SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Memaparkan catatan dengan label Gaya hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaya hidup. Papar semua catatan

Rabu, 7 Januari 2015

Kisah Menarik Pakcik Dris & Ah Tuck, Penghuni Hutan Pinggir KL



DALAM pada isu-isu perkauman kian berakar di medium moden seperti Internet dan telefon bimbit, siapa sangka masih wujud ikatan perpaduan antara warga emas berketurunan Melayu dan Cina di hutan kecil yang terletak di pinggir Kuala Lumpur.
Memetik laporan portal The Malaysian Insider, senario ini diceritakan sendiri oleh Mohamed Dris, 74, yang mula dikenali ramai setelah kisah kehidupan daifnya terpapar di media cetak dan elektronik baru-baru ini.
Mohamed-Dris-74
Mengimbau kisah tragis warga emas ini, Dris telah menjadikan hutan berdekatan Wangsa Melawati sebagai kediamannya lebih dari 30 tahun hinggalah dia ditemui sepasukan anggota polis, baru-baru ini.

[WAJIB BACA: Lebih 30 Tahun Warga Emas Tinggal Bersendirian Di Hutan]

Begitu pun Dris menjelaskan, dia sebenarnya tidak tinggal berseorangan di kawasan tersebut kerana ditemani oleh seorang lagi warga emas berbangsa Cina, Ah Tuck, 70.
“Saya tinggal bersama seorang Cina tua. Gigi dia pun sudah tidak ada, mata sudah tidak terang. Saya kasihan dia pun tua. Dia adik-beradik banyak tetapi dia tidak bersetuju dengan adik-beradiknya,” cerita Dris.
MOHAMED DRIS_SOCIETY_HOMELESS
Kini, Dris tidak lagi tinggal di pondok uzur yang sekian lama jadi kediamannya setelah seorang individu prihatin menawarkan tempat tinggal baharu di sebuah rumah kedai.
Namun demikian, ‘jirannya’ Ah Tuck masih lagi tinggal di kawasan tersebut dan turut gembira apabila mengetahui Dris telah dipindahkan ke kediaman lebih selesa.
MOHAMED DRIS_SOCIETY_HOMELESS
Lelaki warga emas yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu berkata, dia selesa dengan kediaman sekarang dan akan terus tinggal di situ.
Saya tidak mahu rumah. Mana tahu esok pun saya ‘pergi’.
“Saya dulu potong getah tetapi orang sudah banyak tebang pokok. Kamu pun belum lahir,” ujarnya ketika ditemubual.
Cerita Ah Tuck lagi, rakannya, Dris pernah berkenalan dengan seorang wanita berbangsa India selama beberapa tahun sebelum ini namun wanita tersebut telah pun meninggal dunia.
“Dulu dia ada suka sama seorang perempuan India, kawan enam tahun tapi sekarang sudah mati. Dulu dia duduk SS2 Wangsa Maju.
“Dia pernah beli semua wang KWSP dia pada perempuan itu. Sekarang orang pun tak nak datang jenguknya.”
Kisah Dris dan Ah Tuck sepatutnya dijadikan teladan buat masyarakat Malaysia khususnya anak muda, tentang bagaimana dua individu berbeza latar belakang, dapat saling menjaga dan ambil berat antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Khamis, 6 Mac 2014

Ganas - 100 Tonto Kepung Pegawai Imigeresen



Pemangku Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan (berdiri tengah) memeriksa pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di Melaka, malam tadi. 

MELAKA - Lebih 100 orang 'tonto' dilaporkan mengepung anggota Jabatan Imigresen Melaka kira-kira dua jam di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya malam tadi.

Pemangku Pengarah Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata dalam kejadian 7 malam itu, seramai 23 anggota Grup Taktikal Khas dan tujuh anggota penguat kuasa Imigresen berjaya keluar daripada premis terbabit bersama 35 warga asing termasuk 34 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dengan diiringi 15 anggota polis dari Balai Polis Bandar Hilir.

"Tanpa bantuan, pasukan kita mungkin bermasalah kerana bangunan pusat hiburan tersebut dikepung lebih 100 orang yang kita percaya tonto untuk menghalang anggota Imigresen membawa keluar GRO terbabit.

"Beberapa tonto juga bertindak mengambil gambar nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki anggota kita yang dikhuatiri untuk tujuan tidak elok," katanya kepada pemberita di Kompleks Keselamatan Dalam Negeri.

Beliau berkata beberapa pelanggan lelaki tempatan dalam keadaan mabuk juga bertindak mempersoalkan tindakan anggota Imigresen menahan kumpulan GRO terbabit, namun ketegangan tersebut dapat diatasi dengan baik.

Mengulas lanjut tentang operasi yang mereka jalankan, Abu Bakar Sidek berkata sebanyak 33 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga China yang kesemunya berusia antara 18 hingga 35 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan di bangunan tiga tingkat yang mula beroperasi seawal jam 3 petang.

Beliau berkata turut ditahan ialah seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun yang dipercayai pekerja pusat hiburan tersebut.

"Antara GRO yang ditahan iaitu warga China berusia 30-an yang merupakan isteri kepada warganegara tempatan, manakala seorang daripada mereka dipercayai 'ibu ayam' warga Vietnam yang berusia 35 tahun," katanya.

Beliau berkata berdasarkan intipan selama tiga hari sebelum serbuan dilakukan, GRO terbabit akan dihantar dengan kenderaan dalam kumpulan kecil secara berperingkat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mereka akan dibawa keluar dari pusat hiburan tersebut oleh pelanggan yang berminat.

Katanya siasatan awal mendapati 13 wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga China terbabit disyaki melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan manakala 20 wanita warga Vietnam dan lelaki Bangladesh itu dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah.

"Semua mereka yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Khamis, 12 September 2013

Rambut Mohawak Paling Tinggi Di Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada lagi satu rekod dunia yang menarik yang telah di tonjolkan oleh seorang pereka rambut dari Jepun bernama Kazuhiro Watanabe, beliau telah dinobatkan sebagai individu yang mempunyai rambut mohawak paling tinggi di dunia. Lihat gambar di bawah..


Rambut Kazuhiro Watanabe ini mempunyai ketinggian 3 Kaki 8.6 Inchi.. Dan dengan ini Kazuhiro Watanabe telah tersenarai di dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 sebagai rambut mohawak tertinggi di dunia.

Jumaat, 6 September 2013

AWAS!!! 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Wajib Kita Tahu!


Sekadar  gambar hiasan

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Wajib Kita Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman. Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas

Di Bilik Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh. Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada. Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri. Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa. Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles?

Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi.

Kenapa ? Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

 Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Wanita lebih Annoying berbanding Lelaki!

Post kali ini hanya bersantai sahaja. Apa yang PenPatah ingin sampaikan adalah Wanita lebih ganas ketika tidur berbanding LELAKI! Percayalah wahai kaum adam, kaum hawa kalau boleh satu katil dia nak conquer! Untuk menzahirkan lagi fakta Penpatah, tengok gambar ni! Hahaha 
Ayu je kononya nak tunjuk manja masa tidur =.=
"Kaum hawa memang menyusahkan! Hahaha" =) Bukan penpatah yang cakap tapi kaum adam yang cakap. Lalalala~ Kasihanilah kaum adam wahai hawa.. 

Selasa, 2 April 2013

Anak Muda Tak Sabar Tunggu PR Turunkan Harga Motosikal


KUALA LUMPUR 2 APRIL: Tawaran penghapusan 20 peratus cukai eksais motosikal sebagaimana ditawar Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya sudah lama dinantikan rakyat.
Tinjauan Keadilan Daily mendapati, warga kota rata-ratanya pengguna motosikal menyambut baik tawaran dan tidak sabar merebut peluang keemasan itu.
Kata mereka, tawaran itu memberi peluang untuk memiliki kenderaan sendiri serta membolehkan lebihan wang disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
azmin syarhan
Pelajar tahun satu kolej swasta di ibu negara, Azmin Syarhan, 18, berkata, penghapusan cukai eksais akan membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki kenderaan.

“Di Malaysia ramai yang pakai motosikal sebab ia kenderaan mampu milik. Tapi masih ramai rakyat berpendapatan rendah berkira-kira mahu membelinya. Dengan penurunan ini, saya yakin ia membantu ringankan beban rakyat,” katanya.
hidayah Yusuf
Sementara itu, pelajar Ekonomi UiTM Puncak Alam, Hidayah Mohd Yusuf, 23, berkata, penghapusan cukai eksais memberi peluang kepada wanita muda untuk memiliki kenderaan sendiri bagi tujuan keselamatan.

“Bagi wanita muda macam kami, memang lebih selamat kalau guna kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam terutama waktu malam.
“Dalam usia begini, nak beli kenderaan memang tak mampu…Kalau boleh dikurangkan harga kenderaan, tawaran itu sangat baik dan menguntungkan,” katanya.
Jeeva Raja Gopal
Pekerja syarikat telekomunikasi, Jeeva Raja Gopal, 20, berkata, penurunan harga motor akan memberi peluang kepada rakyat membeli kenderaan tanpa perlu membayar lebih banyak faedah kepada syarikat penjual motosikal.

“Kawan saya bayar motosikal ansuran bulanan RM200. Itu tak termasuk faedah pinjaman RM80. Jumlah ini bukan sedikit, tapi terpaksa sebab ia satu keperluan,” kata Jeeva.
fakhruddin
Pelajar Kejuruteraan Komputer Universiti Kuala Lumpur, Fakhruddin Mohd, 25, bersetuju dengan penurunan itu yang memberikan kesan pencemaran lebih minima berbanding kenderaan pacuan empat roda.

“Kalau dibandingkan dengan kereta, motosikal lebih senang dimudah alih kerana saiznya lebih kecil dan kapasiti asap yang terhasil juga lebih minima serta dapat mengelakkan pencemaran udara,” katanya.
Huda Yahya
Pekerja swasta dari Shah Alam, Nurul Huda Yahya, 30, berkata, kenderaan awam seperti LRT dan monorail kebanyakannya tertumpu di pusat bandar. Masih banyak kawasan yang tidak mempunyai akses kenderaan awam.

“Penurunan harga motosikal sangat berkesan kepada pengguna yang tiada rangkaian kenderaan awam seperti saya,” katanya yang bercadang mahu membeli motosikal dengan tawaran itu.
Berlainan pula bagi Chong Yih Lip, 21, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).
Chong Yik
Katanya, masa perkhidmatan kenderaan awam yang terhad menyebabkan rakyat memerlukan pemilikan kenderaan.

“Selepas tengah malam, perkhidmatan kenderaan awam ditamatkan. Harga teksi pula naik sekali ganda untuk caj lebih masa.
“Memang susah untuk pengguna yang tiada pilihan, sebab itu perlunya kenderaan sendiri walaupun hanya motosikal. Kemudahan ini juga memudahkan urusan pelajar,” kata Chong. – NS

Sabtu, 24 November 2012

India Dan Keretapi Tiada Terpisahkan

Keretapi di india adalah rakan rakyat nya 
antara penumpang dengan keretapi bagai isi dengan kuku
saling memerlukan antara satu sama lain
untuk menjadikan jari yang lengkap dan sempurna...

Penguna keretapi India punayi banyak pilihan dari keretapi biasa 
hinggalah keretapi klas satu, seperti yang digambarkan dibawah ini.


Standard class India

Train in India

Train luxury India

Room train India

Deccan Odyssey


Jumaat, 16 November 2012

Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dianugerahkan gelaran "Bapa Mithali"


syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Prakata: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dianugerahkan gelaran "Bapa Mithali" kerna sejak beliau menjadi perdana menteri sehinggalah dah tua nyanyok, Mahathir tetap akan mengutamakan anak-anaknya dalam pemberian projek-projek mega.. Selepas anak, barulah Mahathir beri kepada kroni-kroninya. Selepas pru-13 nanti, tahulah nasib engkau.. Mahathir.
Tahniah Mahathir; Syarikat arak, anak Mahathir punya, syarikat minyak, anak Mahathir punya. 
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa meletak jawatan dalam Petronas kerana gagal menjaga kepentingan Petronas dan lebih mengutamakan syarikat milik anaknya.
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mengulas penganugerahan kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd bernilai RM836 juta kepada anak syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Anak Mahathir – Datuk Mokhzani Mahathir adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.
Azan berkata, sebagai negarawan, Mahathir patut malu kerana sinonim dengan jolokan kronisme.
“Kalau dia tahu malu dan bertanggungjawab, sudah lama dia letak jawatan. Petronas merupakan syarikat milik negara. Mahathir tak boleh gunakan pengaruh beliau rompak harta negara untuk diagih kepada anak pinak,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi.
SapuraKencana dilapor memaklumkan bursa saham pada 1 November lalu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd dianugerahkan kontrak RM700 juta bagi membekal perkhidmatan dalam laut selam tiga setengah tahun.
Satu lagi anak syarikat, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia. Projek itu dikatakan terletak 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini mencabar Mahathir selaku Penasihat Petronas untuk membuktikan beliau tidak terlibat dalam penganugerahan kontrak tersebut.
“Mahathir tak boleh nafikan itu, semua dasar penswastaan bertujuan mengkayakan keluarga sendiri,” kata Azan lagi.
Majalah perniagaan Malaysian Business melaporkan Mokhzani antara tiga tokoh perniagaan Melayu terkaya di Malaysia. Beliau menduduki tangga ke-19 dalam senarai majalah itu dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.
Mohkzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad dan Pantai Holdings Berhad.

Selasa, 6 November 2012

Bagaimankah Cantik Itu Menurut Islam ?

Cantik Dan Seksi Menurut Suku Pedalaman Namibia


CANTIK. Inilah cantik versi perempuan Namibia. Semakin coklat kulit wanita Namibia, maka akan di anggap semakin cantik. Untuk mempercantik dan menghaluskan kulit, mereka menggunakan kosmetik khas dibuat dari lemak karkas digosok ke suluruh tubuh mereka. 

Hasilnya kulit mereka mempunyai warna coklat, khas untuk suku-suku Afrika. Uniknya lagi, perempuan tersebut tidak mengenal adanya bra sehingga payudara mereka terlihat dengan jelas, juga dalam warna coklat yang khas.





Bagaimana cantiknya wanita dalam pandangn Islam?

Setiap Muslimah sentiasa mendambakan kecantikan lahiriah atau fizikal. Tetapi ingat, kecantikan dari dalam (inner beauty) adalahlebih penting. Apa gunanya seorang Muslimah cantik fizik tetapi tidak memiliki akhlak terpuji. Atau apa gunanya cantik luaran tetapi dibenci orang-orang sekitar kerana tindak-tanduk yang tidak baik. Kerana itu, kecantikan dalaman memang lebih diutamakan untuk menjaga citra diri seorang Muslimah.


Menjaga kecantikan dari dalam bererti menjaga etika dan budi pekerti baik, serta menggunakan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik berdasarkan sudut pandang syariat Islam. Sebagai contoh, bibir yang indah tidak hanya indah menarik secara fizik, tetapi juga menutur  kata-kata baik dan ucapan santun. Tutur kata santun dan ucapan yang baik memberi kesan mendalam bagi orang lain. 


Allah pun dengan tegas menyatakan, antara ciri hamba-Nya yang baik adalah mereka yang baik ucapannya. Mereka yang apabila dihina atau dicaci oleh orang jahil (tidak berilmu), mereka tidak membalasnya kecuali dengan kata-kata baik dan lemah lembut. Alah berfirman, 

  • “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang- orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.” (Al-Furqan: 63)
Seorang Muslimah yang baik akan meninggalkan perkataan-perkataan tidak bermanfaat…
Tidak hanya itu, seorang Muslimah yang baik akan meninggalkan perkataan-perkataan  tidak bermanfaat. Rasulullah bersabda, 
  • “Termasuk dari kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak penting baginya.” 
Mengenai hadits ini, Imam Ibnu Rajab Al-Hambali mengatakan, “Kebanyakan pendapat yang ada tentang maksud meninggalkan apa-apa yang tidak penting adalah menjaga lisan dari ucapan yang tidak berguna.”

Rasulullah SAW bersabda, 

  • ”Seorang muslim sejati adalah bila kaum Muslimin merasa selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR. Muslim)
Demikian juga, dengan anggota tubuh lainnya, seperti mata. Untuk menjadikan sepasang mata yang indah dan mempesona, maka pandanglah kebaikan-kebaikan dari orang lain dan jangan mencari-cari keburukan mereka. Allah berfirman mengenai hal ini, 
  • “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (Al-Hujurat: 12).
Rasulullah mengingatkan,
  • “Wahai semua orang beriman dengan lisannya yang belum sampai ke dalam hatinya, janganlah kamu mengganggu kaum Muslimin, janganlah kamu menjelek-jeleknya, janganlah kamu mencari-cari aibnya. Barang siapa yang mencari-cari aib saudaranya sesama Muslim niscaya Allah akan mencari aibnya. Barang siapa yang Allah mencari aibnya niscaya Allah akan menyingkapnya walaupun di dalam rumahnya.” (HR. At Tirmidzi)
Penting lagi, mempergunakan mata untuk hal-hal yang diridhai Allah dan Rasul-Nya. Hal ini bererti tidak menggunakan mata untuk bermaksiat. Rasul menegaskan,
  •  “Tundukkan pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu.”
Lalu peliharalah telinga dari mendengarkan bid’ah, gosip, kata-kata keji dan sesat, atau menyebutkan kesalahan-kesalahan orang. Tangan yang baik adalah tangan yang diulurkan untuk membantu dan menolong sesama Muslim, serta bersedekah dan berzakat. 

Kita diberi dua tangan; satu untuk membantu kita dan satu lagi untuk membantu orang lain. Lalu Islam juga  mengajarkan bahawa tangan ‘di atas’ lebih baik dari tangan ‘di bawah’. Tentang hal ini, suatu ketika. 

  • Rasul ditanya oleh isterinya, “Siapakah di antara kami yang pertama kali akan menemui engkau kelak?” Dengan suara bergetar, Nabi menjawab, “Tangan siapa di antara kamu yang paling panjang, itulah yang lebih dahulu menemuiku.” 
“Tangan paling panjang” yang dimaksud Rasulullah adalah yang gemar memberi sedekah kepada fakir miskin. Kemudian kedua kaki yang ‘indah’ adalah yang dipergunakan untuk mendatangkan keridhaan Allah. 
  • Rasul bersabda, “Barangsiapa yang kedua tapak kakinya berdebu di jalan Allah, maka haram atas keduanya tersentuh api neraka.” Beliau menerangkan lagi, “Allah akan menjamin orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya, seraya berfirman: “Sesungguhnya orang yang berangkat keluar untuk berjihad di jalanKu, kerana keimanan kepada-Ku dan membenarkan (segala ajaran) RasulKu, maka ketahuilah bahawa Akulah yang akan menjaminnya untuk masuk ke dalam syurga.”
Demikian pula dengan segenap anggota tubuh lainnya. Semuanya akan nampak indah serta mempesona apabila dipergunakan dalam rel ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Kecantikan fizik seorang Muslimah bahkan sangat dipengaruhi kecantikan batin. Untuk mendapatkan tubuh yang ramping, maka cobalah untuk berbagi makanan dengan orang-orang fakir-miskin.

Kecantikan sejati seorang Muslimah tidak terletak pada keelokan, keindahan fizik, seksnya atau keglamoran pakaiannya. Kecantikannya sangat dipengaruhi perilaku dan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Kecantikan sebenarnya direfleksikan dalam jiwa. 



  • Maka jadikan malu kerana Allah sebagai pewarna pipinya. 
  • Penghias rambut adalah tudung yang terulur sampai dada.  
  • Zikir yang senantiasa membasahi bibir adalah lipstiknya. 
  • Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat. 
  • Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akhirat. 
  • Kaki indahnya selalu menghadiri majlis ilmu. 
  • Tangannya selalu berbuat baik kepada sesama. 
  • Pendengaran yang ma’ruf adalah anting Muslimah. 
  • Gelangnya adalah tawadhu. 
  • Kalungnya adalah kesucian.  
Wanita Muslimah adalah satu-satunya wanita yang sanggup menerangi dunia wanita modern yang telah jenuh dengan filsafat materialisme, sekularisme dan pola hidup jahiliyah yang mendominasi kehidupan masa kini. Hal itu dengan mengenalkan dirinya, menghadapkan dirinya pada sumber permikiran murni  yang telah dibentuk oleh Al-Qur’an dan As Sunnah.

Begitulah sekilas cantiknya wanita dalam Islam, bukan seperti wanita pendalaman Namibia, yang menghabiskan banyak masanya dalam menghias diri zahirnya saja, sedangkan aurat pun masih terbuka. Tak apa kalau  mereka bukan Islam, yang mengaku Islam di Malaysia inipun ramai berciri-ciri begitu. Termasuk anak isteri pemimpin-pemimpin negara....

Ahad, 14 Oktober 2012

Falsafah Cinta Mahatma Ghandi


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, 
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam,
 tak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; 
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Kata-kata Mahatma Ghandi "Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, 
dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar 
dan dua mata untuk melihat". 

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? 
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. 

"Itulah namanya Cinta".

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. 
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,
” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. 
Siapa kamu pula?
”. Jawab titis air mata kedua tu
,” Saya air mata seorang...

Khamis, 27 September 2012

kuih pupudak (banjar)


kali ni saya nak kongsikan resipi kuih orang banjar
nama dia agak pelik bagi saya yang bebangsa jawa nih. hehe
sesuai dimakan diwaktu petang bersama teh atau kopi panas. 

kuih pupudak (banjar)


bahan-bahan:
- 240 gm tepung gandum
- 2 biji kelapa (dijadikan 750ml santan)
- pewarna hijau pandan secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- kelongsong aun pisang
- tali rafia untuk mengikat

cara memasak: 

- satukan tepung gandum, santan, gula, garam an pewarna hijau daun pandan. gaul sebati hingga cair ala-ala nak buat lempeng tu.

- kemudian masukan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah diikat hujungnya.

- kemudian ikat pula bahagian atas dengan kemas agar adunan tidak tertumpah.

-panaskan air dalam periuk kukus kemudian kukus selama 15-20 minit

- siap untuk dihidangkan.


kuih ni sangat mudah disediakan
cuma untuk membuat kelongsongnya agak susah
kami menggunakan getah paip
gulung kan daun pisang tu dengan getah paip
ikat bahagian bawahnya kemudian keluarkan getah paip tersebut
kemudian isi kan adunan td baru ikat atasnya.

seperti ini...
dan ini.............

selamat mencuba!

Selasa, 11 September 2012

7 prinsip yang membawa kepada kejayaan dalam management, iaitu:

1) Bersifat pro-aktif

2) Merealisasikan apa yang tercetus dalam minda kepada kenyataan.

3) Mendahulukan apa yang utama sebagai priority

4) Berfikir mengatasi permasalahan supaya semua pihak menikmatinya secara `win win situation`

5) Usaha memahami sesuatu sebelum mengarah orang lain melakukannya

6) Bertindak sebagai satu pasukan atau berjamaah

7) Bersedialah denga peralatan yang membantu menjayakan tindakan.