Katanya, “Apabila Syed Ali mengatakan tidak salah
perbuatan Rosmah itu, saya harap ianya tidak bemaksud beliau ingin
menukar hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita muhrim daripada haram
kepada tidak haram.”
“Saya juga berharap Syed Ali tidak bermaksudkan oleh kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri, maka beliau mempunyai keistimewaan tertentu dari segi hukum dan dibenarkan berpeluk dengan sesiapa saja,” tambah Shahbudin.

Syed Ali sebelum ini menyifatkan pelukan Rosmah kepada Chong Wei adalah
suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih
kemenangan dalam sukan.
Melalui blognya, Syed Ali berkata,”Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara.”
Menulis di dalam entri terbarunya di shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin mejelaskan jika diamati di dalam penulisan itu, tindakan Rosmah itu bukan sahaja terhadap Chong Wei tetapi juga kepada Arjun Rampal dan Shahrukh Khan.
Shahbudin berkata,”Apakah dibolehkan juga Najib memeluk bintang-bintang sukan wanita yang mencapai kejayaan gemilang seperti Nicol David misalnya?”
Beliau meminta penjelasan kenapa hanya Rosmah berpeluk dengan Chong Wei saja diumpamakan pelukan ibu dengan anak, dengan Arjun Rampal juga tidak dikatakan geselan pipi antara ibu dengan anak? Begitu juga dengan Shahrukh Khan yang gambarnya turut tersebar di media sebelum ini?
“Ternampak seolah-olah Syed Ali mempunyai agenda tertentu dalam membela isteri Perdana Menteri dan cuba menyembunyikan perbuatan salah Rosmah yang lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan sebagai seorang yang lebih dewasa dan berketurunan Nabi pula, Syed Ali juga seharusnya lebih arif akan hukum halal haram bersentuhan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim dan tidak menjadikannya “tidak mengapa” semata-mata kerana ia dilakukan oleh isteri Perdana Menteri.
Beliau berkata, ia tetap haram lebih-lebih lagi ketika dipeluk oleh Rosmah itu Chong Wei bukannya kanak-kanak lagi, tetapi sudah menjangkau usia 30an, suatu tahap usia yang seharusnya sudah akil baligh dan boleh membenihkan zuriat.
Apa lagi Shabudin tulis bacalah Disini
Sumber : Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan