GOMBAK 30 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Presiden KEADILAN , Mohamed Azmin Ali mempertahankan Parlimen Gombak, manakala Naib Presiden Tian Chua di kerusi yang dimenanginya di Parlimen Batu.
Anwar mengumumkan demikian pada ceramah perdana Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul dan Tapak Gerai MPS, Wira Damai, Gombak malam tadi.
Anwar mengumumkan demikian pada ceramah perdana Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul dan Tapak Gerai MPS, Wira Damai, Gombak malam tadi.
Katanya, Azmin yang bermula sebagai pegawai kepadanya, muncul sebagai tokoh politik terkenal, dan kini merupakan pengarah pilihan raya bagi KEADILAN.
“Saya bincang dengan pimpinan parti dan kita minta supaya dia supaya terus mempertahankan dan menjadi Parlimen Gombak,” kata Anwar disambut tepukan hampir 5,000 hadirin di Gombak.
Terdahulu sebelum itu, Anwar turut mengumumkan Tian sebagai calon di parlimen Batu di hadapan lebih 3,000 hadirin di jelajah padang PPR Bandar Baru Sentul.
“Sebab Tian tegas di luar dan di dalam parlimen. Yang salah dia kata salah. Yang benar dia kata benar. Jadi beri mesej untuk mempertahankan Tian Chua di (parlimen) Batu dan kawan-kawan terutamanya anak muda kena bantu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mendapat maklumat, serangan Umno-BN akan ditumpukan terhadap tiga pimpinan KEADILAN iaitu Azmin di Gombak, Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan Rafizi Ramli (Pandan)
“Saya dapat maklumat dari sebelah Datuk Seri Najib. Ini tiga kawasan (ditandingi) KEADILAN. Sebab Datuk Seri Najib bagi arahan khusus dengan apa cara jua pun mesti kalahkan Azmin di Gombak, dan Rafizi Ramli di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai.
“Di Permatang Pauh dia sukar, kerana habis dia dah fitnah. Sebab itu kita nak jawab Umno-BN dan Datuk Seri Najib. Bukan kamu yang tentukan. Tapi Insya Allah, rakyat yang akan tentukan,” kata Anwar disambut laungan Reformasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan