Ahad, 17 April 2011

DR CHAN RASA KECEWA

"Saya sangat sedih atas apa yang telah terjadi. Kami mengakui bahawa beberapa polisi yang diamalkan sekarang tidak adil.
2. "SUPP berusaha keras untuk bercakap menentang ketidakadilan ini dan memperbaikinya tapi nampaknya, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat.
3. Memang terlambat Dr Chan, dulu semasa bersama BN cakap bisik-bisik tak berani nak cakap soal ketidakadilan dan sebagainya tapi bila dah kalah baru nak cakap tak payah laaaa dah lambat sangat.
4. Pendapat aku Dr Chan tewas sebab dia bertanding di kawasan masyarakat cina lawan dengan DAP. Pada aku masyarakat cina ni mata sahaja sepet tapi mereka lebih celik dari masyarakat lain di Malaysia ni tarutama sekali Melayu biar pun mata nya galak luas terbuka tetapi mudah kabur ada kala buta terus.
5. Sama ada melayu UMNO, melayu PBB atau melayu apa sahaja lah sama sahaja mudah dikaburi oleh sedikit kebendaan.Mereka ingin kan keuntungan dengan segera tak mau bersabar sedikit ,biarpun dengan bersabar sedikit itu boleh memperolehi keuntungan lebih besar tapi itu lambat sangat sempat mati nanti.
6. Baru diberi Baju T sehelai ada cop dacing dibelakang dah banga,dibari sehelai pelikat (gajah duduk)sehelai batik(cap kerengga),ayam seokor telor sepapan dah cukup bangga,terasa macam dihargai sangat lahtu, pada mereka cukup pemurah hati lah pemimpin tu, mereka tak fikir selama 4,5 tahun orang yang memberi sedikit barang itu akan mengaut keuntungan sapu bersih tuuuuuuuuu.
7. Orang yang tukang hulur barang-barang pulak mak oi.....manisnya bertudung dibahu rambut hitam ikal mayang mengurai , baju kebaya merah jambu menampakkan lurah-lurah dendam berkasut tumit tinggi masuk kekampong-kampong diiringi TV3 diapit lak oleh awang berbaju pulih seluwar hitam (tukang angkat barang je) pesanan terahir dari mereka jangan lupa pangkah BN ye pakcik. Pakcik dengan mata tebeliak mulut teganga hanya mampu mengangok-angngok sambil berbunyi ye..ye..yee (bukan bercakap).
8. Dalam hati yang memberi (BN) ko makan lah beras ni(10 kg),sardine ni(6 tin),telor ni(30 biji),gula ni(4 kg),minyak masak ni(5 kg),sbun pencuci harimau kuat(4 kg) dalam hati bulan depan ko beli lah sendiri.aku dah sibuk nak melawat ko, kalau umur ko panjang 4,5 tahun lagi aku datang lah bawa barang lagi.
9. Mereka tidak tahu dalam 4,5 tahun selepas itu harga barangan yang mereka terima itu entah berapa kali naik.Bila harga-barang naik semua orang -orang itu mengeluh kesah marah cina naikan harga barang kata nya,mereka tak sedar bahawa mereka lah yang menaikan harga barangan itu semua.
10. Bila mereka menaikkan harga barang tu semua? mereka semua tak sedar bahawa mereka telah memberikan mandat kepada BN (Barang Naik) untuk menaikkan harga barang, waktu itu baru nak menyasal dan menyalahkan orang lain macam Dr Chan kata BN tidak adil (baru sedar ? Kami lama dahhh!!!)dah tak bererti lagi sebab itu ada pepatah lama mengatakan "duduk dahulu sebelum berlunjur" ada faham Dr?
11. Kebanyakkan wakil-wakil rakyat BN ni semua mengikut telunjuk ketua mereka je,bila ketua tunjuk situ baru semua pandang situ bila ketua tunjuk sini semua pandang sini kalau ketua tak tunjuk apa-apa senyap saja lah sama lah dengan Dr Chan dulu, bukan begitu Dr Chan?
12. Peringsif mereka pula mudah sahaja "pengal depan belum tentu pengal ni sapu dulu"(kata orang jiran seberang "mumpung punya kesempatan")
13. Taib ucap selamat jalan pada Dr Chan kerana taerpaksa tidak bersama lagi dalam kerajaan Negeri Serawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan