KUALA LUMPUR: "Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud.
"Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999," tulis Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim di dalam blognya.
Menurutnya, sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.
"RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah," tulisnya lagi. Tulisan penuh seperti di bawah.
“Janji kosong belaka tu…” Begitulah bunyi nada sinis pemimpin Umno Terengganu di atas pentas politik mereka apabila mengulas tentang tawaran-tawaran dalam manifesto PAS Terengganu.
“Selama ni ngetoh (memerintah) tak wat (buat) mende (benda) satu pun! Acu (cuba) kabor (beritahu) mende apa yang PAS doh buat!”
Menjawab perkara ini, saya berhajat nak mengajak pembaca meletakkan diri pada tahap pemikiran umum masyarakat untuk kita membuat beberapa analisa mudah dan ringkas.
Yang pertama, penghapusan tol Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kadarnya 50 sen untuk perjalanan pergi dan 50 sen untuk perjalanan balik.
Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud. Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999.
Sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.
RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah.
Yang kedua, penghapusan cukai pintu rumah kediaman. Ambil contoh kadar puratanya sebanyak RM150 setahun. Sepanjang lebih kurang 4 tahun pemerintahan PAS dari 1999 hingga 2004, bermakna rakyat telah berjimat RM600 setahun sebelum ianya kembali dibebankan kepada rakyat apabila Umno/BN kembali ke Wisma Darul Iman pada 2004.
Bayangkan kalau tindakan pengecualian cukai pintu dikekalkan sehingga sekarang tahun 2013, bermakna selama 14 sekitar RM2,100 telah terselamat dalam poket rakyat.
Penghapusan cukai pintu rumah kediaman menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sekitar RM12j setahun. Tapi tak menjadi masalah asalkan beban rakyat boleh dikurangkan.
Yang ketiga, kenaikan hampir 100% elaun imam/bilal dari RM180 sebulan kepada RM350 sebulan. Bermakna pertambahan pitih yang masuk ke poket imam dan bilal RM170 sebulan bersamaan RM2,040 setahun, selama 14 tahun dari 1999 hingga 2013 menjadikan jumlah RM28,560.
Itupun lantaran Kerajaan Umno Terengganu tak tergamak untuk menurunkan semula elaun yang telah dinaikkan oleh Kerajaan PAS. Sebahagian besar para imam dan bilal pula adalah ahli dan penyokong Umno.
Yang keempat, menaikkan bantuan fakir/miskin melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Bantuan untuk golongan fakir dinaikkan dari RM150 kepada RM200 sebulan.
Ertinya pertambahan RM50 sebulan atau sebanyak RM600 setahun menjadikan pertambahan bantuan untuk golongan fakir selama 14 tahun berjumlah RM8,400. Itu pun kerana Umno sekali lagi tak tergamak untuk menurunkan semula bantuan yang telah dinaikkan oleh kerajaan PAS dulu.
Bantuan untuk golongan miskin pula dinaikkan dari RM120 kepada RM150 sebulan. Pertambahan RM30 sebulan atau RM360 setahun.
Sekali lagi selama 14 tahun apabila Kerajaan Umno mengiktiraf keputusan Kerajaan PAS dulu menjadikan jumlah pertambahan yang telah diterima oleh seorang miskin sebanyak RM5,040.
Maafkan saya kerana mengajak pembaca semua menjadi orang kampung, menghintung setiap sen dan ringgit. Mafhum mukhaalafah (makna di sebaliknya) saya ingin mendedahkan betapa rendahnya IQ pemimpin Umno yang menjaja ke sana-sini, “PAS tak dok buat gapo satu pun!”
Kalau mereka boleh buta untuk melihat perkara mudah sebegini, saya keliru, apakah mereka mampu untuk melihat sesuatu yang lebih besar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan