SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 9 Januari 2015

Serangan Paris: Suspek ingin mati syahid

 
Helikopter tentera Perancis meronda dalam operasi memburu suspek serangan bersenjata pada Rabu lalu. Seramai 12 orang terkorban termasuk 2 anggota polis. - Foto EPA
Helikopter tentera Perancis meronda dalam operasi memburu suspek serangan bersenjata pada Rabu lalu. Seramai 12 orang terkorban termasuk 2 anggota polis. - Foto EPA
PARIS - PERANCIS. Dua orang suspek serangan bersenjata pada Rabu lalu memberitahu polis mereka ingin mati syahid.Suspek memberitahu perkara tersebut kepada polis melalui telefon.

Terkini, operasi memburu besar-besaran menyaksikan bandar Dammartin-en-Goele dikepung oleh polis.

Menurut CNN, terdapat laporan media Perancis mengadakan tebusan telah diambil oleh kedua suspek berkenaan.

Sebelum ini, polis mendapat tahu suspek singgah di sebuah stesen minyak di Villers-Cotterets untuk merompak minyak dan makanan.

Polis percaya kedua suspek meninggalkan kereta dan melarikan diri ke hutan berhampiran tidak lama kemudian.

Polis juga dilaporkan mengesan suspek melalui helikopter berdekatan dengan lokasi rompakan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan