Seorang penulis blog Arab Saudi disebat 50 kali di hadapan orang ramai
di sini sebagai sebahagian daripada hukuman kerana menghina agama Islam
dalam forum internet kendaliannya, lapor MailOnline kelmarin.
Raif Badawi (gambar) yang
merupakan pengasas bersama laman web Free Saudi Liberals ditangkap pada
2012 dan dikenakan hukuman sebat 1,000 kali selain dipenjara 10 tahun
kerana menghina Islam.
Dia juga dikenakan denda sebanyak 1 juta riyal (RM948,430 juta) kerana kesalahan tersebut.
Badawi dilihat hanya berdiam diri ketika dia disebat pada bahagian punggung di pekara ngan sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan hak asasi Amnesty
International (AI) menyatakan, dia menjalani hukuman itu dengan
tangannya dirantai selepas tiba di pekarangan masjid berkenaan dengan
menaiki sebuah bas.
“Hukuman tersebut berlangsung sekitar 15 minit. Selepas itu, dia dibawa
ke dalam bas dan meninggalkan lokasi tersebut,” kata AI dalam satu
kenyataan.
Baki hukuman sebat terhadapnya akan dilaksanakan dalam tempoh 50 minggu, tambah kenyataan sama.
Menurut laman web mengenai hukuman sebatan, Corpun.com, cemeti, tali
kulit atau rotan panjang boleh digunakan untuk menyebat pesalah di sini.
– Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan