SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 4 April 2013

Syukur Dah DiTemui Dengan Selamat


Kegusaran orang ramai terhadap kehilangan Pak Hassnar berakhir lewat malam tadi apabila beliau bersama isterinya muncul di Kemaman untuk satu program ceramah yang beliau dijadualkan berucap.
IC PROJEK copy
SAMM memegang tanggungjawab membawa Pak Hassnar menjelajah di Terengganu dan Kelantan membuat satu laporan polis semalam setelah beliau gagal dihubungi sejak hari beliau sampai di tanah semenanjung. SAMM turut hubungi anak Pak Hassnar iaitu sdr Serman, yang juga mengesahkan tidak dapat menghubungi kedua orang tuanya sejak hari Ahad lalu, menambah situasi tegang lewat petang semalam.

Lebih kurang jam 9 malam tadi, wakil dari SAMM Kemaman yang menjadi penganjur bersama program telah dihubungi oleh Pak Hassnar yang telah tiba di Kemaman bersama temannya yang dipercayai. Pak Hassnar kemudian dijemput dan dipastikan selamat.

Menurut Pak Hassnar, beliau telah beberapa kali menerima panggilan dari nombor yang tertera ‘private number’ sejak mendarat di LCCT. Panggilan ini amat mencurigakan dan beliau pernah diugut supaya tidak berucap bagi pihak Pakatan Rakyat melalui panggilan sebegini.

Justeru itu, demi keselamatan diri dan keluarganya, Pak Hassnar mengambil keputusan untuk tidak jawab panggilan dan meninggalkan telefon bimbitnya di satu tempat yang selamat bagi mengelakkan dirinya dikesan.

Susulan kehilangan Hassnar dan isterinya, SAMM semalam membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Baharu.

Bagaimanapun ketika  kenyataan ini ditulis, laporan polis telah ditarik balik. SAMM turut melahirkan kebimbangan terhadap suasana politik tanah air yang menuju ‘gestapo’ ke’samseng’an berikutan ugutan dijadikan senjata bagi melindungi ‘orang besar’. Pendedah maklumat pula, tidak dijamin keselamatan khususnya bagi yang tidak berpihak kepada pemerintah.
Edy Noor Reduan

Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan