
Malaysia mungkin membawa kes Korporal Sirul Azhar Umar ke
mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi bekas
anggota Unit Tindakan Khas itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman
gantung sampai mati.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
berkata hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan
arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh
Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan
seterusnya.
"Pada masa ini, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
Selasa lalu, tertuduh pertama C/Insp Azilah Hadri, 38, dan tertuduh
kedua, Sirul Azhar, 43, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan
kerana membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu 9 tahun lepas.
Bagaimanapun Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah
bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.
Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap
terhadapnya.
Akhbar hari ini pula memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald kerajaan
Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan
perintah ekstradisi kerana ia melibatkan hukuman mati dan Australia
merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam
undang-undangnya.
Sumber : Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan