SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 29 Disember 2012

200 Lagi Peneroka Bakal Saman Felda


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini mengumumkan kira-kira 200 peneroka akan menyaman agensi itu bulan hadapan.
Peneroka itu menurut Mazlan, adalah dari gugusan Felda Kerteh, Dungun dan akan memfailkan saman bagi menuntut Felda mengembalikan wang caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 seorang, seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.
“Peguam kami sedang merangka proses untuk memfailkan saman tersebut,” kata Mazlan.
Menurutnya, kes saman itu adalah yang pertama dari gugusan Felda di Terengganu dan dijangkakan beberapa gugusan Felda lain akan turut menyaman Felda berhubung isu yang sama.
“Kita telah mengadakan pertemuan dengan Felda supaya membayar balik wang tersebut tetapi mereka mungkir janji. Saya yakin, peneroka akan menang dalam kes ini berdasarkan beberapa keputusan mahkamah yang lalu,” katanya.
Menurutnya lagi, berdasarkan keputusan mahkamah terbaru di Pahang dan Negeri Sembilan, mahkamah memberi kemenangan kepada pihak peneroka dan mereka dibayar sebanyak RM30,000 setiap seorang.
Beberapa saman terhadap Felda sebelum ini telah dimenangi oleh peneroka termasuk di Kelantan dan Negeri Sembilan.

RM 20 Nilai Bagi Seorang Remaja Untuk Tugasan Maki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman


KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

Sekalai Lagi Demonterasi Oren Tidak Dapat Sambutan


Kuala Lumpur - @PRsupporter
#TumbangBN adalah perkataan yang cukup membuatkan pemimpin pemimpin
Barisan Nasional fobia dengannya, Demonstrasi oren selamatkan felda yang berlaku selepas solat jumaat di hadapan ibu pejabat felda di kuala lumpur jalan gurney telah di hadiri hanya dalam 20 orang saja.

menurut sumber kehadiran yang tidak ramai ini bagi menyatakan 
bantahan terhadap pengerusi felda iaitu isa samad yang telah menyelamat Najib Razak dalam kes khalwat di n.9 dahulu yang telah mengapur harta harta felda sehingga saham felda jatuhmenjunam ke paras terendah.

saksikan gambar gambar sekitar demontrasi aman oren siang tadi berserta juga videodi bawah.. saksikan.









Jika anda adalah salah seorang anak muda atau rakyat malaysia yang mahukan 
perubahan! sila masuk di fanpages facebook kami dan 
sila like di http://on.fb.me/Yp8rBf

Jumaat, 28 Disember 2012

Tak Takut Langsung Ke Anwar Ni Dengan Ceramah-Ceramah Mereka ?.........

seperti kilat menyambar tiang 
di tengah padang pasir ketika hujan lebat, 
dentumannya seakan menggegar seluruh dunia yang ada di sekelilingnya.

hari ini ceramah presiden perkasa iaitu ibrahim ali 
di hulu langat telah di sertai oleh beribu ribu  manusia 
dan di anggarkan melebihi kehadiran peserta demonstrasi 
bersih 3.0 april lalu.

saksi di tempat kejadian memberitahu, ceramah ini adalah ceramah terbesar yang di hadiri hampir 50 ribu rakyat bagi mendengar 
sendiri amanat dari ibrahim ali yang mahu menyertai umno,

dalam amanat ibrahim ali ini, 
ibrahim ali telah menolak Pakatan Rakyat 
dan menyuruh rakyat yang berjumlah puluhan ribu 
yang hadir itu supaya berjihad untuk membeli 
surat khabar utusan malaysia dan membeli berita harian kerana media ini adalah berita yang telus mulus dan kudus. katanya.

50 ribu rakyat hadir dalam siri jelajah PERKASA di Hulu Langat 
dengan Kehadiran Ibrahim Ali.
30 ribu rakyat hadir dalam siri jelajah Lokman Adam 
untuk membawa Umno maju semula
25 ribu rakyat hadir dalam sesi ceramah bongkar rahsia PR 
oleh pemimpin UMNO


20 ribu rakyat hadir dalam ceramah Hassan Ali mengenai 
Akidah UMNO.
hanya 50 orang saja hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak!

Apa Kata ILMU Dalam Soal Ini ?

Harap Tan Sri Harussani dapat kelender 2013 ini
begitu juga dengan Pengerusi Ilmu ustaz FBMJ
Kita Nak Lihat Apakah tindakan Mereka.

Hah orang melayu Umno tak nampak lagi ker ?
Orang melayu sama ada Umno atau bukan
nak tuggu apa lagi, sudah terang lagi bersuluh.
Pastikan ABU / B-End .

Hassan Ali, Ibrahim Ali,Zulkifli Nordin
puak-puak ni lagi tak boleh pakai punya gang.
Lupakan mereka , kerana mereka takkan nampak perkara 
besar seperti ini, kerana mata mereka sudah 
tertutup oleh keduniaan . 

Akidah tu cakap-cakap politik sahaja, 
untuk menaikkan nama semula.

Dr PHD Jadi Nelayan Darat


Hassan Ali ni ngigau ke sewel?

Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat.

Hasan, yang pernah menjadi exco agama kerajaan negeri Selangor, berkata penjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlaku di kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripada kebaikan.

Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit.

"Malahan kita juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya kepada pemberita semalam.

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, pendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat Haji Hadi hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini.

Katanya, amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam.

Dr Hasan berkata, beliau amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam, perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza./Bernama

Bukan tak sedar atau tak perasan tetapi itu lah dia orang bijak bersilang kata, Dulu sokong sekarang ikut bekas musuh gasak bekas bos. Ini lah dia nelayan diatas darat suka menanguk diair keruh .

*Dulu masa dalam PAS selalu jumpa, duduk makan dan minum semeja dengan Presiden PAS kenapa tak minta penjelasan dan suruh dia bertaubat. Sekarang buat- buat terperanjat pula.- kerengga

Khamis, 27 Disember 2012

Dedahkan rekod panggilan telefon Deepak dengan Najib-Rosmah


KUALA LUMPUR 27 DISEMBER: Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.
“Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.
Muka depan Suara Keadilan edisi 97 mendedahkan, Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.
Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.
Justeru, Mahfuz mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.
“Saya hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab. Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara,” katanya.

Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari



http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/12/Halimad-Ali-Flip-Flop-01.jpg


SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas.


Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.


Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa.


Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus.


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas.


Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan.


Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y.


Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi.


Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri.


Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings.

ApaKah Umno Itu Pejuang Islam ? (Umno Hanya Parti Sekular Beb )


Sesekali tengok buntut sendiri syeikh!!!
Jangan sibuk tengok buntut orang
Ingat akhirat syeikh!!!


[SH] SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

“Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

“Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.

Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.

“Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.

Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

“Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

“Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto

PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

“Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

P/s:  Orang yang waras pertimbangan politiknya tahu bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama UMNO ini hanya strategi politik untuk mempengaruhi ahli atau penyokong Pas. Umumnya tahu UMNO selama ini tidak berminat untuk melaksanakan hudud atau agenda negara Islam yang lain, malah pemimpinnya secara terang-terangan memperlekeh dan menghina hudud dan negara Islam. Lebih menyedihkan parti komponen BN sendiri menghina hudud dan memperlekeh agenda negara Islam tanpa dibantah oleh UMNO.

Ulama UMNO yang kononnya begitu prihatin terhadap agenda Islam membela Chua Soi Lek yang menghina hudud dan Islam. Orang UMNO seharusnya bertanya kepada ustaz muda ini tentang sebab dia membela penghina hudud dan Islam, tidak meminta UMNO mengangkat Islam seperti yang dilakukan oleh PAS, tidak meminta UMNO menjalankan hudud dan agenda negara Islam yang bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini.

Baca di sinidi sini  untuk cerita lanjut.

KEADILAN Selar Serangan Gereja Di Nigeria

KUALA LUMPUR 26 Dis: KEADILAN menyelar serangan ke atas gereja di Nigeria ketika sambutan perayaan Krismas oleh masyarakat Kristian di negara itu, semalam.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, serangan terbabit yang dilakukan kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Boko haram”, mencemar imej dan kesucian Islam.

“Perbuatan demikian terkutuk di sisi Islam, kerana jelas Al Quran menyebut bahawa rumah ibadat seperti gereja, kuil dan sebagainya tidak boleh dibinasakan kerana nama tuhan masih disebut di dalamnya.

“Perbuatan demikian mengundang persepsi negatif yang dihadapi dunia Islam di dunia barat, bahawa Islam menghalalkan ekstrimisme agama,”

“Pakatan Rakyat khasnya KEADILAN menyatakan rasa kesal yang amat sangat kepada perbuatan sedemikian,” tegas beliau kepada Keadilandaily.

Dalam perkembangan berkaitan, Pas turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas penganut Kristian dan gereja di Nigeria, kata pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas, Datuk Kamarudin Jaffar.

Menurutnya, Pas juga turut menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain semalam yang turut sama mengutuk serangan itu.

“Pas bersama masyarakat antarabangsa mengutuk keras serangan terhadap gereja Kristian tersebut.

“Kita juga menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang mengutuk serangan tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

Setiausaha Agung Majlis Islam Britain Murad Farooq, dalam kenyataannya berkata bahawa orang Islam yang beriman tidak boleh membiarkan serangan ke atas tempat-tempat ibadat penganut agama lain termasuk Kristian apatah lagi serangan itu berlaku pada perayaan yang paling penting bagi mereka.

Pada pagi Krismas lalu, dua gereja iaitu gereja St Teresa dan gereja Evangelical yang menagkibatkan sekurang-kurangnya 15 orang menjadi mangsa.

Kalimah Allah: Pakatan Adakan Mesyuarat khas – Anwar

KUALA LUMPUR 27 Dis: Satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu penggunaan kalimah Allah akan diatur segera demi menjaga kesepakatan dan sensitiviti agama, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan atur mesyuarat khas, segera untuk bincang isu itu. Saya yakin tidak ada konflik berhubung isu itu kerana kita tahu menghormati hak dan sensitiviti agama lain,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Kontroversi kalimah Allah muncul pada sambutan Hari Krismas lalu berikutan perutusan dan kenyataan susulan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, dimanipulasi media kawalan Umno.
“Pakatan akan mengambil pendirian bersama dalam isu ini,” kata Anwar ketika ditanya pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes saman fitnah terhadap Utusan.

Jangan Jadi Hamba Lelaki

Diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, 
berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), 
kepala mereka seperti bonggol unta 
(mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), 
mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya.” 
(Sahih Muslim).

Beginikah cara wanita berpakaian ?
Wanita yang gemar menunjuk-nunjuk kecantikannya dan susuk tubuhnya 
untuk menarik perhatian lelaki seterusnya menaikkan nafsu syahwatnya 
boleh dikatakan mereka ini juga hamba kepada lelaki.


Ada antara wanita seronok apabila mendapat perhatian daripada lelaki
sama ada daripada cara pakaian mereka atau kecantikan fizikal mereka.
Justeru mereka berlumba-lumba untuk mencantikkan diri tanpa menyedari perbuatan itu ditegah dalam agama.


Berbeza pula bagi wanita yang menjaga pakaiannya dan perwatakannya
dengan melabuhkan pakaian untuk menutup aurat dan menjaga kecantikan susuk tubuh daripada dilihat bukan muhrim seterusnya mereka ini bebas daripada menjadi hamba lelaki.


“Wanita sebegini, selalunya lebih menjaga tatasusila dan kesopanan" berlandaskan agama untuk mencantikkan penjagaan perwatakan mereka daripada menunjukkan kecantikan luaran.

“Mereka juga, jika ditenung atau dilihat, pasti tidak mendatangkan sebarang perasaan kepada lelaki. Segala keindahan dalaman atau susuk tubuh dilindungi oleh pakaian yang labuh dan menutup aurat dan hanya diketahui oleh suami atau mahramnya,”