MARI MENJILAT LUDAH
Manifesto Aku Janji Jilat Ludah Sendiri
Mukhriz Mahathir berkata janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus jauh lebih bijak berbanding tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. |
Sebelum ini
para pencacai meracau
memburukkan Pakatan Rakyat
Khairy jamaluddin kata: '
'Jika kurangkan harga kereta,
ia bermakna kita akan menghapuskan cukai.
Apabila hapus cukai, ini akan memberi kesan kewangan
sebanyak RM4.6 bilion setiap tahun
iaitu cukai yang tidak dapat dipungut kerajaan.
Janji ini merupakan sebahagian daripada janji-janji yang lain.
Persoalannya bagaimana pembangkang nak biayai janji-janji itu?
''Jika satu janji tak mengapa.
Tetapi jika ditambah dengan janji menghapuskan tol,
pendidikan percuma, royalti minyak tambahan
kepada Sabah dan Sarawak,
menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
dan nak beri gaji minimum RM4,000 setiap keluarga, ini akan bankrapkan negara,'' katanya.
|
Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pembangkang
yang mahu menurunkan harga kereta disifatkan sebagai janji tidak realistik
dalam keadaan ekonomi semasa negara.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA),
Datuk Aishah Ahmad berkata,
tindakan itu akan menyebabkan
negara kehilangan pendapatan besar
ekoran penghapusan cukai bagi kenderaan.
|
Ahli Majlis Tertinggi Umno: "Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional." Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini. |
Ismail Sabri kata: "Kalau semuanya hendak diturunkan dari mana hendak dapatkan sumber pendapatan negara?" |
Ulasan :
Ini membuktikan Manifesto Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan dan sesuatu yang realistik!
Bukankah Umno/Bn terpaksa menjilat ludah sendiri?
Jika tidak, mengapa Manifesto Aku Janji Umno/BN turut meniru menurunkan harga kereta?
suasanapolitikmalaysia
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2Pt0wMrFX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan