SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 11 April 2013

RELA Pula Jadi Bahan Untuk Kemenangan ?


KUANTAN 11 APRIL: Sekumpulan besar Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dipindahkan tanpa pengetahuan ke Kuantan supaya mereka mengundi di Parlimen itu untuk membantu kemenangan BN pada PRU 13.
Fuziah
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memberitahu, modus operandi tersebut dikesan apabila 200 RELA dipercayai dari Jerantut dan Kuala Lipis dipindah ke Parlimennya itu berdasarkan nombor plakun RELA yang berbeza bagi setiap kawasan.

Menurutnya, nama-nama RELA itu dimasukkan dalam senarai pemilih di daerah mengundi Kg Selamat dan Kg Tanjung Api dalam Parlimen Kuantan.
“Setiap RELA ada nombor plakun berbeza, contohnya 0125 di Kg Tanjung Api, kod ini yang membezakan antara mereka.
“Tapi senarai yang kita terima ada nombor plakunnya 0322, 0314, 0927. Bermakna mereka bukan daripada Kg Tanjung Api. Dari sini, kita percaya mereka sengaja dipindahkan untuk mengundi BN,” kata Fuziah yang bertanding semula di Parlimen itu.
Beliau mendedahkan demikian pada sidang media tele-conference yang dipancarkan secara langsung dari pusat media Parlimen Kuantan, di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya.
Menurut Fuziah lagi, sebahagian yang didaftarkan itu tidak mengetahui mereka adalah ahli badan tersebut.
“Ada di antaranya tidak tahu mereka adalah RELA. Melalui kaedah ini, saya tahu taktik yang dirancang Umno ini untuk merancang sesuatu.
“Rancangan mereka pastinya mahu mengumpul RELA untuk membantu kemenangan Umno,” katanya. – NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan