KUALA LUMPUR 10 JAN: Dua anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
dipanggil polis dan dijangka disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman
2012 berhubung penyertaan mereka dalam flashmob Rakyat Hakim Negara.
Chua
Wei Kiat dan Gunaraj George yang juga anggota Cabang Selayang akan
memberi keterangan pada esok, 11 Januari di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Rawang pada 5.30 petang. Mereka akan ditemani peguam Melissa Sasidaran. Pengarah Strategi AMK Pusat, Akmal Nasir membangkitkan beberapa persoalan berkaitan perkara itu.
“Apakah keperluan untuk menyiasat mereka yang hanya ingin menyuarakan
pendapat dan sokongan secara terbuka? Siapakah yang membuat laporan
polis yang menyebabkan siasatan dibuat serta merta? “Adakah lebih ramai lagi yang terlibat dengan flashmob di seluruh
negara bakal dipanggil oleh pihak polis?” katanya dalam kenyataan
pemberitahuan siasatan itu. Lebih daripada 20 flashmob Rakyat Hakim Negara diadakan di seluruh
negara menjelang perbicaraan kes rayuan Fitnah II terhadap Saudara Anwar
Ibrahim pada Oktober tahun lalu.
Rakyat juga berhimpun setiap hari di perkarangan Istana Kehakiman
Putrajaya sepanjang tempoh perbicaraan namun tiada sebarang laporan
insiden kekerasan apatah lagi mengganggu gugat keamanan negara.
“Intimidasi seperti siasatan polis ini hanya akan membangkitkan lagi kesedaran rakyat untuk menegakkan keadilan di Malaysia.
“Ini juga memberi gambaran bahawa penghakiman terhadap Saudara Anwar
akan diumumkan bila-bila masa. Walaupun tarikh tersebut masih menjadi
teka-teki, AMK bersiap sedia untuk bersama turun beramai-ramai di Istana
Kehakiman Putrajaya,” kata Akmal lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan