SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 2 April 2013

Seribuuu??? Banyak-Banyak Memang Banyak




Kerajaan bersetuju dengan keputusan Lembaga Petronas untuk memberikan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada 40,000 kakitangannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
     
Beliau berkata pembayaran RM1,000 itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas.
    
"Lembaga dan pengurusan Petronas mengesyorkan kepada saya dan saya bersetuju dengan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas," katanya kepada kakitangan Petronas dalam satu pertemuan di ibunegara hari ini. 
    
Najib juga berkata Petronas menyumbang RM1 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara tahun lepas. 
    
"Dana ini dibentuk pada 1988 dan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Sehingga 2009, Petronas menyumbang secara konsisten sebanyak RM100 juta setiap tahun kepada dana itu," katanya. 

Pada 2010, kata beliau, Petronas menyumbang RM500 juta dan pada 2011, perbadanan itu menyumbang sebanyak RM1 bilion.
    
Sementara itu, di majlis yang sama, Najib mengumumkan Petronas menyumbang RM1 juta kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis.
    
Beliau juga mengumumkan Lembaga Petronas memutuskan untuk menyumbang RM20,000 kepada keluarga setiap wira negara yang terkorban di Lahad Datu.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan