mana ia boleh turun ke dasar laut

Pegawai kanan tentera laut Amerika yang dihubungi oleh majalah itu juga enggan menjelaskan apakah Amerika perlu mengirimkan kelengkapan tambahan dan berkata, bantuan setakat ini adalah memadai.

HMS Tireless merupakan sebahagian daripada armada kapal selam kelas Trafalgar yang dijana oleh kuasa nuklear. Ia direka untuk memburu kapal selam musuh semasa era Perang Dingin. Kapal selam ini membawa 18 anak kapal. - 2/4/14


P/s: Scorpene dilaporkan mampu membuat misi SAR dan hal ini dimaklumkan oleh kerajaan suatu ketika dahulu. Selain itu, video promo tentang Scorpene juga ada menyatakan fungsi Scorpene untuk terlibat dalan SAR.

Dr Asri: Cari MH370, ‘Alangkah indahnya jika negara punyai kapal selam boleh berfungsi’

[Selangorku] SHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.

Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.

“Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.

Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia. - Mohd Ezli Mashut/2/4/14

Mak Janda-Mak Janda !!


[SH] DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.

Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. - 4/1/14

Cincin elak tidur berdengkur


Cincin elak tidur berdengkur- 

Cincin itu menggunakan prinsip dari amalan perubatan Cina, mereka berpendapat, cincin yang perlu dipakai pada jari kelengking itu  boleh mengawal dengkuran melalui titik tekanan saraf.
Penciptanya, Michael Carter Smith berkata, Good Night Ring berfungsi dengan dua bonggol di dalam cincin itu akan menekan titik saraf yang mengalami gangguan.
“Bagi yang kuat berdengkur, mereka boleh memakai cincin ini di setiap jari kelengking. Tetapi pesakit yang mengalami masalah apnea perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu,” katanya. 

Menurutnya, titik tekanan pada jari tersebut akan menghubungkan rangsangan pada beberapa organ berbeza melalui laluan meridian.



Suami Seperti Binatang Paksa Isteri Hisap Syabu, Layan Nafsu Lima Lelaki


Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang. 

Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga. 

RUMAH yang dijadikan tempat lelaki melacurkan isteri sendiri. 

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran. 

Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya. -Shahrul Nizam Mohamad/2/4/14

Rabu, 2 April 2014

Tian Chua kata mungkin tarik diri


Naib presiden PKR Tian Chua berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri dari pertandingan enam penjuru untuk merebut jawatan timbalan presiden parti.

Katanya, beliau mungkin hanya mempertimbangkan jawatan setiausaha agung parti demi menjaga persahabatan dengan salah seorang pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution.

Katanya, beliau akan berbincang dengan pimpinan tertinggi dan dengan setiausaha agung parti itu demi menguatkan lagi barisan kepimpinan parti.

"Keputusan akan dibuat satu dua hari lagi. Saya nak jaga persahabatan dengan Saifuddin,” katanya.

Tian turut membayangkan bahawa beberapa calon lain yang merebut jawatan tersebut juga akan menarik diri selepas rundingan tersebut.

"Untuk memastikan kurangnya persaingan dan menambah peluang kemenangan, lebih baik bertanding sebagai satu pasukan.

"Kita boleh memegang peranan berbeza dalam parti bagi memastikan apa yang kita mahu dapat dicapai bersama," katanya.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Ambil kira pengalaman, pengaruh

Menurut Tian beliau menawarkan diri untuk jawatan timbalan presiden semasa proses pencalonan tersebut dengan mengambil kira pengalaman dan pengaruhnya dalam parti.

Katanya, beliau mampu menjadi perantara di antara kelompok pengasas parti – digelar sebagai golongan reformasi – dan juga para pemimpin yang menyertai PKR kemudian.

"Dalam barisan pimpinan sekarang, saya dan presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berada dalam jawatankuasa parti pertama (1999) di antara semua yg bertanding.

“Saya berterusan dalam kepimpinan parti. Jadi boleh dikatakan paling kanan di antara semua calon (Timbalan dan naib presiden)," kata beliau yang pernah menjadi ketua penerangan dan pengarah strategi parti itu.

MP Batu itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat untuk parti sekalipun tidak memenangi apa juga jawatan.

"Jika saya kalah (pemilihan) tidak bermakna saya tidak boleh berkhidmat untuk parti. Saya hanya perlu menyesuaikan diri dalam peranan lain dan terus berkhidmat untuk parti," kata beliau.
 

Ahli Parlimen PAS bidas Ridhuan Tee: Allah sendiri berselawat kepada Rasulullah



Selawat “berlebihan” ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad tidak akan menenggelamkan keagungan Allah, malah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS itu, selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sahaja satu perbuatan yang dianjurkan kepada umat Islam, malah Allah dan para malaikat turut berselawat kepada penghulu segala nabi itu.

“Allah sendiri berselawat pada nabi. Semasa solat Jumaat dibacakan ayat Al-Quran, ‘sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi’

“Itu bermakna selawat, bukan sahaja manusia, tetapi Allah dan malaikat sendiri (juga berselawat),” katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen semalam.

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian semalam tidak bersetuju dengan majlis selawat perdana yang terlalu “berlebihan” memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.

Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.

Katanya, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap “pemujaan” terhadap Nabi Muhammad.

"Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak.

"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.

Hanipa yang juga merupakan seorang peguam menyifatkan selawat ke atas Nabi Muhammad tidak perlu dipersoalkan sama ada ia melebihi daripada memuji Tuhan.

“Tak timbul apabila orang memuji Nabi Muhammad lebih daripada memuji Tuhan,” katanya.

Menerusi artikel sama, Ridhuan menggesa umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu sebagai tunjang kepada agama Islam.

"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.

"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruh-Nya iaitu baginda Rasulullah," katanya.

Baru-baru ini, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.

Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah. – 1 April, 2014.

Selasa, 1 April 2014

Lelaki Ceraikan Isteri Kerana Terlalu Gemuk, Ganggu Hubungan Seks

[HM] Dubai: Seorang lelaki memfailkan cerai terhadap isterinya yang didakwa terlalu gemuk sehingga mengganggu hubungan seks antara mereka. 

Dalam tuntutannya, lelaki itu mendakwa isterinya yang seberat 115 kilogram mengalami pelbagai penyakit sejak berat badannya bertambah sehingga menyebabkan dia tidak boleh mengadakan hubungan seks apabila wanita itu sering sakit. 

Sementara itu, sumber Mahkamah Dubai memberitahu Gulf News bahawa wanita itu sebenarnya yang memfailkan saman berkenaan, malah memfailkan permohonan awal bulan ini. 

Dalam tuntutannya, wanita itu mendakwa diabaikan suaminya yang juga dikatakan gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami. 

Ini menyebabkan suaminya membalas tuntutan berkenaan selepas terkejut dan marah dengan perbuatan isterinya itu selain gagal mencapai kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik. 

Suami berkenaan mendakwa isterinya punca masalah antara mereka. 

“Dia tidur hampir sepanjang masa, malah sering bangun pada waktu tengah hari. 

“Seharian dihabiskan menonton televisyen manakala saya dan anak tidak dipedulikan langsung. Dia semakin mementingkan diri sendiri dan sering marah-marah sehingga saya sukar intim dengannya. 

“Saya terpaksa membuat temujanji jika mahu mengadakan seks dengannya. - Agensi/31/3/14