SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 9 April 2013

Manifesto B-End Ujutkan 3.3 Juta Peluang Pekerjaan Tidak Munasabah


PETALING JAYA 9 APRIL: Janji BN untuk mewujudkan 3.3 peluang pekerjaan dalam manifestonya tidak munasabah, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, Manifesto BN hanya janji yang tidak akan mampu dilaksanakan.
Ini kerana katanya, berdasarkan rekod, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sebagus yang disangka.
“Perangkaan Unit Perancangan Ekonomi menunjukkan bahawa BN hanya berjaya wujudkan purata 300,000 pekerjaan baru setiap tahun.
Rafizi“Berdasarkan rekod, pada 2009, jumlah peluang pekerjaan hanya 11.6 juta, tapi tidak dinyatakan jumlah bilangan pekerjaan baru.
“Pada 2010 pula, jumlah pekerjaan (11.9 juta), bilangan pekerja baru (300,000). Manakala pada 2011 dan 2012 masing-masing sebanyak 12.2 juta dan 12.5 juta. Sementara jumlah pekerjaan dan bilangan pekerjaan baru adalah sama iaitu 300,000,” kata Rafizi.
Ahli Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat itu menjelaskan demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Kata Rafizi, jika mahu merealisasikan janji untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan, Najib perlu menambah pekerjaan seganda lebih daripada jumlah sedia ada.
“Najib perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun, secara purata lebih satu kali ganda.
“Angka ini tidak munasabah kerana tiada apa-apa rancangan daripada BN untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurut Rafizi lagi, dasar ini berlainan dengan Manifesto Pakatan yang akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan sejuta peluang pekerjaan bagi mengurangkan sejuta buruh asing.
“Pakatan pula menambah sejuta peluang pekerjaan baru dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan pekerja asing dan melatih pelajar lepasan SPM bagi mengelakkan pengangguran,” katanya. – NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan