Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PMUM Fahmi Zainol di
hadapan Dataran Dewan Tunku Canselor. –
Gambar oleh Afif Abd Halim
Ratusan pelajar dan
orang ramai memasuki Universiti Malaya (UM) awal petangini yang ditutup
daripada dimasuki semua kenderaan setelah mereka berjaya.
Mereka menuju lokasi di
mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada
program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara."
Pada awalnya, terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti itu.
Terdahulu hari ini,
Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater
beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran
universiti mengisytiharkannya tidak sah.
Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu dijadualkan bermula
jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus.
Prof Madya Dr Azmi Sharom cuba berunding dengan pengawal agar mereka
dibenarkan masuk ke dalam universiti. –
Gambar oleh Afif Abd Halim
Presiden PMUM Fahmi
Zainol memberitahu media, UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada
program itu walaupun selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Naib
Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.
Berikut adalah kronologi Lintas langsung dari lokasi program:
7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku."
8:02 malam – Kira-kira
200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori
sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu
jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.
8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.
8:04 malam – Pelajar
dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah
Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang
akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber
lain.
8:12 malam – Hujan mula
lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba
memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di
hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.
8:15 malam – Pelajar
dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan
pagar yang dihalang pegawai keselamatan.
8.20 malam – Fahmi cuba
berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Seorang timbalan
naib canselor juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana
sini.
8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar.
8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.
8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.
8.30 malam – Johari cuba
minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak
berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.
8.32 malam – Orang
ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan
luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"
8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.
8.37 malam – Dua
kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu
lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan
sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.
8.39 malam – Wakil
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa
yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk
berkumpul."
8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.
8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.
8.57 malam – Orang ramai
mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM.
Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada
pegawai polis kelihatan.
9.01 malam – Seseorang
mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya
kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan
elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di
Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak
benarkan Anwar masuk?"
9.08 malam – Pelajar
mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara
menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada
mereka.
9.18 malam – Pagar dibuka apabila orang ramai mula agresif dan berjaya memaksa ia dibuka.
9.20 malam – Pelajar
berarak masuk melalui pintu masuk utama di Kuala Lumpur, melaungkan
"Hidup Mahasiswa!", menuju Dataran Dewan Tunku Canselor.
9.22 malam – Orang ramai diberitahu Anwar akan hadir dalam masa 5 minit.
9.31 malam – Pemimpin
pelajar mula bercakap kepada hadirin dalam kawasan kampus. Mereka juga
terus menyanyi dan melaungkan slogan. Bilangan yang hadir makin ramai
apabila pelajar yang tinggal di asrama turut serta.
9.36 malam – Seorang
pemimpin pelajar mengumumkan Anwar akan tiba tidak lama lagi. Keadaan
kelihatan terkawal. Anggota polis masih tidak kelihatan.
9.40 malam – Anwar tiba
Dewan Tunku Canselor dengan menaiki sebuah trak pikap yang dipandu
perlahan, sambil melambai kepada orang ramai.
9.41 malam – Isteri
Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah turut
kelihatan di atas trak. Pelajar Fahmi Zainol juga bersama mereka. Orang
ramai mula melaungkan "Hidup, hidup, mahasiswa! Hancur, hancur
kezaliman!"
9.49 malam – Perserta program mencecah kira-kira 2,000 orang.
9.51 malam – Keadaan
gelap gelita sekitar Dataran Dewan Tunku Canselor di mana Anwar akan
berucap. Tiada satu lampu jalan pun dipasang.
10.04 malam – Orang ramai bersorak apabila Anwar mula berucap.
10.28 malam – Anwar meninggalkan dataran. Semua yang hadir berjalan bersama beliau ke pintu pagar. – OLEH LEE SHI-IAN DAN MUZLIZA MUSTAFA 27 Oktober, 2014.~
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan