Ahad, 17 April 2011

BN MAMPU PERINTAH TANPA SOKONGAN KAUM CINA


Saya petik:

[UM]....Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.
Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.

Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan