SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Memaparkan catatan dengan label Macam2 Antara Bangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam2 Antara Bangsa. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2015

Kisah Gadis Lakukan Terjunan Bogel


TINDAKAN sebuah pusat rekreasi di Thailand membenarkan seorang gadis Hong Kong membuat terjun bogel tanpa berpakaian lihat gambar) mendatangkan padah kepada mereka selepas pusat tersebut telah didenda.

Tindakan gadis tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk Chiang Mai kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat setempat. Sebaik video terjunan bogel itu tersebar, pihak berkuasa Chiang Mai terus bergegas ke tempat kejadian.

Menurut Pengurus pusat berkenaan, dia tidak menyangka kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk. Bancha berkata pelancong yang tidak dikenali telah melawat tempatnya yang pada 6 Mei, dengan mendakwa dia adalah seorang model dan perlu berbogel untuk merekodkan terjunan bogelnya itu.

Dia yang tidak menjangkakan video itu akan menjadi viral berjanji tidak akan mengulangi perkara sedemikian pada masa akan datang. Bancha kini telah ditahan oleh pihak polis tapi kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 1,000 bhat (RM107).

Pihak polis cuba mengesan gadis tersebut meminta beliau untuk tidak menyebarkan gambar kerana Chiang Mai adalah "bandar budaya,".

Bagaimanapun gadis tersebut dikatakan sudah berada di negaranya menyebabkan pihak Thailand terpaksa menghubungi dutanya di Hong Kong untuk menghubungi gadis berkenaan. Itu berlaku di Thailand, negara bukan Islam.



Jumaat, 13 Februari 2015

Tiga Pelajar Islam Dibunuh Kejam

(Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks.
CAROLINA UTARA - AMERIKA SYARIKAT. Tiga pelajar Islam ditembak di kepala di sebuah apartmen berdekatan dengan sebuah universiti, semalam.

Penyerang, Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.

Sabtu, 24 Januari 2015

Chupacabras si penghisap darah kambing

 Bangkai yang dipercayai sebagai  Chupacabras
 Bangkai yang dipercayai sebagai Chupacabras
MONTE PATRIA - CHILE. Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".
Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.
"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.

Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai  "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.
Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online.

Ahad, 11 Januari 2015

Blogger hina Islam disebat 50 kali

 
Seorang penulis blog Arab Saudi disebat 50 kali di hadapan orang ramai di sini sebagai sebahagian daripada hukuman kerana menghina agama Islam dalam forum internet kendaliannya, lapor MailOnline kelmarin.
 
Raif Badawi (gambar) yang merupakan pengasas bersama laman web Free Saudi Liberals ditangkap pada 2012 dan dikenakan hukuman sebat 1,000 kali selain dipenjara 10 tahun kerana menghina Islam.
Dia juga dikenakan denda sebanyak 1 juta riyal (RM948,430 juta) kerana kesalahan tersebut.
Badawi dilihat hanya berdiam diri ketika dia disebat pada bahagian punggung di pekara­ ngan sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Dalam perkemba­ngan berkaitan, pertubuhan hak asasi Amnesty International (AI) menyatakan, dia menjalani hukuman itu dengan tangannya dirantai selepas tiba di pekarangan masjid berkenaan dengan menaiki sebuah bas.
“Hukuman tersebut berlangsung sekitar 15 minit. Selepas itu, dia dibawa ke dalam bas dan meninggalkan lokasi tersebut,” kata AI dalam satu kenyataan.
Baki hukuman sebat terhadapnya akan dilaksanakan dalam tempoh 50 minggu, tambah kenyataan sama.
Menurut laman web mengenai hukuman sebatan, Corpun.com, cemeti, tali kulit atau rotan panjang boleh digunakan untuk menyebat pesalah di sini. – Agensi

Charlie Hebdo: Jolok sarang tebuan

  Charlie Hebdo

SERANGAN di pejabat akhbar Charlie Hebdo Rabu lalu yang menyebabkan 12 orang terbunuh itu masih diselubungi dengan tanda tanya.
Motif serangan ke atas pejabat akhbar itu belum disahkan, namun umum mengetahui majalah mingguan itu sentiasa mengundang kemarahan umat Islam kerana kerap menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, di samping agama lain dan individu.
Sejak bertahun-tahun, Charlie Hebdo turut menjadikan ahli politik, selebriti serta pemimpin agama sebagai modal melariskan jualannya.

Mangsa terbaharu mereka adalah Presiden Perancis, Francois Hollande serta pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Bekas pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI tidak pernah terkecuali.

Sebelum serangan Rabu lalu, majalah itu pernah menerbitkan karikatur dengan tajuk 'Masih belum ada serangan ke atas Perancis'.

Ia merujuk kepada serangan kumpulan pengganas di Sydney Australia yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), Disember lalu.

Pada 2006, Charlie Hebdo mencetuskan kontroversi apabila mencetak semula 12 kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW terbitan akhbar Denmark, Jyllands-Posten.

Tindakan majalah itu mencetuskan protes ganas di beberapa buah negara Islam.

Lima tahun selepas itu, Charlie Hebdo kembali mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menerbitkan pula karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai editor undangan bagi majalah tersebut.

Akibatnya, pejabat Charlie Hebdo dibom. Charlie Hebdo ternyata kebal kerana setiap kali menyiarkan karikatur kontroversi, mereka pasti terlepas daripada tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, nasib tidak selalu menyebelahi mereka. Setelah bertahun-tahun menjolok sarang tebuan,  akhbar itu terpaksa membayar harga yang tinggi di atas keceluparan mereka.

Jumaat, 9 Januari 2015

Serangan Paris: Suspek ingin mati syahid

 
Helikopter tentera Perancis meronda dalam operasi memburu suspek serangan bersenjata pada Rabu lalu. Seramai 12 orang terkorban termasuk 2 anggota polis. - Foto EPA
Helikopter tentera Perancis meronda dalam operasi memburu suspek serangan bersenjata pada Rabu lalu. Seramai 12 orang terkorban termasuk 2 anggota polis. - Foto EPA
PARIS - PERANCIS. Dua orang suspek serangan bersenjata pada Rabu lalu memberitahu polis mereka ingin mati syahid.Suspek memberitahu perkara tersebut kepada polis melalui telefon.

Terkini, operasi memburu besar-besaran menyaksikan bandar Dammartin-en-Goele dikepung oleh polis.

Menurut CNN, terdapat laporan media Perancis mengadakan tebusan telah diambil oleh kedua suspek berkenaan.

Sebelum ini, polis mendapat tahu suspek singgah di sebuah stesen minyak di Villers-Cotterets untuk merompak minyak dan makanan.

Polis percaya kedua suspek meninggalkan kereta dan melarikan diri ke hutan berhampiran tidak lama kemudian.

Polis juga dilaporkan mengesan suspek melalui helikopter berdekatan dengan lokasi rompakan tersebut.

Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo

 Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

PARIS - PERANCIS. Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar, semalam.
Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris. “Sebuah lubang kesan dari peluru juga ditemui.

Beberapa tembakan juga disasarkan ke sebuah dewan sembahyang, tidak lama selepas sembahyang Asar,” dipetik laporan itu.

Letupan berlaku di sebuah kedai kebab berdekatan dengan sebuah masjid di sebuah bandar di Perancis.

Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.

Perancis masih lagi meneruskan operasi memburu besar-besaran selepas dua suspek bersenjata automatik menyerang syarikat akhbar mingguan, Charlie Hebdo. Seramai 12 orang terkorban di dalam kejadian berdarah tersebut.

Rabu, 7 Januari 2015

Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil! Gila!


Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.

Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!

Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.
Kisahnya begini.

Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful.

Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.

Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.

Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu.
Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!

Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.
Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.

Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.

Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.

Penulis tak tahu nak kata apa lagi…dunia akhir zaman….. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

(mynewshub.my)

sumber: mynewshub.my

Kisah Kekayaan: Trailer mewah Will Smith US 1.8 juta

 Trailer ni pumyala besar sampai ada 2 tingkat yang lengkap dengan Gym, Bilik tidur, Dapur.. Pergh,,memang kalau Khalis dapat satu ni lakonan mesti lagi hebat..



Tanga kayu yang sungguh cantik...
Bilik santai-santai


Dapur yang sungguh menawan dan cantik


Bilik minum dan makan


Apa kena dengan awek-awek ni?

ERghh.. memang aneh-aneh ya wanita sekarang.. pandeng-pandeng sudah cumel.. dibiarin beraksi ganteng juge.. korang faham tak? ini bukan ayat google translate k? cuma terkesima dengan koleksi gambar-gambar yang Khalis dapat cam kat bawah ni.hehe
 



Bila Malas Berlebihan Jadi Lah Macam Ni...

Kemalasan? Sesiapa sahaja..tapi kalau terlampau pemalas?













Di Malaysia pun apa kurang nya terutama  remaja melayu 
sering di manja dengan di beri berbagai2 pemberian oleh kerajaan
membuatkan remaja ini malas untuk berusaha
untuk memajukan diri,bersaing dengan remaja lain bangsa...

Selasa, 6 Januari 2015

Pertandingan ratu cantik penjara


pemenangnya.....
peringkat saingan
gaun malam
Siapalah kita untuk menilai kecantikan fizikal sesorang.. tapi kalau buruk perangai cam makan guna dua-dua tangan tu memang patut kita keji la kan?biarla bersopan.. tapi tak dinafikan.. air muka juga melambangkan kecantikan seseorang..

Apakah air muka? Air muka selalu kita bandingkan sebagai riuk wajah atau sinar di wajah.. Macam orang kaki judi, kaki dam jarang kita nampak nur.. nampak kusam je.. kalau orang ikhlas beribadat atau namanya khalis memang bersinar2 wajahnya..hehe..sebutla Amiiinn..apela korang ni..

Jomla kita intai pertandingan ratu cantik di sebuah penjara.. cantik tak diorang ni ek?
gaun siang??
masa berbikini
pakaian santai
Serba serbi ada ratu cantik sekarang nikan? ratu cantik dunia(miss world) ratu cantik alam semesta(miss universe) ratu cantik bumi( miss earth) fuhhh.. sampai alam semestapun ada tue..kalau kat Malaysia?? Ratu Kebaya..hehe