KUALA LUMPUR 2 JAN- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu
memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA
diterbangkan ke beberapa negara.Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Chean Chung
berkata, semakan menggunakan aplikasi ‘Flightradar’ mendapati pesawat
itu terbang ke Indianapolis, New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat
pada 31 Disember.Manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai dari London sebelum tiba ke Bangkok.
“Yang menarik perhatian saya ialah ‘misi misteri’ ini bergerak ke
arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah
timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang
berulang-alik dan pelik itu?” soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika
Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda
tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.
“Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan
untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi
malapetaka yang menyakitkan ini.“Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan ‘VIP
misteri’ untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun
Baru di negara barat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Semambu.
Lee sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia,
adalah pembaziran kerana beliau sepatutnya pulang dengan jet 9M-NAA.Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai
pembayaran kos bahan api dan wang sejumlah itu sepatutnya boleh
digunakan bagi membantu mangsa banjir.“Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit,” katanya.
Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan
penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai
oleh keluarga atau isterinya.Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.“Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar ‘VIP
misteri’ yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi
kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan