Ahad, 17 April 2011

SANTAI NGINUM PATANG

ANJURAN UNTUK INGAT (BERZIKIR) KEPADA ALLAH TAALA

  1. Sebagai seorang insan ciptaan Allah kita di sarankan agar sentiasa berzikir mengigati maha pencipta,sebagai tanda syukur kita kepada maha pencipta. Tetapi manusia sering berterima kasih "bersyukur" hanya kepada manusia sahaja terlupa kepada yang lebih agung.
  2. Kita wajib bersyukur kepadanya diatas segala nikmat yang diberikan kepada kita, harus diingat bahawa semua apa sahaja yang berlaku terhadap kita didunia ini adalah satu nikmat dari yang Esa bukan yang manis-manis yang sedap-sedap sahaja hatta membuang air besar itu juga nikmat,cuba bayangkan kita makan minum sedap-sedap selama sebulan tapi tak boleh nak buang air kecik dan besar apa akan jadi? tentu kita akan mendapat musibah"sakit"itu lah dia yang saya kata tadi nikmat nya sungguh besar. Sakit juga nikmat kerana itu tandanya Allah nak kita ingat kepadanya, cuba lihat bila sesaorang itu dalam keadaan sakit dia akan sering menyabut Allah itu adalah satu nikmat kepada orang yang mengaku muslim.
  3. Untungnya orang yang selalu berzikir mengikat menyebut Allah, Allah juga akan selalu dekat dengan kita ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dadal hadisnya yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra.,
  4. Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
  5. Hadis diatas tadi dengan jelas mengatakan ingati lah Allah sentiasa kerana mengigati nya berarti mendekati nya setiap yang dekat padanya nescaya dia juga mendekat kepada kita jangan sampai Allah menjauhkan diri dari kita kerana kita menjauhkan diri daripadanya.
  6. Salam hormat dari aku samapi jumpa lagi "Assalammualaikum".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan