PENGAKUAN BAPA KANDUNG UMMI HAFILDA
(sebelum beliau kembali ke Rahmatullah)
UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga
perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.
Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi
umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu
bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar
pelajaran agama Fekah dan Hadith
Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai
bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan
sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak
dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang).
Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik.
Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki
kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW.
Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.
Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari
mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang
andartu.
Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang agresif
begitu menjadi-jadi. melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak,
takbur, pembohong, penipu.
25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.
1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi
nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan
zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan
berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.
30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.
6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.
Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.
Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan
buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh
Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang
perantaraan.
Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah
beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini.
Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa
pernah saya di tipu dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga
$90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.
Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia
sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga
sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah
berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.
Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan
Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam
masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada
ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa
sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai
sepuluh hari sebelum rujuk kembali.
Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan
dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis
surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak
iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya
mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah
serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan
Azizan.
Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan
polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk
biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta
mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin
hendak membunuhnya.
Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan