SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 5 April 2013

Apa Macam Kerajaan Najib Ada Beran ?


PETALING JAYA 5 APRIL: Pakatan Rakyat komited menguruskan kerajaan sementara secara telus selepas pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri Rabu lalu.
Azmin menunjukkan surat pekeliling kerajaan sementara Selangor.
Azmin menunjukkan surat pekeliling kerajaan sementara Selangor.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu dibuktikan melalui tindakan Selangor yang mendahului mengeluarkan surat pekeliling berhubung peraturan tegas kerajaan sementara.
“Selepas Parlimen dibubarkan, Selangor dan Kelantan turut dibubarkan pada 4 April diikuti Kedah dan Pulau Pinang hari ini. Semua pimpinan negeri dengan jelas memberi komitmen untuk menguruskan kerajaan sementara dengan telus.
“Kita juga mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Selangor yang mengemukakan peraturan tegas berhubung pengurusan kerajaan sementara awal sebelum Parlimen dibubarkan,” kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.
Azmin berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Surat pekeliling Selangor yang dikeluarkan pada 19 Februari lalu menggariskan agar tiada polisi baru, kontrak, projek pembangunan mahupun perlantikan jawatan dibuat semasa menjadi kerajaan sementara.
Selain itu, semua pegawai kerajaan mesti memulangkan kemudahan milik kerajaan negeri melainkan untuk tujuan rasmi.
Ia termasuk semua kenderaan rasmi dan aset kerajaan negeri.
“Sebagai menghormati semangat kerajaan sementara, pagi tadi saya sebagai Pengerusi Exco PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) telah memulangkan kenderaan rasmi kerajaan negeri,” kata Azmin.
“Justeru, kita menggesa agar (Datuk Seri) Najib (Razak) dan seluruh pimpinan BN mengambil langkah sama memulangkan segala harta milik Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan jangan gunakan untuk tujuan kempen,” katanya.
Tegas Azmin, konsep kerajaan sementara sebagai ujian untuk menilai parti mana yang bersikap adil dan menjunjung semangat demokrasi. – NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan