SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 28 Mei 2013

Umno Bukan "Tuhan" Orang Melayu



MNO usah bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.


Gambaran kepada umum seolah-olah UMNO itu seperti “tuhan” yangmenganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati.

Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

“Setiap rakyat Malaysia bekerja keras demi meneruskan kehidupan, bagaimanapun, sikap bongkak UMNO menggambarkan kepada rakyat betapa kejinya permainan politik mereka berhadapan sindrom penafian akibat ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kenyataan itu adalah rentetan polemik “Apa lagi Cina mahu” yang dimainkan Utusan Malaysia sehingga saat ini seolah-olah ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa apa yang diperoleh Cina adalah hasil pemberian dan ehsan UMNO.

“Bayangkan jika demikian sikap UMNO kepada bangsa Cina, bagaimana pula sikap mereka kepada bangsa sendiri (Melayu)?

“Najib adalah hipokrit terulung daripada UMNO. Apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Suatu impian sebuah negara yang inklusif iaitu semua bangsa sebagai stakeholders yang sama taraf dalam sebuah negara hancur berkecai.

“BN mendapat 133 kerusi Parlimen tetapi kalah dalam undi popular. Ia disalahkan pula kepada “Tsunami Cina”. Adakah ini langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu daripada Melayu lain?” soalnya.

Datuk Mohd Ariff dalam temubual eksklusifnya dengan Roketkini.com sebelum ini juga pernah menyatakan bahawa apa yang ditunjukkan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang cukup untuk membuktikan bahawa DAP mengambil berat terhadap orang Melayu dan agama Islam.



“Ini pun sudah cukup sebagai bukti kukuh DAP tidak pinggirkan orang Melayu. UMNO boleh cakap apa saja pun,” katanya.-Roketkini.

Begini Lah Islam Bila Bila Tak Di Fahami Dan Tidak Di Imani

Tolong selamatkan wanita ini......kesiankan dia.....


Wanita Islam warga Pakistan ini akan menempa sejarah.

Mereka akan menjadi pasangan lesbian wanita Islam yang pertama yang akan berkahwin di United Kingdom secara pendaftaran sivil.

Mereka juga akan memohon suaka politik kerana bimbang nyawa mereka terancam sekembali ke Pakistan.

Rehana, 34 tahun dan 'kekasih'nya Sobia Kamar 29 nekad dengan keputusannya.

Selaku saudara se Islam kita patut sedih dan terharu dengan keputusan itu dan yang paling malang pemikirannya telah diresapi oleh kebebesan berfikir dan bertindak (Hak Asasi Manusia) seperti dalam kata-katanya selepas diberi nasihat oleh Pendaftar Perkahwinan yang lebih kurang bermaksud, "Negara (UK) ini memberi hak (memilih) dan ia merupakan satu keputusan serta tindakan yang terlalu personal kami ambil. Bukan urusan orang lain untuk masuk campur kehidupan personal kami."

Pasangan yang berasal dari Lahore dan Mirpur ini mula ber'kenalan' di Birmingham sebelum jatuh cinta......cinta songsang.....cinta yang terlarang dalam Islam. { sumber .}

al-brangionline:

Ya Allah selamatkan pasangan ini dan seluruh zuriat umat Islam di dunia ini daripada bala ini. Campakkan hidayat kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

p/s Sebelum ini kita dikejutkan apabila seorang Islam keturunan Melayu dari Malaysia telah ber'kahwin' dengan seorang lelaki 'Mad Sale' seperti [DI SINI ]

PRU13 : Penasihat PM wajar dipecat- Daim

Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.
Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya.”
Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”
“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti,” kata beliau kemudian.
Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.
“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.
“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.
Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.
“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.
Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei.
BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.
Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana.
“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.
“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.
“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang,” kata Daim.
Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon.
“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu.
“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya.”

Kamera AES mula dikuatkuasa di Melaka?

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.
AES_jalan
Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.

“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Shamsul Iskandar
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.
AES Melaka
Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.

Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52703

PKR Dedah Laporan Polis Black-Out Masa Kira Undi



KUALA LUMPUR: PKR kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out).

“Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Semalam, katanya wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

Dengan kenyataan balas Noor Hanim Ismail itu, ujarnya Wan Ahmad wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata, Wan Ahmad mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

Jelasnya, pihak #siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

Laporan menyebut:

“Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik pulih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”

“Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran  Wan Ahmad yang mahu melihat laporan polis yang dibuat,” ujarnya.

Kini, kata Rafizi menjadi tanggungjawab Wan Ahmad untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.

Apa Kata Pengerusi SPR Berkenaan Perkara Ini ?

43 Pengundi Tidak Dikenali Di Daftarkan Di Enam (6) Rumah Di Parlimen Kuala Kedah


Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13. Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.

Di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu. Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan.

Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.

Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra.


kk1
kk2
kk3
kk4

kk5

Saya juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.

kualakedah10a1
kualakedah10a2

Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya. Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

Oleh yand demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya. Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini.

Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 MEI 2013 

Bila Melayu Berfikiran Matang Pemerintah Takdapat Menipu Mereka

Siaran langsung rtm1....seorang pemanggil penyokong tegar bn dari pahang mengajukan soalan panas...xsenang duduk ahli panel nya..lain tya lain jawap...tonton lah rakaman ini..caya lah brother suhaimi ni...



Berapa ramaikah orang umno yang berfikiran seperti brother suhaimi ni ?
Jika ramai lagi orang umno yang berfikiran seperti Suhaimi
nescaya pipinan negara berubah dan tentu lebih baik
melayu tidak akan tertipu lagi.

Isnin, 27 Mei 2013

Apa Lagikah Yang Di Kehendaki Oleh Pihak Kerajaan Terutama SPR ? Bukti Sudah Ada Siasat Lah

KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemuda di Kuantan semalam mendedahkan, beliau boleh mengundi dua kali biarpun sebelum ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal.
Mohd Fadhli Khaharruddin, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Kunatan
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali, maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya lagi pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
Ekoran dakwat kekal yang boleh tanggal dan terlalu mudah untuk melepasi setiap petugas untuk mengundi kali kedua itu, beliau membuat satu laporan polis.
Laporan polis itu katanya dibuat supaya tindakan beliau itu tidak ditafsir sebagai mempermainkan sistem pilihan raya.
Tindakan Mohd Fadhli ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa wujud ruang manipulasi yang mendorong kepada penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.
Sementara itu, Fuziah berkata, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Barisan Exco Selangor Angkat Sumpah Khamis Ini - Khalid

Abdul Khalid menjawab soalan pemberita ketika meninggalkan Istana Kayangan selepas menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam, Isnin. Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan majlis angkat sumpah jawatan exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan mengangkat sumpah pada Khamis, selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan terhadap senarai tersebut.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghadap Tuanku pada Isnin, dan kemudiannya memberitahu pemberita bahawa senarai exco itu telah dimuktamadkan.
"Majlis angkat sumpah untuk semua ahli exco yang terpilih akan diadakan Khamis ini pada pukul 9.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang," katanya.
Walau bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan nama-nama mereka yang dipilih untuk exco, ataupun komposisi parti bagi dalam barisan itu.
"Saya akan mengumumkan komposisi selepas saya telah memaklumkan kepada ketiga-tiga parti.
"Ia tidak adil kepada mereka jika saya mengumumkannya sekarang sebelum bercakap dengan mereka," katanya sambil menambah beliau akan bertemu pemimpin-pemimpin parti DAP, PAS dan PKR kemudian.
Khalid dilihat memasuki Istana Kayangan di sini pada pukul 10.15 pagi Isnin, dan meninggalkan istana sekitar pukul 11.30 pagi.
Dalam barisan exco sebelumnya, DAP dan PAS mempunyai tiga wakil manakala PKR mempunyai empat orang wakil.
PKR mempunyai tiga wakil pada masa ini, tetapi masih tidak diketahui jika DAP atau PAS akan mendapat kerusi Exco tambahan.
DAP telah mengumumkan dua wakil Exco, Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan).
Sumber : Baca di sini

Apa !! Jawatan PM Najib Tidak Sah ?


PETALING JAYA: Datuk Seri  Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.
Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.
Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.
Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.
Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.
Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.
Peguam Negara gagal
Ternyata Peguam Negara, tambahnya  bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.
“Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah “misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.
“Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.
“Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari,” katanya..
Bgaimanapun, berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka sejak 3 April 2009  boleh dicabar di mahkamah.
Mat Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada 3 April 2009.
“Sekiranya Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan.
“Sebaliknya, Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28.April .2013,” tambahnya lagi.
Menurut Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah.
Akibatnya, pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei lalu  sia-sia dan semua keputusannya adalah  tidak sah untuk digunapakai dalam membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain.
FMT/-

Ahad, 26 Mei 2013

Borang 13 Menunjukkan 424 Kertas Undi Yang Keluar , Borang 14 Pula 562 Kertas Undi -. Apa Jadi ?



PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.
Pengarah StrategiPKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye,Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.
Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.
ScreenHunter_02 May. 24 21.28
Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.
Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.
-malaysiakini

Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai

Datuk Seri Anwar berucap semasa Kongres ke-9 PKR, 25 Mei 2013. — Gambar oleh Saw Siow Feng
PETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.

“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.”

“Syarat kedua pilihan raya yang adil dan bebas termasuk akses kepada media, seperti dituntut Bersih, tapi tidak dipenuhi,” kata ketua umum PKR tersebut kepada wartawan sebaik berakhir Kongres Nasional Ke-9 disini, serta mendakwa penipuan pilihan raya telah terbukti.

“Dan ketiga, adalah kebergantungan semasa menerima syarat itu, pendirian kami adalah menerima keputusan tersebut,” tambah bekas timbalan perdana menteri lagi.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas laporan Wall Street Journal memetik Jusuf menuduh beliau memungkiri perjanjian damai dengan membantah keputusan pilihan raya tersebut.

Akhbar antarabangsa tersebut mengeluarkan wawancara dengan ketiga-tiga pihak mengesahkan kewujudan perjanjian damai itu, serta memetik Jusuf mendakwa telah menelefon Anwar sehari selepas pilihan raya 5 Mei lalu dan menggesa ketua pembangkang tersebut menghormati komitmen tersebut dan “melihat realiti”./~TMI

Pajak tanah rezab: Najib, Isa Samad bohong peneroka Felda

KUALA LUMPUR 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah berbohong dengan menyatakan tidak ada seinci tanah peneroka terlibat dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Rafizi menunjukkan surat perjanjian yang perlu ditandatangan peneroka dalam proses penyenaraian FGV.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.
Katanya, pembohongan itu dibuktikan pada lampiran perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani di antara Felda dan FGV bertarikh 1 November 2011.
“Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan KEADILAN selama ini bahawa semua tanah tidak bergeran di dalam penempatan Felda seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta. Sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda.
“Pendedahan ini juga jelas membuktikan (Datuk Seri) Najib dan Tan Sri Isa Samad berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV. BN telah memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang disenaraikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, Rafizi menggesa Najib memberi jaminan kepada peneroka supaya tanah mereka tidak akan tergadai suatu hari nanti.
“Apakah jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit yang didirikan di atas tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV?
“Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan kuasai oleh syarikat yang tidak dikuasai Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hak milik di tangan Melayu,” ujarnya.
Sebelum ini, Najib dilapor menegaskan tanah hak milik peneroka tidak terlibat dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Beliau berkata, hanya tanah-tanah kerajaan negeri yang akan terlibat dalam penyenaraian tersebut dan menolak dakwaan tanah peneroka akan tergadai.
Tambahnya, tanah-tanah kerajaan negeri yang terlibat adalah tanah yang diberi hak memajukan kepada Kerajaan Persekutuan seperti peruntukan dalam Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang selama ini diurus oleh Felda Plantations.

Sabtu, 25 Mei 2013

[Gambar] Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan Aman Black505 Amcorp Mall, Azmin Ali Turut Kelihatan di Sana


Sekitar pukul 7 malam.


Akhirnya, Azmin muncul di Black505.








P/s: Gambar-gambar di atas dimuat turun dari FB. Terima kasih kepada pemilik gambar. Semoga anda mengizinkan TM memuatnaikkan gambar-gambar tersebut di sini.