KUALA LUMPUR 2 JAN:
Kerajaan Persekutuan digesa menetapkan jadual penyelarasan harga petrol
dan diesel daripada sebulan sekali kepada seminggu sekali.

“Dengan menyelaraskan
harga petrol dan diesel kepada harga pasaran setiap seminggu sekali,
rakyat akan menikmati harga petrol yang jauh lebih rendah.
“Misalnya harga RON95
bagi minggu ini sepatutnya hanya RM1.87 seliter, dan rakyat tidak perlu
membayar cukai tersembunyi yang terlalu tinggi seperti yang berlaku
sekarang,” katanya dalam kenyataan media.
Dakwa Rafizi, penetapan
harga mengikut bulan seperti yang dibuat kerajaan kini menyebabkan
rakyat membayar harga minyak pada kadar jauh lebih mahal daripada harga
pasaran sebenar.
Katanya lagi, apabila
rakyat membayar lebih daripada nilai sebenar, setiap sen yang
dibelanjakan rakyat itu akan dikutip Kerajaan Persekutuan sebagai cukai
tersembunyi.
Malah, beliau sebelum
ini juga turut mendedahkan melalui kaedah yang sama, kerajaan telah
mengutip cukai tersembunyi daripada harga minyak sebanyak RM633 juta.
Rafizi berpendapat,
sekiranya penyelarasan itu tidak diubah, kerajaan dijangkakan akan terus
mengaut keuntungan cukai tersembunyi pada kadar lebih tinggi lagi.
“Jika keadaan ini tidak
diubah saya menjangkakan Kerajaan Persekutuan akan mengutip cukai di
antara RM3 bilion hingga RM5 bilion dalam tahun 2015 atas pembelian
petrol dan diesel itu,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan