SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 10 Oktober 2013

Kayanya Umno Dapat Membantu Ahli-Ahli Nya Melalui Program Tekun

TEKUN hanya untuk ahli Umno......rakan sekutu dapat "KENTUT'?

Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. 
Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.


CEO dan Pengerusi TEKUN sendiri mengaku 'TEKUN' hanya untuk ahli Umno......dn kononnya terbuka jugak kepada bukan ahli......haha itu adalah ayat 'KENTUT' untuk menyedapkan hati rakyat.

Ah....tak kisahlah kalau ahli pembangkang tak dapat...macamana pulak dengan kaum kerabat rakan sekutu mereka?

Takkan semua orang MCA, MIC, GERAKAN dll kaya2 semua.....atau mereka ada program lain yang seakan2 'TEKUN'

al-brangionline:

Kalau tak dapat 'TEKUN'...dapat 'KENTUT' ajelah gamaknya.....huhu...
_____________________________________________________

Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno. "Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti. "Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.
"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.
Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.
Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.
"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.
Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.
"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.
"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya. – 7 Oktober, 2013.[theMalaysianInsider .]

P/S : Duit cukai dari orang yang bukan ahli Umno kena agih kat ahli umno je...... cilaka punya orang.....(pemimpin yg berkaitan)

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..
org pertama tulis bismillah ? ????? anak kalau tanya mampus nak jawab..so simpan nota nih....


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. .

Wallahualam bihaqiqati...

Sabtu, 5 Oktober 2013

Malaysia Mengadu Kepada PBB Berkaitan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

suaram PCA 1
SHAH ALAM 5 OKT :  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar memberikan perhatian bisu hak asasi manusia di Malaysia ekoran pindaan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai, berkata beliau menggesa Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon dan Pesuruhjaya Tertinggi Hak Asasi Manusia PBB, Madam Navanethem  Pillay untuk menilai isu pindaan PCA itu dalam laporan PBB berkenaan Malaysia.
Kata Nalini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memungkiri janji pilihan rayanya untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan memperkenalkan semula tahanan dalam bicara melalui pindaan PCA baru-baru ini.
“SUARAM prihatin terhadap isu hak asasi manusia di Malaysia yang kini dalam ancaman serius kerana kerajaan menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan sementara membenarkan penahanan tanpa bicara, mengabaikan kekejaman polis dan menjejaskan hak orang asli dan kumpulan minoriti,” kata Nalini.
Nalini berkata demikian dalam surat terbuka Suaram yang dihantar kepada Ban Ki Moon dan Madam Navanethem Pillay, dan disiarkan di laman Facebook Suaram.
Katanya, Suaram mengecam tindakan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan mendesak dunia antarabangsa agar memberikan tekanan kepada pentadbiran Najib Razak agar menghentikan sebarang tindakan pelanggaran hak asasi manusia.
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai kewajipan untuk memastikan demokrasi dan hak asasi manusia ditegakkan dan tidak menutup mata ketika menyokong retorik kosong pembaharuan kerajaan Najib Razak.
“Kerajaan Malaysia tidak boleh melepaskan diri dengan bermain di bibir dengan hak asasi manusia dan demokrasi dalam usaha untuk mengekalkan kedudukannya dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB,” kata Nalini.

Pemilik pangsapuri kos rendah layak terima diskaun 25 peratus

cukai MBSA copy
SHAH ALAM, 4 OKT : Pemilik pangsapuri kos rendah di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) layak menerima diskaun cukai taksiran 25 peratus.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan, berkata pemberian diskaun itu tertakluk kepada pemilik bermastautin atau mendiami sendiri petak/unit di sesebuah pangsapuri kos rendah berharga bawah RM42,000.
“Pemilik juga perlu mengemukakan hakmilik strata sebagai bukti dokumen pemilikan rumah mereka.
“Bagi pemilik tiada atau masih belum membuat pindah milik hakmilik strata, mereka boleh mengemukakan surat perjanjian jual beli sebagai bukti dokumen pemilikan rumah,” jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat pembentangan Belanjawan MBSA 2014.
Beliau berkata, pemilik boleh mendapat perakuan sah pemastautin daripada mana-mana Badan Pengurusan Bersama (Pengerusi/Setiausaha sahaja) atau Ahli Majlis.
Mohd Jaafar, berkata pemilik perlu membuat permohonan diskaun cukai taksiran pada setiap penggal kerana pemberian diskaun cukai taksiran tidak diperoleh secara automatik.
“Waris pemilik juga layak dapat pengurangan diskaun ini, sama ada pemilik masih hidup atau meninggal dunia,” katanya.
Untuk menyemak senarai pangsapuri layak memohon, pemilik boleh merujuk kepada Bahagian Pesuruhjaya Bangunan atau menghubungi di talian 03-5510513 sambungan 380 / 397 / 532 / 525.

Wah-Wah Nak sah Jawatan Pun Rai Di Bilik Hotel ? Dan Cari Kepuasan Di Hotel !!!

Polis dicekup bersama kekasih di hotel  
Pasangan yang ditahan penguat kuasa Jaij setelah didapati berdua-duaan di dalam bilik yang berkurung. 


BATU PAHAT: Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin. Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam. Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.
“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.
“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah,” katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.
“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalah berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.
"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. (SH)

    Diserbu ketika memadu asmara 
    Anggota Imigresen (tengah) menahan seorang warga tempatan dan seorang wanita yang dipercayai memberikan khidmat seks di sebuah hotel murah. 
      TELUK INTAN - Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota  Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi,  malam kelmarin.

      Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut. Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

      Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.

      "Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di  hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka  dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.
      “Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

      Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.

      Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.

      “Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.
      “Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini  ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya. (SH)

      Mat Sabu Berjaya Meminpin PAS , Buat Apa Lawan ?

      TIADA sebab Husam Musa mahu lawan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS di dalam Muktamar PAS nanti.  Itulah jawapan Husam Musa yang begitu popular khususnya di kalangan anak-anak muda yang mencintai reform.

      "Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak akan mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada muktamar ke-59 November ini.  Difahamkan Husam telah melepasi syarat pencalonan daripada dua kawasan untuk bertanding jawatan tersebut dan keputusannya bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan pada 21 Oktober ini.

      "Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat. "Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya.  Beliau menjawab soalan hadirin berhubung pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi (Malaysiakini).

      Ertikata lain, Husam Musa berpuas hati dengan peranan dan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh Mat Sabu selama ini di dalam PAS.  Di dalam PRU 13 yang lalu, PAS bersama PR telah memalukan Umno/Bn apabila Umno/Bn hanya perolehi 47% sahaja sokongan rakyat.  Jika tidak kerana kerjasama SPR dan beberapa agensi kerajaan lain, negara kita sekarang ini telah diperintah oleh PR, bukan Umno/Bn.  Bermakna, PAS telah membantu ke arah kejayaan ini, inilah di antara faktor yang mungkin difikirkan oleh Husam Musa untuk tidak menentang Mat Sabu.

      Pada pendapat saya, alasan itu memang terbaik buat Husam Musa untuk tidak melawan Mat Sabu.  Jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man mahu melawan Mat Sabu, mungkin beliau juga ada alasan untuk berbuat demikian dan kita patut menghormatinya,  Itulah hebatnya PAS.

      Khamis, 3 Oktober 2013

      Bila Menteri Bodoh Nak Bercakap , Nampak Sangat Dia Menipu

      SHAHIDAN KASSIM CUBA NAK TIPU RAKYAT YANG BERMAKLUMAT!!!



      Dah hilang perasaan malu 
      semata-mata kerana menurut nafsu membodek 
      Utk meraih jawatan lah tu 
      mmmmmmuah muah muah .. budaya org Umno 

      Kalau Shahidan Kassim ingat semua rakyat srupa macam ahli, penyokong dan pendokong UMNO .. Dia amat silap .. kalau dia nak tipu dan perdayakan semua ahli dan penyokong UMNO tiada siapa ambil kisah kerana mereka memang sudah pun cukup terkenal seantaro dunia suka kena tipu bulat-bulat... kalau tidak masakan Tun Dr Mahathir kata para pemimpin UMNO kini bodoh-bodoh belaka dan para penyokong dan pengikutnya lagi bodoh.


      Inilah jenis pemimpin yang jadi menteri bukan kerana kehebatan tetapi kebolehan yang luar biasa tanpa ada rasa malu sanggup mencium tangan Najib Razak.

      Laporan audit: PAS gesa demo ala-BERSIH


      NONEPAS mendesak satu himpunan seperti BERSIH diadakan bagi menuntut penyiasatan dan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung ketirisan seperti yang dilapor Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam.


      Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) berkata rakyat perlu terus memberi tekanan berhubung perkara itu sehingga kerajaan BN mengaku bahawa "mereka boros".

      "Media-media boleh terus mengorek ketirisan-ketirisan yang telah berlaku, tapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ketirisan ini, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan ketua audit negara.

      "Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya," katanya.

      Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat mempersoalkan mengapa tiada tindakan setiap kali laporan itu dibentangkan dan mempersoal transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

      "Ternyata laungan transformasi beliau hanya slogan kosong. Kita yakin selagi kerajaan BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan," katanya.

      Bidas Ahmad Maslan

      NONETuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang membidas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataannya bahawa laporan tersebut menunjukkan ketelusan pentadbiran negara.

      Dengan nada menyindir, pemimpin PAS itu mahu Ahmad menggunakan "kepintarannya" dengan menyifatkan ketirisan itu "menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya".




      "Di sini perlunya kerajaan BN untuk melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah ini sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan.

      "Ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya," katanya.

      Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata tidak adil kerajaan menyuruh rakyat membayar lebih RM0.20 untuk seliter untuk minyak sedangkan agensi kerajaan terus meneruskan kerja borosnya.

      Apa Kah Hukum Rawatan Mengunakan Jampi Mantera Dan Serapah

      Soalan
      Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Pant Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?
      MOHAMMAD BIN JUSOH
      Parit Jawa, Johor



      Jawapan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
      Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga ter­tunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu meng­ikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, meng­harapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membe­bankan pesakit.Amalan perubatan de­ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.
      Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se­bagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan.
      Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.
      Adapun menjampi seseo­rang itu dengan menggu­nakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diha­ruskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui makna­nya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang taf­siran yang boleh membawa syirik.
      Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.
      Saya sendiri sememang­nya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.

      Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhum­nya) : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al­-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)

      Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.
      Oleh itu maka ulama ber­sependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggu­nakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharus­kan, kadang-kadang digalak­kan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:
      Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Qur­an dan as-Sunnah atau ruq­yah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.
      Kedua, boleh mengguna­kan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percang­gahan dengan syarak.
      Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebe­narnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.
      Oleh itu saya suka menje­laskan, jika sudah ternyata al-­Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?
      Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.
      WalLah hu a’lam.
      (Petikan dari Harakah Bil.1336)

      Kementarian Yang Bagus Dan Paling Berhemah Dalam Perbelanjaan



      Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu.

      Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

      Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.

      Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.

      Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian.

      KBS juga turut membelanjakan RM75,966 untuk promosi makan malam dan minum petang serta penginapan untuk wartawan.

      Laporan itu juga mendapati perbelanjaan melampau termasuk bayaran RM50,000 kepada 50 penulis blog dan pengurusan syarikat serta jumlah amaun sama untuk promosi dan publisiti.

      KBS juga didapati membayar RM7,500 kepada tiga penulis blog dalam bentuk elaun harian untuk liputan selama lima hari.

      Tidak ketinggalan, perbelanjaan KBS sebanyak RM3.32 juta untuk satu juta kad keahlian Rakan Muda. ~the malaysian insider


      Belanja ikut suka hati macam duit mak bapak dia orang yang punya..

      Ahad, 29 September 2013

      Negeri Pengeluar Petrolium Ramai Rakyat Miskin



      KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme bagi menentukan keberkesanan peruntukan yang dibelanjakan kepada rakyat.
      Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, kerajaan harus memberikan perhatian kepada peningkatan taraf hidup rakyat di luar bandar dengan bantuan yang diberikan.
      “Sepatutnya laporan bajet diukur mengikut jumlah peruntukan dan juga jumlah yang dibelanjakan iaitu laporan mesti mengukur keberkesanan untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan.
      “Oleh itu perlu satu mekanisme diwujudkan supaya menyentuh bagaimana berkesannya peruntukan yang telah dibelanjakan dan bukan hanya melibatkan statistik iaitu berapa ribu kilometer jalan yang telah dibina tetapi berapa berkesankan jalan telah dibina itu untuk manaikkan taraf hidup kemiskinan di kawasan luar bandar,” kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
      Beliau juga berkata, Majlis Penasihat Petroleum Negara perlu dihidupkan semula seperti dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974.
      Hal ini kerana katanya, negeri-negeri pengeluar utama petroleum seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak masih menunjukkan kadar kemiskinan tertinggi.
      “Dari segi pengeluaran kekayaan hasil bumi iaitu negeri pengeluar minyak dan gas terutama Terenganu, Sabah dan Sarawak walaupun selepas 35 tahun menerima royalti tetapi masih di antara negeri yang mempunyai rakyat termiskin selepas 35 tahun diberi royalti.
      “Di sinilah perlu diukur sampaikah matlamat atau sumber pendapatan daripada peruntukan kepada rakyat yang dihajatkan.
      “Mungkin satu cara dengan mewujudkan majlis penasihat petroleum seperti yang diperuntukkan dalam Akta Petroleum 1974 supaya negeri ini dapat berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menaikkan taraf hidup rakyat,” katanya.
      Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasin dalam jawapannya berkata, soal keberkesanan bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat harus dibuat kajian.
      “Antara kesannya kesan langsung dan tidak langsung. Kesan langsungnya ialah orang menghargai program yang dibuat kerajaan BN tapi secara tak langsung pihak pembangkang di kawasan yang kita bantu dapat keuntungan.
      “Banyak di kalangan orang miskin lebih mudah menyokong pembangkang sebab pembangkang ni pandai. Dia datang hari akhir (kempen), BN datang awal,” katanya.
      Beliau juga mendakwa, terdapat rakyat miskin yang juga ‘miskin minda’ kerana tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan.
      “Kalau orang miskin mempunyai minda yang kuat dan diajar bersyukur sudah pasti dia menyokong BN,” katanya.
      Raja Kamarul dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan bajet-bajet tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.

      Khairy Kata: 'Saya Rasa Kamu Datang kke Forum Yang Salah'


      Setelah meletakkan dirinya sebagai seorang yang progresif, cadangan penahanan tanpa bicara dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) nampaknya menjadi isu yang "terlalu panas" untuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


      Dalam sidang medianya hari ini, Khairy enggan menjawab soalan 
      pemberita berhubung akta berkenaan, walaupun forum yang dirasmikannya sebelum itu berkaitan menangani jenayah berat dan gengsterisme.

      Beliau hanya mahu melayan soalan pemberita yang berkaitan dengan forum itu sahaja.

      "Saya nak cakap tentang saya punya forum. (Pasal) PCA (Akta Pencegahan Jenayah) dalam forum lain. Saya rasa kamu datang ke forum yang salah," katanya ketika diminta mengenai akta kotroversi tersebut yang menurut kerajaan adalah untuk mencegah jenayah.

      NONE
      Apabila sidang media berakhir dengan menjawab beberapa soalan berkaitan forum itu, beliau terus bergerak meninggalkan bilik sidang media.

      Tetapi wartawan Malaysiakini terus merapatinya bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung akta tersebut.

      Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membalasnya dengan berkata:
      "Sidang media sudah habis, sidang media sudah habis".

      Khamis lalu, Khairy berkata Akta Pencegahan Jenayah tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan enggan mengulas secara spesifik mengenai pengenalan semula tahanan tanpa bicara tanpa semakan kehakiman.

      Apa Penahanan Tanpa Bicara ?



      Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan kewujudan peruntukan bagi penahanan tanpa bicara di bawah cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

      Beliau berkata, mereka yang ditahan dibenarkan untuk mencabar keputusan lembaga pencegahan jenayah.

      Tegasnya, tidak ada perkara seperti penahanan tanpa bicara (di bawah cadangan pindaan) PCA.

      Ahmad Zahid berkata keputusan lembaga itu untuk mengarahkan seseorang ditahan di bawah perintah tahanan boleh tertakluk kepada semakan semula oleh Mahkamah Tinggi.

      Beliau menegur pihak tertentu yang telah melihat pindaan PCA secara negatif.


      Mengenai MCA dan Gerakan yang menentang penahanan tanpa bicara, Zahid menggesa mereka supaya membaca  pindaan tersebut secara terperinci untuk mengkajinya, dan tidak hanya sekadar memberi komen yang negatif.

      "Kami bersedia untuk bertemu dengan mereka (MCA dan Gerakan ) sebelum atau selepas PCA dibentangkan," katanya.

      Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak dirujuk berhubung pindaan itu sebelum ia dibentangkan .

      "Saya menjemput mereka (Majlis Peguam) ... presiden (Christopher Leong) ke Sunway untuk sesi dialog," katanya sambil bertanya perundingan yang macam mana yang mereka mahukan.

      "Adakah ini bermakna saya perlu duduk dengan mereka, membincangkan fasal-fasal secara terperinci atau apa?

      "Kita ( kerajaan) telah mengambil usaha untuk mendengar semua pihak," kata Ahmad Zahid.

      Seksyen baru diperkenalkan 15A (1) jelas menyatakan bahawa tiada semakan kehakiman dibenarkan terhadap keputusan lembaga itu atau penemuannya dalam menjalankan kuasa budi bicaranya.

      Bagaimanapun, semakan kehakiman masih terpakai kepada perkara-perkara berkenaan dengan pematuhan lembaga itu dengan keperluan prosedur.

      Seksyen 19A (2) membolehkan Mahkamah Tinggi menyemak keputusan lembaga itu apabila ia mengarahkan sesuatu tahanan dibuat atau melanjutkan tempoh tahanan. [Baca berita penuh]



      Sementara itu, Bernama melaporkan Ahmad Zahid berkata, pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bagi membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan turut mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang.
          
      Beliau meminta semua pihak melihat pindaan itu secara positif kerana mengutamakan keselamatan serta keamanan rakyat dengan memerangi jenayah yang kini masalah besar kepada rakyat dan negara.
          
      "Terima kasih kepada NGO yang memberi pendapat positif, terima kasih juga kepada rakan dalam parti pembangkang yang mula memahami bahawa pindaan PCA ini menjaga keselamatan rakyat keseluruhannya," katanya ketika berucap pada Forum Pencegahan Jenayah bertema 'Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Anda' hari ini.
          
      Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata masih terdapat segelintir pihak tidak memahami keperluan dan kepentingan pindaan itu serta menganggapnya sebagai menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dimansuh pada 2011. 

      "Walaupun beberapa pihak telah menyatakan ketidaksenangan hati mereka terhadap pindaan PCA ini, tetapi saya telah jelaskan bahawa ia bukan satu rang undang-undang yang menggantikan ISA. Ia adalah suatu rang undang-undang yang dipinda bagi mencegah jenayah semata-mata," katanya.

      Beliau berkata pindaan itu juga menghadkan kuasa dan penyalahguaan kuasa menteri, sebaliknya memberi kuasa kepada lembaga yang terdiri daripada tiga anggota Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.
          
      Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa pindaan PCA juga membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan berikutan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933. 


      Projek Mega Untuk Kroni..??

      Gambar hiasan


      Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dianugerahkan kepada dua konsesi dipercayai rapat dengan Umno menimbulkan kebimbangan penduduk setempat di Petaling Jaya dan mendakwa Putrajaya menyembunyikan sesuatu daripada mereka.

      Sehubungan itu, penduduk sekitar Seksyen 19, Petaling Jaya mengadakan protes kecil menuntut Putrajaya menjelaskan kepada mereka peta sebenar projek Kidex yang bakal dijalankan bagi mengelakkan kekeliruan.

      Projek menelan belanja RM2.2 bilion itu sebelum ini dikritik oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR) kerana diberikan kepada dua konsesi milik dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.

      Dua tokoh itu ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

      Kontroversi kembali mendapat perhatian, selepas penduduk di Seksyen 19 melahirkan kebimbangan dipaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya itu.

      Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan 19/20, Tan Yew Leong, berkata hanya menyedari mengenai kemungkinan akan diarahkan berpindah selepas menemui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menyemak projek Kidex itu.

      "Saya pergi ke MBPJ untuk menyemak mengenai Lebuhraya Kidex yang dikatakan akan dibina di sini dan saya terkejut apabila diberitahu bahawa beberapa lot rumah mungkin menerima kesan daripada projek itu.

      "Ini bukan hanya rumah saya, tetapi hampir 3,000 penduduk sekitar akan menerima kesan daripada projek tersebut," katanya ketika ditemui pagi ini.

      Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Risyakara yang hadir sama dalam protes itu, turut menunjukkan surat daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanan dan Galian (Persekutuan) yang menyatakan terdapat kemungkinan pampasan akan diberikan kepada penduduk sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

      "Surat bertarikh 31 Julai dihantar kepada MBPJ menjelaskan lokasi yang mungkin menerima kesan daripada pembinaan lebuh raya tersebut.

      "Surat itujuga menerangkan pampasan akan diberikan sekiranya terkena kawasan yang diperlukan untuk membina lebuh raya tersebut," kata Rajiv.

      Pengerusi Penduduk rumah pangsa Damansara Bistari, Abdul Samad Abdul Rashid, berkata mereka mendesak Putrajaya tampil secara telus untuk beri penjelasan dan bukan hanya berdiam diri.

      "Kerajaan kena beri penjelasan kepada kami apa yang sebenarnya di sebalik projek lebuh raya ini.

      "Jangan sampai sudah hendak bina baru beritahu kepada penduduk," kata Abdul Rashid yang sudah menetap selama hampir enam tahun di rumah pangsa tersebut.

      Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata sehingga sekarang cubaan pihak pembangkang untuk mendapatkan butiran mengenai projek lebuh raya tersebut gagal, malah menteri juga enggan bekerjasama untuk mendedahkan mengenai projek tersebut.

      "Apa yang kami mahu sekarang ialah maklumat dan ketelusan. Kerajaan mesti dedahkan dan terangkan butiran projek ini," kata Pua.

      Minggu lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kerajaan tidak dapat memberikan sebarang maklum balas mengenai projek tersebut kerana rundingan masih belum dimuktamadkan dan perjanjian konsesi belum ditandatangani.

      "Terlalu awal bagi kerajaan untuk memberi maklum balas berhubung projek ini.

      "Pada masa kini, kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci dan rundingan dengan syarikat konsesi berkenaan," kata Abdul Wahid di Dewan Rakyat baru-baru ini.

      Bagaimanapun, jawapan itu berbeza dengan apa yang sedang berlaku apabila MBPJ secara tiba-tiba menerima notis daripada Jabatan Tanah dan Galian tanpa sebarang perbincangan ataupun rundingan dilakukan dengan pihak majlis.

      Lebuhraya Kidex sedang dalam perancangan pembinaan di Lembah Klang dan dianggarkan berjarak 13 kilometer akan menghubungkan persimpangan bertingkat Damansara dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara yang terletak di selatan.


      Lebuhraya ini berkemungkinan akan dibina secara bertingkat ataupun menerusi bawah tanah. ~the malaysian insider

      Jumaat, 27 September 2013

      Nazri Jr Beli Banglo RM7j


      Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

      Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

      NONE"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

      Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

      Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim. 

      Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",