SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 2 April 2013

Anak Muda Tak Sabar Tunggu PR Turunkan Harga Motosikal


KUALA LUMPUR 2 APRIL: Tawaran penghapusan 20 peratus cukai eksais motosikal sebagaimana ditawar Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya sudah lama dinantikan rakyat.
Tinjauan Keadilan Daily mendapati, warga kota rata-ratanya pengguna motosikal menyambut baik tawaran dan tidak sabar merebut peluang keemasan itu.
Kata mereka, tawaran itu memberi peluang untuk memiliki kenderaan sendiri serta membolehkan lebihan wang disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
azmin syarhan
Pelajar tahun satu kolej swasta di ibu negara, Azmin Syarhan, 18, berkata, penghapusan cukai eksais akan membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki kenderaan.

“Di Malaysia ramai yang pakai motosikal sebab ia kenderaan mampu milik. Tapi masih ramai rakyat berpendapatan rendah berkira-kira mahu membelinya. Dengan penurunan ini, saya yakin ia membantu ringankan beban rakyat,” katanya.
hidayah Yusuf
Sementara itu, pelajar Ekonomi UiTM Puncak Alam, Hidayah Mohd Yusuf, 23, berkata, penghapusan cukai eksais memberi peluang kepada wanita muda untuk memiliki kenderaan sendiri bagi tujuan keselamatan.

“Bagi wanita muda macam kami, memang lebih selamat kalau guna kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam terutama waktu malam.
“Dalam usia begini, nak beli kenderaan memang tak mampu…Kalau boleh dikurangkan harga kenderaan, tawaran itu sangat baik dan menguntungkan,” katanya.
Jeeva Raja Gopal
Pekerja syarikat telekomunikasi, Jeeva Raja Gopal, 20, berkata, penurunan harga motor akan memberi peluang kepada rakyat membeli kenderaan tanpa perlu membayar lebih banyak faedah kepada syarikat penjual motosikal.

“Kawan saya bayar motosikal ansuran bulanan RM200. Itu tak termasuk faedah pinjaman RM80. Jumlah ini bukan sedikit, tapi terpaksa sebab ia satu keperluan,” kata Jeeva.
fakhruddin
Pelajar Kejuruteraan Komputer Universiti Kuala Lumpur, Fakhruddin Mohd, 25, bersetuju dengan penurunan itu yang memberikan kesan pencemaran lebih minima berbanding kenderaan pacuan empat roda.

“Kalau dibandingkan dengan kereta, motosikal lebih senang dimudah alih kerana saiznya lebih kecil dan kapasiti asap yang terhasil juga lebih minima serta dapat mengelakkan pencemaran udara,” katanya.
Huda Yahya
Pekerja swasta dari Shah Alam, Nurul Huda Yahya, 30, berkata, kenderaan awam seperti LRT dan monorail kebanyakannya tertumpu di pusat bandar. Masih banyak kawasan yang tidak mempunyai akses kenderaan awam.

“Penurunan harga motosikal sangat berkesan kepada pengguna yang tiada rangkaian kenderaan awam seperti saya,” katanya yang bercadang mahu membeli motosikal dengan tawaran itu.
Berlainan pula bagi Chong Yih Lip, 21, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).
Chong Yik
Katanya, masa perkhidmatan kenderaan awam yang terhad menyebabkan rakyat memerlukan pemilikan kenderaan.

“Selepas tengah malam, perkhidmatan kenderaan awam ditamatkan. Harga teksi pula naik sekali ganda untuk caj lebih masa.
“Memang susah untuk pengguna yang tiada pilihan, sebab itu perlunya kenderaan sendiri walaupun hanya motosikal. Kemudahan ini juga memudahkan urusan pelajar,” kata Chong. – NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan